Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mati Ditetak Tuduh Rakan Amal Sihir

8-4-2021 01:56 PM Komen: 2
Berang selepas dituduh mengamalkan ilmu hitam, seorang lelaki warga Indonesia menetak rakan senegaranya menggunakan parang sehingga mati.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi di rumah pekerja di Ladang Solar Green, di sini.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila kedua-dua mereka yang tinggal sebilik keluar bekerja, namun kemudian bertengkar apabila mangsa menuduh suspek mengamalkan ilmu hitam.


PEDANG samurai yang digunakan suspek membunuh rakan senegaranya selepas dituduh mengamalkan ilmu hitam. FOTO MELVIN JONI

"Berlaku pertengkaran antara mereka dan semasa mangsa masuk ke dalam bilik, suspek mengekori dari arah belakang dengan memegang parang dan terus menetak di bahagian belakang tengkuk mangsa.

"Mangsa terjatuh ke lantai ruang tamu sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jimmy berkata, ketika kejadian, hanya suspek dan mangsa berada di tempat kejadian dan mereka bekerja meracun rumput di ladang berkenaan.

Katanya, mayat mangsa yang berusia 32 tahun dari Ntonggu, Indonesia dihantar ke bilik mayat Hospital Mukah untuk dibedah siasat manakala suspek berusia 31 tahun dari Paradowane, Indonesia ditahan.

Menurutnya, parang sepanjang 80 sentimer yang digunakan suspek turut dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-4-2021 01:40 AM
Super Human Samurai



Lain-lain Komen

Quote BeskotCekelat 8-4-2021 02:19 PM
Ganas betul Indon ni, gaduh main tetak2.
Tapi wartawan ni sejeap parang, sekejap pedang samurai.
Tengok gambar tu tak melengkung macam pedang samurai (katana) pun.
Quote kakikuDibibirmu 10-4-2021 01:40 AM
Super Human Samurai



Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top