Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"5 Tahun Berlatih Baru Debut" - Syafinaz Bandingkan BBNU Dengan Kpop

7-4-2021 02:51 PM| Komen: 53

Kemunculan ramai pendatang baharu yang hanya bersandarkan pada populariti di media sosial dan bukannya bakat nyanyian mengundang rasa kecewa penyanyi yang juga guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.

Bukan menafikan soal rezeki mereka, Syafinaz berkata penyanyi baharu sepatutnya menggunakan peluang yang ada dengan memperbaiki bakat nyanyian supaya mampu menjadi pelapis industri muzik tanah air.


Kredit foto: IG Syafinaz

"Saya sedih apabila kemunculan mereka hanya melihat kepada populariti dan bukan pada bakat seni itu... ramai yang famous dan mampu meraih jumlah tontonan tinggi di laman sosial dengan sekadar menyanyi.

"Banyak syarikat rakaman dan program televisyen tengok berapa juta pengikut, cari penyanyi yang viral. Pihak stesen dan label pula memikirkan tentang perniagaan, mahu buat duit, bila orang minat mereka akan panggil, ekosistem ini takkan berhenti.

"Bukan menidakkan rezeki orang tapi saya rasa mereka perlu ambil peluang ini untuk perbaiki diri. Menyedihkan, dah ada peluang tapi tak nak perbaiki diri, kemahiran menyanyi ini boleh ditingkatkan lagi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syafinaz menyarankan penyanyi baharu supaya membuat sedikit pelaburan dengan mengikuti kelas vokal bagi memantapkan lagi bakat nyanyian mereka.



"Katakanlah famous di Instagram, YouTube... duit pun ada masuk, jadi tak salah laburkan sikit untuk tambah ilmu. Saya sendiri keluarkan banyak duit untuk belajar.

"Kalau kita tengok penyanyi Kpop, berapa lama mereka berlatih. Industri mereka ada pakej siap sedia dengan tarian dan nyanyian, ada yang berlatih sejak umur 13 tahun dan apabila umur 18 tahun baru mereka muncul single pertama... mereka serius terhadap karier nyanyian.

"Mungkin saya sedih sebab jiwa saya adalah pendidik... ini hanya pendapat, saya harap tiada yang salah faham, saya cuma mahu mereka semua bergerak ke depan," ujarnya.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 53
Komen

Previous : Pendatang Baru Takkan Ada Peluang Kalau Kita Asyik Kritik - Rosyam

Next       : "Malu Sendiri Nak Seksi" - Abby Abadi Kongsi Rahsia Anak Tutup Aurat Seawal Usia

Komen Terbaru

Quote songhara1226 8-4-2021 09:24 PM
bluecrystal replied at 8-4-2021 07:32 PM
Aku yang kertu ni pun minat twice..sebab lagu2 boleh layan..tapi live diorang memang hauk..tengok  ...

Haha momo patut jadi cikgu dancer je mcm lia kim tu dri jadi idol, baru org respect tinggi sikit...

Lain-lain Komen

Quote SayaSayangMama 7-4-2021 03:19 PM
Kt sini diorg xnk melabur  mesti mak ayah tak bg penyanyi xde masa depan katanya. {:spec
Quote wasssup27 7-4-2021 03:19 PM
diorang training ikut system. company yang sediakan semuanya class vocal, dance, foreign languange, attitude class, sex education. company2 ni foundernya asalnya penyanyi jugak. yanghyunsuk dulu dalam seotaijinboys ala2 sekadar backup dancer je dulu tapi mampu built YG salah satu big company. so, artis dulu udahla merempan cari insiatif bagaimana nak membantu malaysia melahirkan artis seni yang berbakat. sekian.
Quote KBW2 7-4-2021 03:26 PM
Tapi nyanyian Kpoop?  Haus? erk erk erk erk mengharapkan prerecorded saja. Lipsync saja. Konon orang kelapaq nak tengok tarian derang yang tak seberapa tuh. Koreografi pun lebih kurang ulang-ulang sampai bangjamil tersedak lalu meninggal.

Kalau artis Korea bukan Kpoop yelah mmg kualiti ngammm, yang Kpoop aku rasa overrated namati. Karatz taksub? Boleh pergi meninggal!
Quote dinosaurpink 7-4-2021 03:48 PM
Edited by dinosaurpink at 7-4-2021 03:49 PM
KBW2 replied at 7-4-2021 03:26 PM
Tapi nyanyian Kpoop?  Haus? erk erk erk erk mengharapkan prerecorded saja. Lipsync saja. Konon orang ...


Aku terkejut dia xtau psl kebenaran autotune.....
Korea tu kpoop ke xkpoop sama je dgn hollywood,byk pakai autotune walaupun dlm live,microphone pun boleh pakai autotune......pertandingan nyanyian pun pakai.....xcaya google lah..

Nabila kalau pakai autotune live pun boleh nyanyi macam penyanyi korea jugak.....
Quote KBW2 7-4-2021 04:25 PM
dinosaurpink replied at 7-4-2021 03:48 PM
Aku terkejut dia xtau psl kebenaran autotune.....
Korea tu kpoop ke xkpoop sama je dgn hollywoo ...

Betul, derang banyak lipsync juga sbb yang penting tarian derang BEST katanyahh. Alahaii puhleaselah tarian derang overrated namati, lagi-lagi yang girl group balik-balik melentik, balik-balik melentik terkangkang.
Quote AshkieLa 7-4-2021 05:33 PM
aku minat Gong Yoo sajork..
yang lain especially group nyanyi... who are yous...
Quote tumpanglalu74 7-4-2021 06:07 PM
Sori Datuk.  U chose a very wrong example to promote.  U should have mentioned So Hyang.  She's not K-poop.  She's juz a vocalist like U.


https://youtu.be/zFyndK9VOCk
Quote Mulotkoyak 7-4-2021 06:19 PM
Kat sini yg salah stesen tv laaaa. Amik bakat baru dari ceruk bukit yg xtau apa2. Bdk zaman skg ni mmg laaa suka dpt duit byk dan cpt. Dari dlu lg. Papepun stesen tv yg salah. Finas mane? Seniman?
Quote nadie90 7-4-2021 07:45 PM
Yup dah rmai org kluarkan kenyataan bandingkan penyanyi2 Malaysia skg dgn artis Kpop dari segi pakej & kualiti.

Malaysia punya sistem klu nk penyanyi kena masuk mana2 ujibakat dan klu berjaya baru bleh nyanyi atas pntas utk jual bakat dan diminati...atau hntr demo kat mn2 syarikat rakaman utk buat album.....begitulah sistem utk masuk dlm industri muzik di Malaysia smpai skg cuma skg lebih advance sbb dah ad media sosial utk lebih cpt dikenali dan popular dan juga lbih cepat utk menjana pendapatan.

Di Korea Selatan pula...sblm trcetusnya gelombang KPOP...founder 3 agensi yg terkenal (SM, JYP & YG) asal penyanyi jgk (founder YG rapper)....tapi depa buka syarikat sndiri dan cast sesiapa yg nak jd artis....nak masuk dlm agensi bukan sng ya ibarat sesiapa sja boleh masuk TV kat Malaysia...depa tgk BAKAT atau FULL PACKAGE utk jual produk...sapa yg bernasib baik dpt masuk dlm agensi trsebut lps tu berlatih habis habisan smpai xcukup tidoq dan kna jaga pemakaian jg...dgn kna ikut syarat2 yg agensi letak...trmasuk xblh bercinta/couple ya....dan banyak saingan...jd kbykannya motivate dan btul2 push diri sndiri untk debut dan jd artis....industri muzik depa semakin dikenali seluruh dunia pun sbb adanya INTERNET...begitulah sistem yg depa guna smpai skg....tapi smjk BTS & Blackpink popular dan makin popular....group2 skg agak struggle utk dikenali dan kebanyakannya mcm xdak aura ja atau ceq dah makin kertu utk follow group2 baru #lol.....cma follow SM Ent./KR&B punya artis ja skg huhu....

Ceq fhm tgkkan kenyataan dr Datuk Syafinaz...sbb tgk penyanyi2 skg smua sibuk buat duit ja tapi kualiti blh kira dgn jari...dan mampukah depa berthn lama?....usah kata kna banding dgn penyanyi KPOP....penyanyi2 dr Indonesia pun lebih kedepan dari penyanyi2 Malaysia....ok tu saja dr ceq...sekian
Quote Bergosip 7-4-2021 08:00 PM
Siapa yang nak berhutang dengan company walaupon belum debut / tak tentu dapat debut ?

Di korea. Penyanyi solo, penyanyi group, pelakon, pelawak kena uji bajat dengan company dulu. Nnti baru dapat diserap masuk sebagai trainee. Bila dah jadi trainee, hutang akan bertambah. Makin lama nak debut, makin banyak hutang. Kalau bernasib baik, baru dapat debut. Bila dah debut/ceburi bidang seni, bukannya terus dapat first salary. Kena selesaikan hutang2 tu dulu barulah company akan bayar gaji. Berapa banyak article/kenyataan dari artis korea yang bersusah payah nak selesaikan hutang dorang. Hutang bukan sikit, beratus ribu USD.

Bagi iols, artis korea / trainee korea ni memang cita2 nak ceburi bidang seni. sebab tu sanggup ada hutang beratus ribu USD.


Dekat Malaysia, jalan mudah nak jadi ceburi bidang seni ialah dengam masuk pertandingan nyanyian, lawak, dewi remaja, hero remaja. Sekarang lagi mudah. Hanya dengan social media boleh ceburi bidang seni dan kebanyakkan mereka terkenal ( Yuna, Najwa Latif, Elizabeth Tan, Mira Filzah, Khai Bahar, Iman Troye)
Quote songhara1226 7-4-2021 08:06 PM
tumpanglalu74 replied at 7-4-2021 06:07 PM
Sori Datuk.  U chose a very wrong example to promote.  U should have mentioned So Hyang.  She's not  ...

Yg dia nyanyi lagu you raise me up to powerrr gilaaa
Quote songhara1226 7-4-2021 08:09 PM
KBW2 replied at 7-4-2021 03:26 PM
Tapi nyanyian Kpoop?  Haus? erk erk erk erk mengharapkan prerecorded saja. Lipsync saja. Konon orang ...

Tapi ada je grup kpop yg ok, cnth MAMAMOO, SNSD (walaupon ada ahli yg x capai piawai) tpi mostly memang mengharapkan lipsync sajaa
Quote tumpanglalu74 7-4-2021 08:10 PM
nadie90 replied at 7-4-2021 07:45 PM
Yup dah rmai org kluarkan kenyataan bandingkan penyanyi2 Malaysia skg dgn artis Kpop dari segi pakej ...


Memang la kene tunjok bakat.  Kene bersaing di talent show.  Ko ingat ko rekod ko nyanyi echo melantun2 dalam bilik ayor tu boleh jadi demo tape ke?  It's the drive that carries U thru.  Composer nak kasi lagu pon bukan senang.  Kasi kat orang yang takleh bawak untong nak buad ape?  Now ni aku tengok memang media utame is Youtube.  Then OST drama.  Then radio.  Ujong taon kita sume menonggeng sebab lagu2 feveret takleh masok AJL final.  Itu je le pon tiap taon.
Quote tumpanglalu74 7-4-2021 08:37 PM
Edited by tumpanglalu74 at 7-4-2021 11:10 PM
songhara1226 replied at 7-4-2021 08:06 PM
Yg dia nyanyi lagu you raise me up to powerrr gilaaa


U mean this?


https://youtu.be/te_L9ofhUt8

That's either remastered for Youtube or they used that live autotune mic on her.  So fake.  Tengah2 tu baru tone down all that nonsense then dapat dengor sora dia.  

Ini la masalahnye showmasters ney sume.  When U olredi have a good voice, ko add lagi dengung2 ney, nak buad ape sebenornye?  Bodoh.

Arirang yang aku buboh tu was uploaded 6 years ago.  Genuine voice.

Like this:


https://youtu.be/ni-ZRJw_Gmo
Quote scrocth 7-4-2021 10:10 PM
Bergosip replied at 7-4-2021 08:00 PM
Siapa yang nak berhutang dengan company walaupon belum debut / tak tentu dapat debut ?

Di korea.  ...

Meols plg rengsek bila tgk mentor dulu2 siap cover peserta ni jual ikan lah, rumah reban nk runtuh la, cita2 nak ubah nasiblaa, la ni dh ada mikrofon impian, p masuk yg tu laa. Tv contest lain tlglah pilih yg betul2 dh bersedia utk jd penyanyi. At least level2 aina abdul or ernie.
Quote sleepandream 7-4-2021 11:13 PM
tapi trainee kpop tu memangla training dari usia muda... tapi tak semua dapat debut lepas 5-10 tahun training yeeee... dan kpop group ni bukan semua member boleh menyanyi yeeee... masing2 ada talent specific - member mana yg vocalist, member mana yg dancer...

ingat semua member BTS tu letop ke bila menyanyi live? yet, dorg sgt successful sebab apa?

Quote Orix 7-4-2021 11:28 PM
Tapi kan. Sheols nyanyi kt GV ke apa eh haritu, pun mcm kelaut jugak suara sheols
Quote ~boolean 7-4-2021 11:36 PM
train 5-6 tapi suara ke laut jugak...

puji sangat lah retis kpop tu padahal dalam satu group, 1-2 aja boleh nyanyi..yang lain hancur lebur, harapkan muka surgery ja lah boleh pergi jauh..
Quote separasedar 7-4-2021 11:42 PM
Edited by separasedar at 7-4-2021 11:44 PM

Buat ape BBNU nak susah2 training 5 tahun mcm kpop idol pastu sekadar nyanyi lipsync je, baik deyols buat benda viral pastu dpt satu lagu n buat gimmick sikit dah boleh meletop2. Jimat masa 5 tahun BBNU tu
Kurang sikit depression dlm hidup tu

Lihat semua komen(53)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top