Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Impian Timang Anak Lelaki Musnah, Faralyna Idris Keguguran

13-4-2021 12:54 PM| Komen: 22

Pembukaan Ramadan membawa berita sedih buat pelakon Faralyna Idris apabila disahkan mengalami keguguran ketika kandungan berusia empat bulan.

Berkongsi mengenai keguguran tersebut, Faralyna memberitahu dia tetap bersyukur kerana Allah memberi rezeki bayi lelaki untuk dia dan suami biarpun hanya sekejap sahaja.

Foto: IG

"Dari awal tahun, ramai tegur dan tanya mana bonda. Kenapa lama tak update IG. Mana IGStory bonda. Inilah sebabnya. Alhamdulillah diberi lagi rezeki untuk mengandung kali ketiga.

"Selama mengandungkan yang teristimewa ni, bonda dengan phone bertukar status, jadi love-hate relationship, sorry. Namun, sekali pun Dia (Allah) beri rezeki, bila-bila masa juga Dia boleh ambil kembali.

"Tiada rezeki bonda ayah untuk peluk cium dia, tapi rezeki kami merasa gembira dan teruja bila tahu, kami akan dapat baby boy!" kongsi Faralyna.



Pelakon berusia 30 tahun itu berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik momen sepanjang kehamilannya di laman Instagram pada Selasa.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar Faralyna serta keluarganya kuat menghadapi dugaan itu.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Cinta Koko Coklat ini melahirkan rasa syukur dengan kehadiran bayinya yang dianggap sangat istimewa walaupun hanya dipinjamkan sebentar kepada keluarganya.

Faralyna turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan keadaannya dan menganggap sambutan bulan Ramadan cukup bermakna bersama arwah anaknya yang diberi nama Muhammad Farid.



"Terima kasih, Ya Allah. Telah kau gembirakan hati kami dengan kehadiran yang teristimewa ini. Telah kau pinjamkan dia sekejap pada keluarga kami. Empat bulan yang penuh makna.

"Kepada yang tahu bonda pregnant, terima kasih kerana sentiasa doakan untuk bonda. Sentiasa cakap yang baik-baik pada bonda. Salam Ramadhan buat semua.

"Ini detik permulaan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan tahun ni untuk keluarga kami. Paling istimewa, bersama yang teristimewa, Muhammad Farid Muhammad Fikri," ujarnya.


Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Fira Anggun dan Fira Ayu. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 22
Komen

Previous : Beli Kereta Baru, Fasha Sandha Bangga Dengan Kejayaan Elisya Sandha

Next       : Dating Makan Sedap, Risteena Dan Isa Khan Rai Ulang Tahun Sebulan Perkahwinan

Komen Terbaru

Quote puanbintang 15-4-2021 11:37 AM
minat dia ni dulu..lawa dan lembut je muka dia..semoga ada rezekinya nanti

Lain-lain Komen

Quote kakakgarang 13-4-2021 02:09 PM
jap dia ni ke dulu bercinta dgn kekrul? pastu putus kekrul pilih keknis kan... huhu
Quote eniliana 13-4-2021 02:13 PM
takziah..

siapa dia ni? pelakon ke?
Quote cap_ayam 13-4-2021 02:34 PM
takziah.. sedihnya hilang baby..
Quote shark_eow7 13-4-2021 02:35 PM
tak boleh recall la dia ni siapa.
Quote missannabella 13-4-2021 02:37 PM
kakakgarang replied at 13-4-2021 02:09 PM
jap dia ni ke dulu bercinta dgn kekrul? pastu putus kekrul pilih keknis kan... huhu

ya benar sis. bekasnya kekrul
Quote hanihan16 13-4-2021 02:55 PM
dia ni ke ada berlakon lagenda budak setan? ke aku salah orang? muka dia sejenis yg macam redup lembut2 gitu
Quote tootii 13-4-2021 03:00 PM
laki dia keje apa ?
anak2 cantik .. manis..
Quote anony-mous 13-4-2021 03:14 PM
Cantik she ni. Mata i nmpk iras dahlia shazwan tu. lg cantik dri keknis cuma ye lah, x kaya mcm keknis
Quote imanjannah 13-4-2021 03:36 PM
suka dia ni berlakon, tapi lama sgt dah x nampak dia
Quote chinta89 13-4-2021 03:55 PM
sape yg x  leh recall dia, dia ni pelakon. lps kawin syp dah. penah bercinta ngn hairul azren lps tu tgalkan faralyna sb tergilakan kekasih dia hanis zalikha.


https://www.mstar.com.my/spotlig ... n-dedah-putus-cinta
Quote jejarihalus 13-4-2021 04:30 PM
Kandungan 4 Bulan dah boleh tahu jantina ke?
Quote sukacactus 13-4-2021 04:38 PM
Masa kekrul masuk fear factor masih dgn faralyna ni
Tp masa kat situ dpt phone no keknis dr jehan miskin ke sapa ntah
Blk tu terus full steam ahead dia pursue keknis, faralyna dia bye2
Quote misssakura 13-4-2021 05:42 PM
dia yang berlakon citer asmara tu kan. shah jazle dgn lupa nama heroin tu. tapi sheol selalu watak sampingan je la.
takziah sis atas keguguran.
Quote misssakura 13-4-2021 05:44 PM
sukacactus replied at 13-4-2021 04:38 PM
Masa kekrul masuk fear factor masih dgn faralyna ni
Tp masa kat situ dpt phone no keknis dr jehan m ...

kurang ajarnya kekrul tu. rasanya lama jugak theyol kapel. bukan faralyna ni ke yang bawak kekrul ke dunia retis?
Quote sfrnna 13-4-2021 06:36 PM
Edited by sfrnna at 13-4-2021 06:37 PM

Dulu dia ni free hair kan. Ada mengacara jugak. Konpius kejap dengan sorang lagi pelakon yg edisi kalkulator tu. Muka cam sama ja. Papepun takziah. Meols tumpang sedih.
Quote sukacactus 13-4-2021 06:47 PM
misssakura replied at 13-4-2021 05:44 PM
kurang ajarnya kekrul tu. rasanya lama jugak theyol kapel. bukan faralyna ni ke yang bawak kekrul  ...

Ya betul!
Sebab dia la kekrul boleh jd pelakon
Dan ats sebab tu aku xsuka couple poyo tu
Quote giyomi 13-4-2021 07:36 PM
sekarang ni ramai sgt pelakon and penyanyi sehingga akak terpaksa who r yusskan depa semua.
Quote HappyGumbira 13-4-2021 11:07 PM
iols suka lakonan di ni dulu. pandai blakon
Quote Lylyna 13-4-2021 11:28 PM
InshaAllah ada rezeki lain tu

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top