Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kes Bunuh Zulfarhan UPNM: Pembelaan Tutup Kes Selepas Panggil 20 Saksi

9-4-2021 08:24 AM Komen: 30
Selepas memanggil 20 saksi pada perbicaraan kes 18 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang mengambil masa selama dua tahun, pihak pembelaan menutup kesnya hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah kemudiannya menetapkan 10 Mei untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis setelah peguam M. Varunchelvam yang mewakili tertuduh keempat, Muhammad Afif Najmudin Azahat memaklumkan pihak pembelaan menutup kes berkenaan, hari ini.

Hakim Azman menzahirkan rasa syukur kerana kes ini akhirnya selesai selepas kesemua saksi pembelaan memberi keterangan.

Foto: Awani

Alhamdulilah, kes dah selesai," katanya.

Pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai 31 saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta dua saksi mata yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa ketika kejadian iaitu pelajar UPNM, Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah pada perbicaraan yang bermula 29 Jan 2018.

Sementara itu, pihak pembelaan telah memanggil seramai 20 saksi termasuk Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada perbicaraan yang bermula 2 Okt 2019.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi dan Mohd Josiendra Abu Senin manakala barisan peguam yang mewakili kesemua tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Fadly Hashim, Varunchelvam dan Fatimah Azzahrah Rumaizi.

Terdahulu, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Mohamad Azaini Ibrahim, 58, ketika membacakan penyataan saksinya berkata Zulfarhan Osman telah mengalami komplikasi akibat daripada luka lecur iaitu ketidakseimbangan elektrolik, hypovolemic shock (kekurangan cecair di dalam badan) dan seterusnya kerosakan pada organ-organ penting seperti buah pinggang dan kemungkinan juga kepada jantung dan paru-paru.

Pada pendapat saya, luka lecur pada badan mangsa telah mengakibatkan kehilangan cecair badan dan mangsa boleh mengalami dehidrasi pada kadar yang serius (hypovolemic shock).

Ini berdasarkan pemeriksaan Dr Salmah terhadap bibir mangsa yang didapati kering dan juga cecair mata vitreous humor jasad mangsa yang terlalu pekat sehingga tidak dapat dianalisis. Berikutan itu, kandungan elektrolit di dalam badan mangsa menjadi tidak seimbang, kata saksi pendakwaan ke-31 itu yang dipanggil

memberi keterangan untuk menyangkal dakwaan Dr Rohayu yang merupakan saksi pembelaan ke-19.

Sementara itu, bapa Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros, 57, ketika ditemui media selepas prosiding kes itu berkata, beliau dan keluarga menerima apa sahaja keputusan hakim kelak.

"Saya terima apa sahaja keputusan hakim...di sini lah (mahkamah) untuk membuktikan dia (tertuduh) buat atau tidak. Moga ia berpihak kepada kami semua," katanya yang hadir pada prosiding itu bersama isterinya Hawa Osman, 58.

Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi 21 Mei 2017. -CARI

Sumber: BERNAMA

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 30
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote pu3_rania 10-5-2021 08:47 PM
Semoga keadilan berpihak kepada Allahyarham Haji Zulfarhan Osman Bin Zulkarnain dan keluarga
Aamiin Allahumma Aamiin

Lain-lain Komen

Quote domestobot 9-4-2021 08:26 AM
jangan diaorang lepas pulak. nanti lepas dapat mendabik dada "aku dulu seterika budak junior sampai mati, lepas je".
Quote salmon-suki 9-4-2021 08:28 AM
Semoga keadilan berpihak kpd arwah! Just make sure those bastards mati je..kita x perlu penjenayah dlm masyarakat kita!
Quote alieyrina 9-4-2021 09:09 AM
Puak2 pembunuh ni nanti dah kerja tah apa depa buat kat kolig pulak. Ewww lempaq ja snake island
Quote kimsa-ra 9-4-2021 09:20 AM
Bila nk keluar dakwaannya. Klu terlepas ni mmg something wrong.
Quote Nurulmira 9-4-2021 09:30 AM
semoga keadilan dpt ditegakkn  semoga pesalah2 tu  dpt dihukum dgn hukuman yg berat  setimpal gn apa yg dorg dh buat dkt arwah tu.. kita yg org luar pn rse sedih apa lg fmily arwah  semoga family arwah kuat & tabah
Quote jejarihalus 9-4-2021 09:39 AM
Semoga arwah mendapat pembelaan ..mmg zalim sgt
Quote skinsandstars 9-4-2021 10:34 AM
kesian sangat kes ni. semoga semua OKT kena hukuman yang setimpal.
Quote hazzy0304 9-4-2021 10:53 AM
allahu ... risau nk hantar anak2 duduk asrama ...
Quote Buritan 9-4-2021 10:57 AM
domestobot replied at 9-4-2021 08:26 AM
jangan diaorang lepas pulak. nanti lepas dapat mendabik dada "aku dulu seterika budak junior sampai  ...

Kannn.. kot laa mcm kes anak siam kena rogol dgn anak somebody. Mula mula kan lps.. dah bpl mangsa nak bunuh diri batulaa terhegeh hegehhh.. hakim ni bkn caya sgt.. nak tunjuk bukti tgh seterika dpn muka dia tuuu baru leh caj..
Quote Buritan 9-4-2021 10:58 AM
hazzy0304 replied at 9-4-2021 10:53 AM
allahu ... risau nk hantar anak2 duduk asrama ...

Tak payah la hantar..saya ngaji je school biasa.. tak berani.. masuk u pun aku masuk je merata area rumah aku je.. berulang las hang
Quote Buritan 9-4-2021 10:59 AM
kimsa-ra replied at 9-4-2021 09:20 AM
Bila nk keluar dakwaannya. Klu terlepas ni mmg something wrong.

Riso jugak ni.. bkn leh pakai sgt ni..
Quote aderaderker 9-4-2021 11:11 AM
Moga kematian arwah terbela,  dah nak puasa dah ni.
Arwah meninggal time puasa gak kan..
Quote hinata_holic 9-4-2021 11:34 AM
Semoga keputusan mahkamah berpihak kepada keluarga arwah. Sayuu tgk mak bapak arwah
Quote hazzy0304 9-4-2021 11:37 AM
Buritan replied at 9-4-2021 10:58 AM
Tak payah la hantar..saya ngaji je school biasa.. tak berani.. masuk u pun aku masuk je merata are ...

kan .. sebenarnya tu la dalam fikiran ..

tapi pak nye nak ank dok asrama biar berdikari kata nyerr ... hmmm

si ibu mcm x rela ...
Quote Xim 9-4-2021 11:59 AM
Thread dah ada : https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1246313

Boleh la @CARI-MRO merge je
Quote Buritan 9-4-2021 12:37 PM
hazzy0304 replied at 9-4-2021 11:37 AM
kan .. sebenarnya tu la dalam fikiran ..

tapi pak nye nak ank dok asrama biar berdikari kata ny ...

School biasa pun anak aku komplen buli skit skit laa .. inikan plk asrama.. mmg aku takkan bagi.. aku ni ex teacher.. tahu sgt perangai bebudak.. ade yg dpn kita bagus.. tp brlakang rupanya dia setan... berdikari kat rumah pun leh berdikari.. anak aku basuh baju sendiri.. masak pun boleh sendiri time aku malas.. satu lg kalo duk dgn kita.. kita leh polish depa ni like a masuk klas musiklaa.. klas bi la.. klas menjahitla... klas masaklaa.. kira ade extra skill skit..
Quote pxlbb 9-4-2021 12:56 PM
Jaga anak2 dara korang jgn kawin dgn iblis2 ni
Quote jiwakacau06 9-4-2021 12:59 PM
so keputusan nya
Quote azimodin 9-4-2021 06:04 PM
Dah nak bulan ramadhan dah ni. Aku berharap & berdoa bulan ramadhan kali ni membawa berita gembira untuk keluarga farhan. Xlupa juga buat keluarga founder cradlefund.

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top