Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Segerakan Sistem Gred Syarikat Produksi, Pelakon,"- Isma Yusoof

12-4-2021 11:40 AM| Komen: 7

Pengarah dan pelakon Isma Yusoof menyambut baik usaha Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang akan membuat pengkelasan syarikat produksi dan pelakon mengikut pengalaman, kepakaran serta gred bagi memberi peluang sama rata kepada semua penggerak industri. 

Isma berkata, sistem gred yang bakal diperkenalkan dapat membezakan kualiti kerja serta memberi peluang kepada semua pihak untuk menikmati peluang kerja sama rata. 


Foto: IG

"Sistem gred ini satu peluang yang baik kerana saya lihat banyak syarikat produksi sekarang sesuka hati mengambil kru dan pelakon untuk menjayakan sesebuah naskhah.

"Sistem gred ini juga dapat membezakan orang yang bekerja bersungguh-sungguh sebab minat berbanding bekerja untuk mengisi lapang atau suka-suka," katanya. 

Menurut Isma, selagi sistem gred tidak diperkenalkan industri kreatif tanah air sukar mendapatkan naskhah yang berkualiti. 



"Kadang-kadang pemilihan pelakon sudah cukup hebat tapi kru belakang tabir pula tidak cukup berpengalaman. Jadi, untuk mendapatkan naskhah yang berkualiti itu sukar. 

"Tambahan, duit yang diterima bukan atas tiket untuk berangan kaya sebaliknya biarlah duit itu diperoleh sebagai satu apreasasi untuk kerja keras yang dilakukan," katanya. 



Terdahulu Finas akan membuat pengkelasan syarikat produksi dan pelakon mengikut pengalaman, kepakaran serta gred bagi memberi peluang sama rata kepada semua penggerak industri mendapat dana kreatif.

Usaha itu dilakukan melalui program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia - Malaysian Creative Capacity Enhancement Programme (MyCap) yang menjadi platform pengumpulan data menyeluruh industri kreatif tempatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 7
Komen

Previous : Dikecam Netizen Kerana Menari Di TikTok, Ini Jawapan Ain Edruce

Next       : Rama-rama Biru, Merpati Putih & Cili Api - Apa Cuba Disampaikan Nonny?

Komen Terbaru

Quote virgo19 12-4-2021 06:11 PM
Kiranya cadangan ni ikut porem cari ke.. kan ke porem cari ni suka gred2kan retis

Lain-lain Komen

Quote sarah82 12-4-2021 12:13 PM
Satu ja aku nak komen. Dia pandai la juga make up.. Aku nak beli foundation pun gagal dgn cemerlang sbb aku tak reti pilih warna yg sesuai dgn kulit aku dan juga apply kat muka
Quote Themilo 12-4-2021 12:37 PM
meols setuju ya dengan cadangan shemale nih.. takde la waktu meols terbazir tengok drama sampah, pelakon kayu, jalan cerita tahi.
Quote Brunes 12-4-2021 12:40 PM
yes finally solution yg bijak, aku rasa zed zaidi patut letak jawatan je lah.. bagi jawatan tu kepada org yg berfikiran lebih terbuka dan tidak malas!
Quote crossline 12-4-2021 12:41 PM
Kompius ni, tgk video suara jantan stail pun jantan, ter goda sikit lah I.... Tp, kat gambo tu, siap mekap, eh, adik2 ke? Ke ikut stail korea? Ke stail jepun? Tapi kakinya tetap berbulus jantan.
Quote salmon-suki 12-4-2021 03:36 PM
Ai mtk maaf awal2.. first ai tgk,igt nabila huda...
Rupenye pondan mental..urmmm..

Baidewei,kalau retis diberi gred,y gred A+ brp sgt jah..boleh dikira dgn jari..ramai retis gred C- ke bawah,termasuklah muka basic..tu gred F-
Quote primarikey 12-4-2021 05:51 PM
Hahaha...tertipuuu....memula tgk gamba atas tu ingat nabila huda...seiras bebenor la weiiii...
Quote virgo19 12-4-2021 06:11 PM
Kiranya cadangan ni ikut porem cari ke.. kan ke porem cari ni suka gred2kan retis

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top