Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Pelanggan Tak Sentiasa Betul Ya- Pembuat Kek Kecewa Diminta Tutup Perniagaan

Oleh: Natrahn|14-4-2021 09:23 AM Komen: 38
Kredit foto: The Daily Meal

Tanggapan customer is always right sememangnya tidak sentiasa betul - terutama jika apa yang dilakukan pelanggan itu adalah melampaui batas seperti berlaku biadap dan menimbulkan perkara atau masalah yang tidak sepatutnya.

Seorang peniaga kek dikenali sebagai Ana Najia berkongsi rasa kecewa dan 'geram' terhadap sikap seorang pembeli menerusi laman Twitternya.

Menerusi aplikasi Whatsapp, Ana telah menerima mesej daripada pelanggannya untuk menempah sebiji kek. Kerana kelewatannya menjawab mesej, pelanggannya terus meminta Ana untuk menutup perniagaanya.

Kredit foto: Twitter Ana Najia

Susulan mesej yang diterima, Ana menjelaskan pihaknya lewat membalas mesej kerana sibuk menguruskan studio baru. 

Bercerita lebih lanjut, Ana turut menjelaskan dia perlu menampung kos sampingan lain yang menjadi keutamaan berbanding mengambil pekerja baharu. Pada masa yang sama, Ana turut meminta orang ramai supaya tidak berlaku kejam dengan orang lain.

Kredit foto: Twitter Ana Najia

Wargamaya turut kecewa dengan tindakan pelanggan tersebut dan mencadangkan agar Ana membuat tetapan balasan mesej secara automatik di masa akan datang.

Walaubagaimanapun, tinjauan mendapati tweet tersebut telah dipadamkan.

Penggunaan pelbagai aplikasi teknologi termasuk media sosial sebagai platform komunikasi harian membuka ruang dan kuasa kepada individu untuk melemparkan apa saja kata-kata yang dia inginkan.

Apapun peniaga dan pelanggan ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Tidak dapat dinafikan pelanggan adalah aset perniagaan, namun pelanggan jangan pula ambil kesempatan memaki hamun sewenangnya. -CARI





Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 38
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote syamzana 15-4-2021 10:06 PM
lamanye 2-3 hari baru jawab.
baker ni pun x reti ke berbahasa. org dah tulis bhs melayu dijawabnya bhs inggeris giteww. konon marah sgt la tu. kalau ayat yg set auto reply tu ok la.

Lain-lain Komen

Quote sally03tomato 14-4-2021 09:48 AM
Sabar je la..  walaupun dah bgtahu kat ig tp kalau 2 3 hari masih tak reply wassap memang la customer bengang... Customer msg provokasi baru boleh reply cepat
Quote Buritan 14-4-2021 10:03 AM
sally03tomato: Sabar je la..  walaupun dah bgtahu kat ig tp kalau 2 3 hari masih tak reply wassap memang la customer bengang... Customer msg provokasi baru boleh rep ...






Kalo aku jd dia. Aku say sorry jah.. mmg aku maki tp maki belakang ajo laa.. takdenyaa aku nak tepek kat ig media sosial semua ni.. bg aku si penjual ni so bodo
Quote Artemesiaa 14-4-2021 10:07 AM
Nak berniaga tapi lepas 2-3 hari baru nak jawab baik tak perlu niaga.  Pembeli kalau nak beli barang mereka nak jawapan cepat, kalau lambat beri jawapan pasti mereka akan cari peniaga lain.
Quote imransulaiman 14-4-2021 10:16 AM
Buritan: Kalo aku jd dia. Aku say sorry jah.. mmg aku maki tp maki belakang ajo laa.. takdenyaa aku nak tepek kat ig media sosial semua ni.. bg aku si penjual  ...

Aku setuju dengan Kak Burit.. Peniaga tu yang salah. Tak buat persediaan lengkap sebelum meniaga. Setting auto reply kan senang..

Dah kena macam tu, baru nak bagitau masalah yang sedang dihadapi. Kalau customer tu tak mesej macam tu, memang sampai kiamat agaknya dia akan ignore tak reply.

Walaupun dah inform kat IG, tak semua customer alert... {:thief
Quote depresio 14-4-2021 10:18 AM
Lambat jawab bukan bermakna boleh sampai 2-3 hari lambatnya
Quote aznizazzadele 14-4-2021 10:27 AM
hurmmmm.... 2-3 hari mmgla customer bengang
Quote prettyuglybabe 14-4-2021 10:38 AM
nak meniaga tapi tak reti reply msg within same day, memang i pangkah je..
Quote matchstick 14-4-2021 11:19 AM
Peniaga byk alasan. Baik cari lain. Sedap sgt ke kek dia smpi ada yg sanggup tunggu 2-3hari seller reply msg
Quote bored_atticus 14-4-2021 11:22 AM
Ni la beza generasi baru dengan lama... Kalau dulu, jarang sangat dengar peniaga pergi marah pelanggan macam ni. Ya memang customer is not always right tapi sebagai peniaga baru , humble rendah diri tu sangat penting. Ni tak, diviralnya lagi customer tu. Besides, communication dengan pelanggan tu penting. Kalau perlu sampai 2 hari untuk reply pelanggan, baik jangan letak nombor whatsapp atau link messenger. Time is money. Nak customer hormat masa "busy" kamu? Kamu pun kena hormat juga masa customer. Customer is king. Ingat tu.
Quote mewo 14-4-2021 11:30 AM
Reply msg untuk bisnes amik masa 2-3 hari, upload kat socmed rasanya x amik masa lama yer peniaga ni?

Xbole ka buat autoreply system?


Quote djzara81 14-4-2021 11:47 AM
Mmg over reply customer tu. Aku pnh DM seller jual mask extenders. 3 hari kemudian baru dia reply. She apologized & ckp dia bz smpi x sempat nk cek my DM. Well, whatever. Aku sonyap jah sbb malas nk reply berhemah2 dgn seller yg bagi 1001 alasan.
Quote chinta89 14-4-2021 11:54 AM
ya aku sokong komen2 di atas
Quote fishcracker 14-4-2021 11:56 AM
Say no to fussy buyer and fussy baker
Iol sebagai kastemer iol sedaya upaya berhemah nak request kek lagi2 customized kek n takmo menyusahkan baker,kalau baker ni ok iol jadik buyer yang setia,kalau baker tu tak ok iol carik baker lain
Quote Eva_yy_Ellin 14-4-2021 12:03 PM
Dua-dua pun tak betul
Customer terus biadap bila seller tak reply, seller bagi 1001 alasan
Walaupun dah bagitahu dekat IG akan reply dalam masa 2-3 hari...kau ingat customer tu nak tunggu ke?
Kalau dalam masa sejam tak reply, dia boleh cari kedai lain. Jangan buang masa customer, dan jangan buang masa seller juga.
Dan yang paling penting, motif nak bagitahu dekat twitter yang dia baru buka baking studio guna modal sendiri at the age of 25?
Nak suruh orang puji dalam kekaguman ke ni?
Teknik pengiklanan sangat  
Quote shysari 14-4-2021 12:22 PM
Mcm sesuatu sgt je..
Sekarang semua nak viral acah2 minta simpati tapi sebenarnya nak upkan bisness
Quote lavendernovella 14-4-2021 12:38 PM
2-3 hari baru reply. Patut pun...
Quote Supersirap 14-4-2021 01:11 PM
Biasa lah asam garam dalam meniaga, semua benda boleh jadi, yang penting kita kena bertabah dan sabar
Quote mijot 14-4-2021 01:13 PM
dua2 salah...pembeli dok maki2 seller...seller lak rasa melampau sgt reply dlm masa 2-3ari..
Quote Themilo 14-4-2021 01:13 PM
kalau seller dah tak layan , kau cari je la seller lain dekkk..

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top