Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

AirAsia hasrat ambil semula pekerja yang diberhentikan

7-4-2021 10:20 AM Komen: 11
Kredit foto : FMT


KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd menyasarkan untuk mengambil semula pekerjanya yang terpaksa diberhentikan pada tahun lalu susulan impak COVID-19, apabila perniagaan syarikat penerbangan itu kembali pulih.

Sambil mengakui keputusan pemberhentian khidmat kira-kira 2,000 pekerja terbabit sebagai satu tragedi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes turut berikrar untuk mengambil khidmat mereka terbabit serta yakin dengan kemampuan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

"Kehilangan 2,000 pekerja akibat impak COVID-19 adalah satu tragedi untuk kami. Oleh itu sebelum bersara, saya perlu pastikan semua mereka dapat diambil semula.

"Inilah sasaran saya, malah saya yakin ini dapat dilakukan apabila aktiviti penerbangan kembali beroperasi serta disokong oleh perniagaan lain kumpulan ini," katanya pada acara Reimagining Malaysia Assets (RESET) 2021 pada Selasa.


RESET 2021 yang dihoskan oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), adalah persidangan secara maya selama empat hari yang dianjurkan oleh Persatuan Jurutera Petroleum Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Perkhidmatan Minyak & Gas Malaysia serta Informa Markets Malaysia.

Pada Oktober tahun lalu, AirAsia dan syarikat sekutunya yang juga penerbangan jarak jauh, AirAsia X mengesahkan langkah pemberhentian kira-kira 10 peratus daripada 24,000 tenaga kerjanya berikutan kesukaran sektor penerbangan untuk bangkit semula dalam masa terdekat akibat pandemik berkenaan.

Tony berkata, kewujudan AirAsia juga berteraskan perubahan pengurusan yang memudahkan pekerja berpindah kerja.

Perubahan pengurusan adalah terma yang merujuk semua pendekatan untuk melakukan persiapan, sokongan, membantu individu, pasukan dan syarikat membuat perubahan di peringkat organisasi.

"Kami adalah syarikat penerbangan pertama (ASEAN) dengan barisan juruterbang wanita iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah ASEAN.

"Oleh itu, budaya dalam AirAsia ini menetapkan asas perubahan dan itulah juga kemahiran kami. Sebagai syarikat penerbangan dengan saiz seperti ini, kami mempunyai kesatuan sekerja sendiri C sesuatu yang tidak dimiliki oleh syarikat penerbangan dunia lain dengan saiz serupa," katanya.

Tony juga menyifatkan kelangsungan AirAsia itu disokong oleh strukturnya, amalan meritokrasi serta kemampuan untuk mengurus perubahan.

Namun, baginya, aspek terpenting dalam AirAsia adalah bakat atau tenaga kerjanya.

"Anda boleh lakukan apa saja sekiranya terdapat struktur, persekitaran wajar dan paling penting adalah barisan pekerja yang tepat. Bagi saya, inilah teras kekuatan kami.

"Mungkin kami tidak mempunyai jumlah tunai yang diinginkan, tetapi ini diatasi dengan membentuk barisan bakat, pekerja (yang tepat), bersemangat serta kemampuan untuk yakin bahawa kami mampu melakukan apa sahaja," katanya.

Menurutnya, AirAsia turut menubuhkan Redbeat Academy hasil kerjasama dengan Google yang menjadi sebahagian daripada aspirasi untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja berikutan hakikat penerbangan yang tidak terkecuali daripada Revolusi Perindustrian 4.0.'


Sumber C BERNAMA



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 7-4-2021 06:24 PM
Bagus mcm tu... Tp mesti die screening sape yg ade masalah dlu xdipanggil. Harap elok lahhh buang yg pemalas cmtuh

Lain-lain Komen

Quote laksmanabentan 7-4-2021 10:27 AM
bagus la camtu kan... ekonomi nak pulih la sikit kan....
Quote Supersirap 7-4-2021 11:14 AM
Bagus lah, hasrat yang murni
Quote bottombikini 7-4-2021 11:36 AM
ingat ye tony aku tak halal 2 tiket flight yg ampa burn masa kobit last year
jenuh bersilat dgn si ava pun tak guna
Quote cik_kuntum36 7-4-2021 11:41 AM
bottombikini replied at 7-4-2021 11:36 AM
ingat ye tony aku tak halal 2 tiket flight yg ampa burn masa kobit last year
jenuh bersilat dgn si  ...

tiket p mne tu... xde dpt ganti tiket ke?
Quote Adrif 7-4-2021 12:05 PM
stabil ke company dia sekarang ni?
Quote Babai 7-4-2021 01:12 PM
Nak mintak bantuan la tu.
Quote Manjahati 7-4-2021 01:57 PM
Moga tercapai hasrat tony
Quote Xim 7-4-2021 02:23 PM
Thread dah ada....blh la merge dgn https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1245869
Quote apam 7-4-2021 02:26 PM
iyokan ajelah
Quote ally9970 7-4-2021 04:00 PM
Nak amik balik, amik jer lah... ni announce jer lebey
Quote Mulotkoyak 7-4-2021 06:24 PM
Bagus mcm tu... Tp mesti die screening sape yg ade masalah dlu xdipanggil. Harap elok lahhh buang yg pemalas cmtuh

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top