Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Menyamar Jadi Orang Tua Semata-Mata Nak Dapatkan Vaksin

8-4-2021 05:22 PM Komen: 7
Dua lelaki Mexico berusia 30-an berjaya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di ibu negara Mexico, selepas menyamar sebagai warga emas.

Bagaimanapun, tindakan dua lelaki itu mengundang padah selepas mereka akhirnya tertangkap, menurut pihak berkuasa.

Ketika kejadian, lelaki itu datang ke pusat vaksinasi selepas mewarnakan rambut dan kening mereka putih.

Pusat berkenaan adalah untuk memvaksin individu berusia 60 tahun dan ke atas.


Foto: EPA

Kedua-duanya mengemukakan dokumen palsu identiti dan menerima vaksin.

Bagaimanapun, mereka tertangkap selepas perlu bercakap dengan petugas pusat berkenaan selepas menerima vaksin.

"Kakitangan mengesyaki bahawa suara mereka tidak seperti orang tua dan kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Kedua-dua lelaki itu kini berdepan dakwaan menggunakan identiti palsu.

Mexico dengan populasi 126 juta, kini merekodkan 205,000 kematian akibat Covid-19 dan ia adalah angka ketiga tertinggi dunia.

Ia sudah melaksanakan pemberian 10 juta dos vaksin kepada petugas kesihatan dan warga tua. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote linsh 9-4-2021 11:47 PM
haha macam2

Lain-lain Komen

Quote Perawankota 8-4-2021 05:26 PM
Ada jugak yg mcmni.. Meanwhile kt Malaysia, ramai nau x nk vaksin
Quote ProbexII 9-4-2021 01:45 AM
http://adfoc.us/62575978629966

Ni videonya hahahah kesian
Quote Cieejiee 9-4-2021 06:55 AM
Alamak
Quote Nana_Man 9-4-2021 06:56 AM
Kt tempat aku, skrg cuma yg above 45 yrs old bole register for vaccination. Kawan aku lak ckp dia dah register dan dah bole book slot. Aku pelik lah..asal dia senang2 dpt slot. Rupa2 nya, kwn aku tu dah 45 this yr. kawan tak rapat sgt, tu sbb tak tau umur dia brape. Haha
Quote copy_paste 9-4-2021 07:37 AM
lelaki kalau nak menyamar jadi org tua,kena la jadi nenek,pastu buat suara halus,mmg sebijik mcm nenek tua hahahahaha,
kalau jd datuk suara lebih kasar dah pecah mmg susah la nak tiru
Quote NiaClarabel 9-4-2021 08:05 AM
macam ni pun ada jugak
Quote linsh 9-4-2021 11:47 PM
haha macam2

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top