Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Suami Serina Disiasat Polis

12-4-2021 05:22 PM| Komen: 292

Susulan laporan eksklusif mStar berkaitan perkahwinan anak Chef Wan, Serina Redzuawan dengan anggota polis Meor Muhammad Aidid tidak mendapat kebenaran isteri pertama Nur Hamizah Shaffee, pihak polis pada Isnin membuka kertas siasatan terhadap pegawai kanan pasukan itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan itu diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.



"Pada mulanya memang dia bertugas di sini sebagai pegawai trafik dan kini sudah melaporkan diri sebagai pegawai siasatan jenayah di Ibu Pejabat Kontenjen (IPK) Perlis sejak 2019.

"Jadi, kita serahkan siasatan kepada JIPS kerana pegawai ini sudah bertukar ke Perlis," katanya dalam satu sidang media pada Isnin.

Tambah beliau, JIPS Perlis ketika ini sedang menjalankan siasatan berhubung isu itu dan Meor Mohammad Aidid boleh dikenakan tindakan tata tertib jika didapati bersalah.

"Saya juga difahamkan satu kertas siasatan tata tertib sudah dibuka terhadap pegawai berkenaan kerana beliau tidak memohon untuk berkahwin kali kedua dan siasatan dijalankan oleh JIPS Perlis.

"Difahamkan perkahwinan mereka memang berdaftar dengan sah di Perlis, lazimnya kalau tidak meminta kebenaran kita akan ambil tindakan tata tertib melalui jabatan tetapi bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan dijalankan," katanya.


Kredit foto: IG Serina

Serina sebelum ini menafikan mereka bernikah di Thailand, sebaliknya ia dijalankan di Perlis. Dia turut menafikan Aidid berstatus suami orang sebaliknya adalah seorang duda.

Namun, menerusi laporan mStar pada Ahad, seorang wanita bernama Nur Hamizah Shaffee, 34, berkata dia masih menjadi isteri Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.

Hamizah turut menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika pasangan itu bernikah secara senyap di Perlis.

Hamizah turut mendedahkan dia diceraikan Aidid, dipercayai pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bertugas di IPK Perlis pada 9 Mac lalu.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
2
0
0
Komen: 292
Komen

Previous : Fasha Sandha Sambut Birthday Rayfal Bersama Bekas Mentua

Next       : "Jadi pelakon lama bukan tiket untuk selalu datang lewat dan berlagak" Mimi Lana bidas siapa tu?

Komen Terbaru

Quote makcun14 15-4-2021 07:47 PM
Makin ari makin panas gosip serina ni.i is excited

Lain-lain Komen

Quote Megikari 12-4-2021 05:29 PM
Hikhik... Cash?
Quote 3chanceno 12-4-2021 05:34 PM
Gosip pasal pernikahan serina nie bakal mencaras terpaling hot dari perkahwinan jah2x!
Quote sarah82 12-4-2021 05:37 PM
9/3/2021? Wowwww.. Hebat serina ni... Menjandakan madu sebab nak jadi satu2nya isteri... Kira chepone diCASHkan anak perempuan sendiri la kan?
Quote akuMNdia 12-4-2021 05:37 PM
3chanceno replied at 12-4-2021 05:34 PM
Gosip pasal pernikahan serina nie bakal mencaras terpaling hot dari perkahwinan jah2x!

kita nantikan pula counterattack dari jah2x utk terus mengungguli carta gosip semalaya.

Quote me12345 12-4-2021 05:38 PM
Berani buat berani tanggung...all the best
Quote salimrock 12-4-2021 05:40 PM
ex hasben serina dulu mat salleh kan?


Quote naina 12-4-2021 05:40 PM
3chanceno replied at 12-4-2021 05:34 PM
Gosip pasal pernikahan serina nie bakal mencaras terpaling hot dari perkahwinan jah2x!

Ko jangan sebut dia kt sini wei. Sat lagi dia up issue lain plak. Dh terpaling naik ranking lagi
Quote 3chanceno 12-4-2021 05:43 PM
akuMNdia replied at 12-4-2021 05:37 PM
kita nantikan pula counterattack dari jah2x utk terus mengungguli carta gosip semalaya.

Kita Tungguuuuuuuuu Mo seterusmya
Quote 3chanceno 12-4-2021 05:45 PM
naina replied at 12-4-2021 05:40 PM
Ko jangan sebut dia kt sini wei. Sat lagi dia up issue lain plak. Dh terpaling naik ranking lagi

Oke oke lupa pulok yg pentaksub2 baca gosip nie jugakampunnn
Quote salmon-suki 12-4-2021 05:46 PM
9mac wife diceraikan?serina ngn jantan ni kawin bila??wehhhh.. berbelit2 timeline nih..pening ai
Quote sarah82 12-4-2021 05:48 PM
3chanceno replied at 12-4-2021 05:34 PM
Gosip pasal pernikahan serina nie bakal mencaras terpaling hot dari perkahwinan jah2x!

Karang dia keluarkan lingerie muslimah friendly pulak jenuh....
Quote hazzy0304 12-4-2021 05:50 PM
Hahaha eloklah …
Polis siasat polis …
Quote 3chanceno 12-4-2021 05:57 PM
salimrock replied at 12-4-2021 05:40 PM
ex hasben serina dulu mat salleh kan?

Iya..Gavin apa entah terbelit namanyatak salah orang bangsa Inggeris
Quote 3chanceno 12-4-2021 05:59 PM
sarah82 replied at 12-4-2021 05:48 PM
Karang dia keluarkan lingerie muslimah friendly pulak jenuh....

Hahahaha..ye lah lbuat kurang pahala posa je
Quote sarah82 12-4-2021 06:03 PM
3chanceno replied at 12-4-2021 05:59 PM
Hahahaha..ye lah lbuat kurang pahala posa je

Hahahaa.. Jenuh kita nak fikir mcm mana la lingerie muslimah friendly tu..
Quote mrsbale 12-4-2021 06:17 PM
Wow.
‘Tahniah’.
Ni org kdh kata xdak penyakit depa cari penyakit
Quote Thunderclouds 12-4-2021 06:30 PM
Edited by Thunderclouds at 12-4-2021 06:36 PM
salmon-suki replied at 12-4-2021 05:46 PM
9mac wife diceraikan?serina ngn jantan ni kawin bila??wehhhh.. berbelit2 timeline nih..pening ai


Menurut laporan akhbar...salina dh kawen bulan 2, time tu syuben beliau lom cerai lg. Kes cerai masih bjalan kt court. 9/03 hr tu sah cerai. Gituhhhhhh...so betol la pak dia bgtau tuuu time jmpa tu depa dh kawenn. Acah2 br nk kenai2 mintak restu
Quote Suchi 12-4-2021 06:36 PM
Wah kiranya dah ada kes lain plak laaa kes yg sedang dlm siasatan boleh la abaikan je tau2 netizen pun lupa dah
Quote JunkMail 12-4-2021 06:37 PM
Jandakan bini sendiri sebab nak kawin janda Gundu

Lihat semua komen(292)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top