Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

‘Harta’ peninggalan DMX si rapper unggul

15-4-2021 09:38 PM|piao| Komen: 6

 

LEGENDA rap dunia, mendiang Tupac Shakur pernah mengungkapkan kata-kata berbunyi: “I’d rather die like a man, than live like a coward.” Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, frasa tersebut bermaksud, lebih baik mati sebagai seorang lelaki daripada hidup sebagai seorang pengecut. Tupac telah berehat di alam abadi sekitar 25 tahun lalu.

Pada 9 April lalu, dunia rap dikejutkan dengan kematian rakan seperjuangannya, DMX atau nama lengkapnya, Earl Simmons pada usia 50 tahun dipercayai akibat penggunaan dadah berlebihan.

Ketika hayatnya, DMX telah melakukan bermacam perkara yang menconteng arang, bukan sahaja ke mukanya bahkan, orang sekeliling terpalit sama.


DMX mengejutkan peminat apabila disahkan meninggal dunia akibat penggunaan dadah berlebihan.

Dia seorang rapper yang bergelut dengan masalah dadah tanpa berkesudahan.

Selain memiliki 15 orang anak hasil hubungan dengan sembilan orang wanita berbeza, DMX juga terlibat dengan jenayah memiliki senjata secara haram.

Kendatipun semua itu, ada suatu perkara yang para penggemar muziknya tidak boleh nafikan iaitu, DMX seorang pemuzik berwawasan yang sentiasa berpegang teguh dengan mesej semangat dan pegangan hidup.

“Saya takkan menggelarkan diri sebagai seorang artis kalau saya tidak menulis sendiri lagu saya.

“Saya tulis lagu-lagu bernuansa gospel dan komunikasi saya dengan Tuhan dalam setiap album,” tuturnya dalam sebuah program bual bicara, The Dr. Phil Show sekitar 2013.

Penderaan  fizikal

DMX melalui zaman kanak-kanak dan remaja yang penuh dengan dugaan. Dia membesar dalam keluarga yang toksik dan langsung tidak dipedulikan oleh bapa kandungnya.

Dia juga menjadi mangsa dera ibunya, Arnett Simmons termasuk teman lelaki ibunya yang datang bertukar ganti sehinggakan giginya habis patah akibat dipukul mereka.


DI sebalik kejayaan yang dikecapinya, DMX membesar dalam dunia yang gelap kerana menjadi mangsa penderaan ibu sendiri.
Lebam dan kesan luka ialah satu kelaziman bagi dirinya disebabkan hidup dalam persekitaran sebegitu.

Disebabkan kemiskinan, lelaki kelahiran Mount Vernon, New York, Amerika Syarikat itu pernah mendedahkan, dia tidur di atas lantai dengan lipas dan tikus berjalan di atas tubuhnya pada waktu malam.

“Saya cuma nak panggil dia ‘mommy’ tetapi saya tak pernah ada pengalaman mempunyai seorang ibu.

“Dia tak pernah dan tak pernah sekali pun beritahu saya bahawa dia sayangkan saya. Tak semua orang faham apa yang saya alami.

“Tidak mengapa, dia (ibu) tak pernah cakap yang dia sayangkan saya. Saya masih di sini, saya ada anak-anak dan ada kerjaya yang bagus,” kata DMX teresak-esak dalam sebuah wawancara.

DMX, legenda rap dari lorong hitam

DMX membesar dengan banyak salah laku. Dia mencuri, merompak dan mula berjinak-jinak dengan dadah disebabkan persekitaran pembesarannya yang tidak layak dihuni seorang kanak-kanak.

Barangkali, selain menjadi ‘kambing hitam’ ibunya, DMX juga tidak mendapat kasih sayang bapanya, Joe Barker.


UJIAN bertimpa, sudahlah menjadi mangsa dera ibu sendiri, DMX juga tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa.
“Saya sayang bapa saya walaupun kebanyakan masa, dia tiada dalam hidup saya. Mungkin Tuhan gunakan dia untuk mencipta saya.

“Hidup ini, apa orang fikir tentang kita, tak memberi apa-apa kesan pun kepada kita. Saya akan buat apa yang saya percaya dan itu yang akan membuatkan saya terus maju,” ujarnya.

30 kali keluar masuk penjara

Pelantun antem hit, Where the Hood At? dan X Gon’ Give It to Y itu pernah keluar masuk penjara sebanyak 30 kali disebabkan pelbagai jenayah seperti rompakan, penyalahgunaan dadah, memandu tanpa lesen, mencabul, penyelewengan cukai dan termasuk pernah memalsukan identiti ejen persekutuan.

“Tak semua faham erti kesusahan. Mari saya beritahu anda apa itu erti kesusahan.

“Kesusahan ialah hidup berlapar sehinggalah ibu kamu curi-curi bangun daripada tidur pada waktu malam.


SEPANJANG hidupnya, penjara ibarat rumah kedua buat DMX kerana dia kerap terlibat dengan pelbagai kes jenayah.
“Dia simpan semua makanan di dalam almari miliknya,” dedahnya yang hidup dalam bermacam ‘habitat’ termasuk rumah kos rendah, jalanan dan rumah kebajikan.

Menulis tentang perjalanan DMX yang penuh ranjau dan kebangkitan daripada seorang budak yang ditekan dengan dugaan hidup sehingga menjadi antara rapper paling digeruni dunia, memang tidak akan pernah habis.

Ketika hayat masih dikandung badan, dia pernah membutirkan kata-kata berbekas kepada sesiapa yang perlukan inspirasi untuk mendepani hidup. Ungkapannya berbunyi: “Jadi kotor, kotorkan diri.


DILABEL sebagai antara rapper terunggul dunia, DMX bagaimanapun tidak pernah berjalan sambil mendongak ke langit.
“Jadi, saya tetap layan orang dengan rasa hormat selayaknya.

“Saya tidak berjalan besar kepala. Saya bukan superstar. Saya manusia biasa macam kamu.

“Kita semua manusia. Saya tidak kurang ajar dengan orang, orang tidak kurang ajar dengan saya.”

DMX berkata demikian ketika dia terlibat sebagai pelakon dalam filem Never Die Alone yang diterbitkan bawah produksi miliknya, Bloodline Films.

DMX mungkin telah banyak melakukan hal-hal dangkal dalam hidup, namun satu hal yang tidak mungkin terpadam, dia antara seorang rapper unggul dunia yang telah banyak mengubah hidup para penggemar muziknya. Selamat tinggal, Dark Man X (DMX).

Sumber :https://www.kosmo.com.my


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
1
0
Komen: 6
Komen

Previous : Selena Gomez di konsert vaksin

Next       : Kemain Mesra Peluk Dari Belakang, Ada Apa-apa Ke BCL Dengan Ariel NOAH?

Komen Terbaru

Quote 234126 16-4-2021 12:40 PM
iol pun baru tahu. Famous jugak dia ni. Rapper legend zaman iol muda.

Lain-lain Komen

Quote sarah82 15-4-2021 10:51 AM
Dia meninggal hari yg sama dgn Philipp kan?
Quote matbad 16-4-2021 01:19 AM
Tekejut aku bru tau dia mnggal
Quote my_irina 16-4-2021 06:02 AM
Trkejutnyaaaa...baru tau
Quote Gianna111 16-4-2021 09:17 AM
15 orang anak...mmm....
semua terbela ker?tanya je
Quote saviour_09 16-4-2021 09:21 AM
where the hood..where the hood at...where the hood at... !!!!
Quote 234126 16-4-2021 12:40 PM
iol pun baru tahu. Famous jugak dia ni. Rapper legend zaman iol muda.

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top