Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Vaksin AstraZeneca: Malaysia tunggu laporan EMA

8-4-2021 08:34 AM Komen: 2


KUALA LUMPUR: Malaysia akan memutuskan sama ada akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) selepas menerima hasil dapatan Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Menteri Penyelaras program imunisasi itu, Khairy Jamaluddin, berkata laporan oleh agensi Kesatuan Eropah (EU) itu akan menentukan sama ada penggunaan vaksin itu ada kaitan dengan pembekuan darah (thrombosis).

"Kami akan menentukan sama ada untuk meneruskannya atau kami meneruskannya (tetapi) dengan berhati-hati," katanya pada webinar Penjagaan Kesihatan ASEAN 2021 secara maya anjuran CARI ASEAN Research and Advocacy dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN hari ini.

Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata Malaysia masih mempunyai masa untuk membuat keputusan memandangkan vaksin AstraZeneca datang dari kemudahan COVAX hanya pada bulan hadapan.

Beliau berkata, isu penggunaan vaksin AstraZeneca turut dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), semalam.


Menurut catatan twitter EMA, taklimat media mengenai kesimpulan oleh Jawatankuasa Keselamatan EMA berhubung kajian semula kaitan Astra Zeneca dengan darah beku dijadualkan jam 4 petang Waktu Eropah Tengah (CET) hari ini atau jam 10 malam waktu Malaysia.

Dalam pada itu, Khairy berkata, 80 peratus vaksin dibekalkan ke Malaysia sudah diberikan kepada rakyat dan usaha perlu dipertingkatkan pada Jun ini, jika negara mahu mencapai sasaran imunisasi 80 peratus rakyat Malaysia menjelang Disember ini.

Ditanya sama ada pengamal media dianggap sebagai barisan hadapan dalam program vaksinasi, katanya, mereka akan dimasukkan ke dalam senarai itu tidak lama lagi dengan beberapa slot ditawarkan bagi setiap organisasi media.

"Kami menerima rayuan daripada orang ramai untuk dikategorikan sebagai anggota barisan hadapan dan kami sudah meluluskan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan media juga akan disenaraikan," katanya. 



Sumber - BERNAMA


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Normabaru 8-4-2021 09:33 AM
Bila menteri mosti take over portfolio org lain.. Dpt plak menteri moh dgn 3timb pon tak reti buat keje..

Ni la jadinya.

Pastu acah xbg org cakap kebenaran just because sendiri pon miscom macam tahik

Lain-lain Komen

Quote Scintilla 8-4-2021 08:56 AM
sekejap Adham baba cakap boleh cucuk, DG cakap tengok kebaikan lebih banyak vs keburukan, sekejap kj ckp tunggu dulu.....ntah mana satu nak ikut ntah
Quote Normabaru 8-4-2021 09:33 AM
Bila menteri mosti take over portfolio org lain.. Dpt plak menteri moh dgn 3timb pon tak reti buat keje..

Ni la jadinya.

Pastu acah xbg org cakap kebenaran just because sendiri pon miscom macam tahik

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top