Sama seperti ibu bapa lain, Fattah Amin dan Fazura juga teruja menantikan untuk menyuap makanan pejal untuk anak. Terbaru, pasangan itu memuat naik video memberi suapan pertama makanan pejal kepada anak mereka, Nur Fatima yang genap berusia enam bulan Jumaat lalu. "Genap enam bulan hari ini sayang Fatima dan tentunya detik ini hari yang ditunggu-tunggu. Fatima akhirnya makan makanan pejal pertamanya," tulisnya. Nampak berselera sungguh Fatima menikmati makanan pertamanya. Di ruangan komen, ramai memuji kecomelan si kecil itu dan gembira melihat perkembangan Fatima. - CARI
|
codenamedream replied at 10-4-2021 10:39 AM
Sedikit panduan sekiranya dubuk dah ada baby dubuk nanti
Amalkan penyusuan susu ibu secara e ...