Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Hafiz Hamidun Dan Nabila Razali Dah Berbaik

9-4-2021 08:00 AM| Komen: 13

Hampir sebulan peristiwa penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun memperlekehkan kemampuan vokal Nabila Razali ketika bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), kini kedua-dua mereka dilihat sudah berdamai.

Malah Hafiz, 37, sudah bertentang mata dengan penyanyi lagu Peluang Kedua itu bagi menjelaskan tentang kontroversi yang berlaku antara mereka sebelum ini.


"Ini merupakan perjumpaan pertama kami selepas AJL dan saya ambil kesempatan untuk bertemu empat mata dengan Nabila sendiri bagi jelaskan apa yang berlaku.

"Daripada apa yang kami bincangkan, Nabila nampak positif dan memaafkan saja kalau ada salah silap.

"Saya juga secara peribadi katakan maaf pada Nabila kalau isu itu menggores hatinya... niat saya sekadar bagi komen peribadi, itu sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.



Mereka dipertemukan dalam sebuah program Ramadan yang menjalani penggambaran pada Rabu.

Terdahulu menerusi Instagram, Hafiz turut memuat naik gambarnya bersama Nabila, 29, ketika menjayakan sesi penggambaran program tersebut.



"Sempena Ramadan yang bakal tiba, sempat buat penggambaran dengan Nabila Razali.

"InsyaAllah semoga Ramadan lebih bermakna dan moga success untuk Nabila," katanya.



Hafiz sebelum ini dikecam gara-gara memuat naik status seperti mengkritik persembahan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila.

Menerusi ciapannya di Twitter, Hafiz seakan-akan menyindir Nabila sudah membazirkan peluang yang diberikan apabila nyanyiannya 'terkucil' di bahagian korus ketika menyampaikan lagu tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 13
Komen

Previous : "Nak Jual Tali Leher Dan Tali Jam Muslim Friendly Lah," - Harith Iskandar

Next       : Cik B Tak Guna Kabel Mama Nak Jadi Artis

Komen Terbaru

Quote caramello 10-4-2021 02:10 AM
Dlm gambar nab senyum mcm tawar je..si apis tu yg senyum melebar..

Lain-lain Komen

Quote akuHavocczz 9-4-2021 08:39 AM
Kalau dah jodoh tak kemana.. ah gitchew!
Quote HoneyManjer 9-4-2021 09:26 AM
semoga berjodohan la...heheheheheh
Quote Nunie 9-4-2021 09:45 AM
Ko nk sentap knp nab?dah mmg betul..peluang kedua ko di sia2kan.
Quote cap_ayam 9-4-2021 10:18 AM
wah dah besar anak angkat hafiz hamidun ni. makin comel.

utk tidak OT, baguslah dah bermaaf maafan. perkara yang baik kan
Quote uori 9-4-2021 10:22 AM
Ngada ah, orang cakap benda betul kot. Ko penyanyi dan kenalah pandai menyanyi, ko nak expect apa? Bayangkan ko g makan kedai tomyam, pastu cook dia tak tau masak nangis2 kalo tegur ugut nak berhenti memasak bagai, ko rasaaaaa??!!
Quote damian_lee 9-4-2021 10:24 AM
Nunie replied at 9-4-2021 01:45 AM
Ko nk sentap knp nab?dah mmg betul..peluang kedua ko di sia2kan.

Nab mmang defensive

Tengok satu interbiu mmang xleh terima teguran
Feeling suara sedap

Ramai dengki katanya
Sedar mana kawan mana lawan

Euwwwww
Quote tikusmontok 9-4-2021 10:27 AM
semoga berjodohan...aminnnn


Quote Sachacha 9-4-2021 10:33 AM
Nampak sepadan pulak
Quote Lylyna 9-4-2021 11:39 AM
Nak bagitahu juga semoga berjodohan. Ahaha
Quote user.name 9-4-2021 02:00 PM
bukan sebab kak nab calling2 nak cari composer ke haritu? so kau pon masuk line?

Quote 3480 9-4-2021 02:28 PM
Nmpk padan la.. semoga berjodohan..
Betui ni.. bukan perli2
Quote kucim 9-4-2021 09:35 PM
Nmpk padanlah...ikhlas ni...
Quote caramello 10-4-2021 02:10 AM
Dlm gambar nab senyum mcm tawar je..si apis tu yg senyum melebar..

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top