Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Tak Kisah Jika Ada Pihak Tak Selesa- Tabligh Bawa Perubahan Besar Buat Nabil

8-4-2021 02:19 PM|Oleh: Saiful| Komen: 18

Nabil Ahmad bersyukur sangat apabila perubahan dirinya yang lebih islamik dan berjambang diterima baik banyak pihak.

Kata Nabil sebelum ini dia anggap ada pihak tak suka terutamanya yang membabitkan kerjaya dan perniagaannya.

Kredit foto: IG


"Alhamdulillah, ramai yang boleh terima. Kita ini suka sangat buruk sangka dengan Allah. Lalu Dia tunjukkan semua elok saja dengan saya, malah layanan mereka lebih baik.

"Saya betul-betul tak sangka sebenarnya. Apabila begini, saya buat untuk diri saya saja, tak ambil kisah kalau ada orang yang nak terima atau sebaliknya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan," katanya. Dalam masa sama, Nabil berkongsi dalam diam ramai rakannya turut menyertai kumpulan tabligh.

"Kawan-kawan saya rupa-rupanya ada yang menyertai tabligh. Mereka kadang-kadang lepak dengan saya, penampilan pun lebih kurang seperti saya. Mereka juga tak tinggal solat dan tahu mengenai cerita agama dan sebagainya. Kemudian saya tanya mereka belajar agama di mana," katanya seperti dipetik di Harian Metro.




Nabil juga menambah, apa yang dipelajari daripada tabligh dikongsi bersama isterinya yang kini sudah bertudung.

"Bukan setakat kongsi, malah saya turut mendoakan dia. Apabila Allah berkehendak, semua perkara akan jadi. Doakan dia juga terus istiqamah dalam bertudung.




"Nak istiqamah ini susah. Kena minta tolong dengan orang. Kalau diri sendiri kata 'aku dah boleh ni atau dah jadi ni', ia takkan menjadi. Kena minta juga doa ramai barulah jadi, insya-Allah." -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 18
Komen

Previous : Akim Ahmad Teruja Dapat Bersama Search

Next       : "Tak Boleh Nyanyi Live, Pergi Cari Kerja Lain,"-Ajai Sanggup Tolak Walau Ditawar Jutaan Ringgit

Komen Terbaru

Quote mieymiey 12-4-2021 10:59 AM
Lawa bini Nabil ni. Free hair lawa, bertudung pun lawa.

Lain-lain Komen

Quote shida81 8-4-2021 02:25 PM
Ak suka je klu berubah kearah kebaikkan... Asal kan jgn kepam....
Quote Pak.dolla 8-4-2021 02:28 PM
Jgan pakaian je berubah tp perangai ko berubah mcm mancis
Quote Orix 8-4-2021 03:13 PM
iols geli dgan org janggut panjang2... geli... sorry to say, selalunya yg janggut panjang2 ni pakej sekali muka berminyak n kepam.... harap nabil jaga penampilan
Quote Dodod 8-4-2021 03:27 PM
Orix replied at 8-4-2021 03:13 PM
iols geli dgan org janggut panjang2... geli... sorry to say, selalunya yg janggut panjang2 ni pakej  ...

janggut ni kan sunnah. kalo ikut kajian sains kalo laki yg berjanggut ni sakit perut dia just minum air hjung janggut utk sembuhkan sakit tu. utk isteri pulak kebaikkan nya boleh release stress kalo usap. tp terms ni xtermasuk utk janggut tanam la. hahaha. laki aku xde pulak minyak muka. aku tgk kengkawan dia pon xde. mngkin yg uols tgk tu jenis xjaga penampilan kot. so far yg tua pon nmpk bersih je iols tgk
Quote 3chanceno 8-4-2021 04:25 PM
Dodod replied at 8-4-2021 03:27 PM
janggut ni kan sunnah. kalo ikut kajian sains kalo laki yg berjanggut ni sakit perut dia just minu ...

Sis yr statemen 'Tak termasuk janggut tanam la'  tu buat meolls gelak hahaha
Quote SayaSayangMama 8-4-2021 04:32 PM
Orix: iols geli dgan org janggut panjang2... geli... sorry to say, selalunya yg janggut panjang2 ni pakej sekali muka berminyak n kepam.... harap nabil jaga ...



Maybe u bayangkan mcm orix dlm citer aspalela
Kot yg yasin berlakon tu
Quote isbritneybich 8-4-2021 05:04 PM
Dodod replied at 8-4-2021 03:27 PM
janggut ni kan sunnah. kalo ikut kajian sains kalo laki yg berjanggut ni sakit perut dia just minu ...

interesting info. hasil google: https://www.bbc.com/news/magazine-35350886

In an environment like a beard, where there are lots of bacteria competing for resources, some have evolved to produce toxins to kill others – and these toxins are what we use as antibiotics drugs.
Quote Lengkong 8-4-2021 05:21 PM
Alhamdulillah..semoga istiqomah..cantik diaorang sekeluarga


Quote anony-mous 8-4-2021 07:29 PM
I nk buat pengakuan, i always minat nabil ni. Dari raja lwak until now. Porumer kecam dia pon, i tetap suka mulut lepas pon suka jugak sbb nmpk dia ni jenis x lawan balik org ckp apa. Zmn xsuka dia masa dia dgn ungka yg dia curang dgn irma hasmie. Wife lawa pulak tu
Quote Dodod 8-4-2021 08:19 PM
3chanceno replied at 8-4-2021 04:25 PM
Sis yr statemen 'Tak termasuk janggut tanam la'  tu buat meolls gelak hahaha

haha tgh taip tiber teringat janggut piyuz. xnmpk natural. so sedeyh
Quote Dodod 8-4-2021 08:25 PM
isbritneybich replied at 8-4-2021 05:04 PM
interesting info. hasil google: https://www.bbc.com/news/magazine-35350886

In an environment l ...

ntah lah kalo yg jenis serabai cam dlm gambar tu mmg la nmpk busuk. janggut muslim kan dibasahi air wuduk 5x sehari. Nabi saw suka tgk sorg sahabat ni air menitik drpd janggutnya. tp silapnya sahabat tu p cukuq terus Nabi saw xpandang muka dia. rupanya Nabi saw marah dia buang janggut tu. so who should we trust more? our Prophet pbuh or those non muslim? ikutkan kalau nk amal sunnah ni xperlu pon kajian saintifik bagai kan. its our way of life.
Quote Sazida 11-4-2021 12:03 AM
just nk puji yang ank2 dia cantik sgt,..
Quote Normabaru 11-4-2021 10:13 AM
Jadi baik tu elok laaa.. Tp klu setakat baru sebln dua.. Xpyh kot nk highlight lagu ni.. Bkn benda ajaib pon.. Pffttt
Quote sleepandream 11-4-2021 10:21 AM
neelopa berpurdah nabil berjanggut pulak...
Quote ResellerMaxis 11-4-2021 06:24 PM
Dodod replied at 8-4-2021 03:27 PM
janggut ni kan sunnah. kalo ikut kajian sains kalo laki yg berjanggut ni sakit perut dia just minu ...

Kajian sains mana minum air janggut hilangkan sakit perut?
Quote lampor 12-4-2021 09:38 AM
iols ok je org nk berubah ke arah kebaikan... Jgn jadi penunggang agama dah...kot2 pasni kuar makanan sunah cap nabil harga yahudi pulak kan...
Quote tompie 12-4-2021 10:51 AM
bagus ah dia jadik mcm ni.
harap2 kita pun dapat berubah ke kebaikan mcm nabil dengan bini dia ni.
Dia dah lama gak kan join tabligh ni 2-3 taun, baru sekarang dia keluar cerita, ok ah tu. bukannya baru 2-3 hari.

mmg ramai artis2 dan ex celebrity yang join tabligh. diorang pun low profile aje..
Cara nak dakwah ada banyak, mcm zaman nabi jugak, ada cara lembut, keras, direct, berkias. ikutlah orang tu.

Semoga terus istiqomah.. Aamiin
Quote mieymiey 12-4-2021 10:59 AM
Lawa bini Nabil ni. Free hair lawa, bertudung pun lawa.

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top