Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Covid-19 Boleh Dinyahaktif Air Kolam Renang Berklorin

16-4-2021 05:11 AM Komen: 4
Satu kajian mendapati air kolam renang yang mengandungi klorin boleh menyahaktifkan virus menyebabkan wabak Covid-19 dalam masa 30 saat sahaja.  

Lapor Daily Mail, kajian tersebut dijalankan oleh ahli virologi dari Imperial College London yang mengkaji kesan kepekatan klorin dalam air terhadap virus SARS-CoV-2. 

Menurut para penyelidik, kajian itu mencadangkan bahawa risiko penularan wabak Covid-19 menerusi air kolam renang adalah amat rendah.  


Gambar hiasan

Eksperimen itu dilakukan oleh Swim England dan sekolah renang, Water Babies dengan sokongan dari Royal Life Saving Society.  

Kami melakukan eksperimen ini di makmal kami di London. 

Dalam keadaan selamat, kami dapat mengukur kemampuan virus menjangkiti sel yang merupakan langkah pertama penularan.

Dengan mencampurkan virus bersama air kolam renang yang diberikan oleh pasukan Water Babies, kami berjaya buktikan virus itu tidak dapat bertahan dalam air itu dan tidak lagi merebak, kata ketua kajian, Wendy Barclay.

Jelasnya, kajian terbabit juga menunjukkan kemungkinan untuk dijangkiti Covid-19 melalui air kolam renang adalah amat rendah.

Dalam kajian tersebut, Barclay bersama pasukan penyelidiknya turut mendapati sebanyak 1.5 miligram seliter kepekatan klorin bebas dan kadar pH antara 7 hingga 7.2 mampu menurunkan tahap jangkitan SARS-CoV-2 lebih 1,000 kali ganda dalam masa 30 saat.

Kajian lanjut yang dijalankan dengan menggunakan kepekatan klorin dan tahap pH berbeza pula menunjukkan bahawa klorin dalam kolam renang lebih berkesan dengan tahap pH yang rendah.  


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
1
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote saviour_09 16-4-2021 08:04 AM
wow kena swimming kat pool every weekend la ni

cuci  badan gitteeewww

Lain-lain Komen

Quote FanTasyCreaTioN 16-4-2021 05:14 AM
penuh la kolam renang pasni ...

Quote Belibis 16-4-2021 05:20 AM
Rekaan teori yang bermacam macam.ada masa katanya amat mudah berjangkit.{:run
Quote haifawehbe 16-4-2021 07:05 AM
so selamat la nk terjun kolam public ni?
Quote saviour_09 16-4-2021 08:04 AM
wow kena swimming kat pool every weekend la ni

cuci  badan gitteeewww

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top