Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Crazy Rich China Pakai Kasut RM18 Je

7-4-2021 12:15 PM Komen: 54
Data terbaru dari Forbes mendedahkan, jumlah kekayaan orang terkaya ke-55 di dunia adalah sebanyak AS$8.7 bilion (RM36 bilion).

Zong Qinghou yang berstatus Crazy Rich China bagaimanapun menjalani gaya hidup sangat sederhana.


Kredit foto: SCMP

Pemilik Hangzhou Wahaha Group yang mengusahakan air mineral botol, teh dan susu itu hanya memakai kasut berharga RMB30 (RM18.91) selama bertahun-tahun.

"Harga kasut kain yang saya pakai sekitar RMB30. Sangat selesa, saya sudah memakainya bertahun-tahun," katanya dalam temu bual dengan agensi berita Xinhua.

Zong Qinghou juga dilaporkan menggemari kemeja biru dan kasut kain hitam.

Malah, perbelanjaan hidup Zong Qinghou juga sangat rendah. The Wichita Eagle mewartakan, pengeluaran peribadi Zong Qinghou rata-rata hanya AS$20 (RM82.67) sehari.


Kredit foto: AFP

Dia tidak berjudi, minum arak atau bermain golf malah hanya makan di kantin pejabat.

Gaya hidup berjimat cermat Zong Qinghou juga diterapkan di syarikat miliknya, Hangzhou Wahaha Group Co, syarikat minuman ringan terbesar ketiga di China.

Bekas Pengarah Pemasaran Wahaha, Shang Yang mengatakan Zong memeriksa semua pengeluaran secara peribadi termasuk pembelian penyapu.

"Antara alasan dia begitu berjaya adalah dia menekan pengeluaran, memastikan setiap wang dikeluarkan dipakai untuk menghasilkan lebih banyak wang," kata Shaun Rein, pengarah di Market Research Group berpangkalan di Shanghai.

Forbes memaklumkan, Zong Qinghou yang kini berusia 75 tahun membina Hangzhou Wahaha sebagai kedai di sekolah anak kota Hangzhou pada 1987.

Zong pendukung yang kerap menyuarakan supaya cukai lebih rendah dikenakan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi China.

Anak perempuan tunggalnya, Kelly, adalah pewaris harta kekayaan Zong.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 54
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote SweetRehan 8-4-2021 04:03 PM
Untung la Kelly...

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 7-4-2021 12:42 PM
Ada orang membeli bukan kerana jenama tapi keselesaan.  Kalau ianya murah tapi selesa pasti jadi pilihan.  Dalam kes ni kasut kain mesti kasut kain macam orang main tai chi tu.
Quote Normabaru 7-4-2021 12:53 PM
Ni blh kata cth hj bakhil la. Terlalu kudukut smpi xenjoy life.best jd ank or cucu heols... Lahir on gold plate. Huhuu
Quote haryatie 7-4-2021 01:03 PM
seronok jd ank cucu dia duit terkumpul byk
bapak/atok x reti berbelanja
kalau dia mati ank/cucu enjoy la
Quote Boomibulat 7-4-2021 01:08 PM
Normabaru replied at 7-4-2021 12:53 PM
Ni blh kata cth hj bakhil la. Terlalu kudukut smpi xenjoy life.best jd ank or cucu heols... Lahir on ...

Dia x kedekut kat cikgu Murni je..
Quote Normabaru 7-4-2021 01:14 PM
Boomibulat replied at 7-4-2021 01:08 PM
Dia x kedekut kat cikgu Murni je..

Manjahhhhhh... Heheheee

Quote Babai 7-4-2021 01:23 PM
Orang sini yang miskin2 yang pakai kasut mahal.
Quote Brunes 7-4-2021 01:26 PM
tag pounder pounder produk timbang kilo dan penunggang ugama
Quote prettyuglybabe 7-4-2021 01:36 PM
bapak kumpul harta..
dapat ke anak cucu esok, kejap je settle
Quote Nnasda53 7-4-2021 01:43 PM
Kenyang anak cucu org kaya ni.



Quote ikanmasin 7-4-2021 01:46 PM
yg untung si anak lah..hehehee
Quote September14 7-4-2021 02:01 PM
Duit dia hbis ke lain la tuh...

Mcm mmbr aku ni gaji besar tp x mnat beli pkaian n kete tp duit hbis ke mkn n hobi dia..
Quote glump 7-4-2021 02:06 PM
Dia memakai apa yang dia suka bukan apa yg org suka tengok.untuk dirinya bukan diri org lain
Quote dodolgemok 7-4-2021 02:09 PM
Lain org lain cara berbelanja. Ada org suka barang2 branded smpai xkesah makan maggi hari2 utk kumpul duit beli barangan tersebut. Ada org suka makan minum sedap2, xkesah pakai baju bundle 2 seringgit pasar malam. Apek ni ntah2 joli ke benda lain. Dodol senyum sinis
Quote prizadane 7-4-2021 02:17 PM
takpe, dia bukan Islam. so tak kisah pakai kasut apa.
Kalau Islam, kena ya beli selipar mesra Muslim Neelofa.
Mahal sikit takpe, asalkan mesra muslim...gittew....
Quote lipans 7-4-2021 02:22 PM
Pakai selipar jepun naik private jet padehal.

Lain la pakai pakai selpar jepun naik airasia. Orang jeling kiri kanan atas bawah.
Quote lavendernovella 7-4-2021 02:54 PM
Ada jer billionaire kat malaysia ni gi opis naik bas naik lrt jer, kadang2 naik grab. Sekali sekala lepak kedai mamak, borak2 dengan orang dalam kedai ramah macam dah lama kenal. Kalau bawak keter pun proton jer, bukan proton baru pun. Dressing ala2 macam atuk2 dah pencen. Pakai beg kain recycle dengan selipar jer. Guard apa pun takder, (mungkin la ada kot utk hal2 tertentu).

Kadang dia gi pasar beli sayur, pun turun naik bas. Padahal pasar dengan orang2 dalam pasar pun dia boleh beli kalau nak ...  hahahahaha..  

Quote chandrahusin 7-4-2021 02:59 PM
lavendernovella replied at 7-4-2021 02:54 PM
Ada jer billionaire kat malaysia ni gi opis naik bas naik lrt jer, kadang2 naik grab. Sekali sekala  ...

betul
ada ramai sbnrnya
hidup simple sesuka hati diorg
yg mmg betul2 kaya
mmg tak peduli apa pun
org je sibuk psl money can't buy class
kena tunjuk classy segala
pdhal prinsip diorg
to each his own
bahagia hidup
Quote dekmieDandy 7-4-2021 03:05 PM
tu mungkin selipar jamban la kot

mempedaah je billionaire pakai benda murah camni
Quote lavendernovella 7-4-2021 03:08 PM
chandrahusin replied at 7-4-2021 02:59 PM
betul
ada ramai sbnrnya
hidup simple sesuka hati diorg

Harta memang boleh bagi kesenangan pelbagai sudut. Tapi dia sedar harta tak bawak bahagia dunia akhirat kalau tak diurus dengan betul dan baik. Mati nanti pun tinggal segalanya.. bila orang kaya raya berpegang macam tu. Maka dia akan sedar realiti hidup tanah yang dipijak, langit dijunjung.

Ramai jer billionaire orang kita. Cuma tak masuk senarai. Balik2 yang sorang tu jer, heol pun mmg orang baik2.  

Lihat semua komen(54)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top