Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Hampir 20 Tahun Tertunda, Akhirnya Shafinaz Selamat...

6-4-2021 12:51 PM| Komen: 41

Impian peminat untuk melihat penyanyi yang juga merupakan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat kembali aktif dipersada seni akhirnya tercapai apabila beliau baru sahaja melancarkan single terbaru, yang berjudul Persis Salju.

Jelas Syafinaz, dia mengakui kesibukkan tugas sebagai seorang pendidik sedikit sebanyak membuatkan dirinya terpaksa menangguhkan hasrat untuk melancarkan lagu yang telah tertunda hampir 20 tahun.

Katanya lagi, lagu Persis Salju ini sebenarnya telah dirakam pada tahun 2011 dan disimpan sehingga kini.



“Saya agak cerewet dengan cara kerja saya. Apabila saya buat sesuatu dan orang lain beri kepercayaan kepada saya, saya akan laksanakannya dengan sepenuh hati.

“Bila saya bekerja sama ada sebagai penyanyi atau perkara lain dalam bidang seni, kadang-kadang saya jadi lupa tentang apa yang harus saya buat untuk diri sendiri.

“Jadi, sejak 2 tahun lepas, saya mula fikirkan saya kena buat sesuatu untuk diri saya. Kepuasan sebagai pendidik dan seorang yang berdiri di atas pentas adalah berbeza,” katanya kepada MH.

Syafinaz berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis sidang media lagu Persis Salju di Hotel Westin, Kuala Lumpur pada Isnin.


Foto: IG

Dalam pada itu, Syafinaz turut menjelaskan dia tidak berasa hati seandainya dia kini semakin dilupakan terutamanya buat para generasi baru.

“Bila dah lama saya tidak berada di atas pentas menyanyikan lagu sendiri, saya mula rasa rindu.

“Ada segelintir pihak dah lupa yang saya ni penyanyi. Orang hanya ingat saya sebagai guru vokal sahaja.

“Saya juga ada dengar kawan-kawan saya di institut pengajian tinggi cerita yang ramai anak muda hanya ingat saya sebagai seorang guru dan bukan penyanyi sebenar.

“Saya pula banyak menyanyi untuk majlis-majlis tertutup. Jadi inilah masanya untuk saya mengubati kerinduan para peminat,” jelasnya lagi.




Syafinaz turut menambah, penularan wabak Covid-19 serta perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak setahun yang lalu juga menjadi faktor mengapa projek ini tertangguh.

“Saya tidak menafikan, kadang kala rasa malu apabila kerap berjanji tahun demi tahun. Single Persis Salju umpama membayar janji saya kepada peminat,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 41
Komen

Previous : Datuk Ziela Jalil Tak Tolak Rezeki Jika Dikurniakan Anak

Next       : "Masih Nak Cium, Belai,"-Anak Lelaki Dah Besar, Jasmin Hamid Tetap Layan Macam Bayi

Komen Terbaru

Quote iraizz 10-4-2021 12:09 AM
Apa, rahsia kak pinas maintain body fit dan muka tampak muda walaupun dah 48 tahun... Cer share

Lain-lain Komen

Quote kaka_tima 6-4-2021 01:09 PM
Ingatkan tertunda nak kawin {:love
Quote jalfa 6-4-2021 01:16 PM
X terpleot ke kaki posing camtu...body letops
Quote harkktuih 6-4-2021 01:26 PM
Berapa umur sheols
Quote fadz84 6-4-2021 01:32 PM
harkktuih replied at 6-4-2021 01:26 PM
Berapa umur sheols

48 tahun ni
Quote bulalof 6-4-2021 01:38 PM
good luck!
Quote ToungeSoup 6-4-2021 01:42 PM
dah dengar lagu ni kat spotify...lagu pop melayu ala2 soprano gitu...
Quote cewekbopot 6-4-2021 02:50 PM
kak pinas ni memang tak penah kawen ke?
Quote September14 6-4-2021 02:57 PM
X pnh dgr lagi cuma bg iol tajuk lagu agak kekampungan x kena dgn tokpinas yg urban
Quote seri_mawr 6-4-2021 03:06 PM
dia ni mmg xde gosip bercinta2 kah..?

lawa kot....

ada kah sebab beliau lecturer dan lelaki takut nak ngorat beliau... (dulu dia kat uitm masih di uitm lagi kah?)
Quote akmal 6-4-2021 03:12 PM
Ingatkan nk kawennnn selepas tertunda
Quote mawarkhayalan99 6-4-2021 04:29 PM
Tiap kali tengok penthouse kalau ada si bitchy cheon seo jin mesti teringat muka kak pinat
Quote sleepandream 6-4-2021 04:46 PM
iols dah dengar dkt spotify... not my cup of tea... meleweh jahh
Quote Aikiko 6-4-2021 04:51 PM
mawarkhayalan99 replied at 6-4-2021 04:29 PM
Tiap kali tengok penthouse kalau ada si bitchy cheon seo jin mesti teringat muka kak pinat

Kembar kan....tapi sheols sejenis cantik yg natural dari dulu muka sama je xde cucuk2
Quote pavlovachoc 6-4-2021 04:58 PM
Igtkan nk kawen
Quote Minami2013 6-4-2021 05:14 PM
mawarkhayalan99 replied at 6-4-2021 08:29 AM
Tiap kali tengok penthouse kalau ada si bitchy cheon seo jin mesti teringat muka kak pinat

Kannnn.. i pun nmpak muka dia.

Cantik walau dah nak almost 40. Badan pun maintain je.
Quote Prickford 6-4-2021 05:16 PM
Dia ni mmg not born to be a commercial  singer.
Jadi juri, cikgu, lecturer nyanyian, ajar teknik2 nyanyian or music ok.
Bila nak jd penghibur tu mcm senduuuu jurrrr...
Body maintain hot wpon makin kertu. Best nya kalau stok2 Tok Pinaz ni dpt tekel kerabatz, sbb gaya dia mmg seswai jd bini2 kerabatz.
Quote mawarkhayalan99 6-4-2021 05:17 PM
Aikiko replied at 6-4-2021 04:51 PM
Kembar kan....tapi sheols sejenis cantik yg natural dari dulu muka sama je xde cucuk2

benar kaka. sebijik sejibonnnnn
Quote drivethru 6-4-2021 05:19 PM
Aku dulu mengharapkan toknas kawin dengan juri mat salleh malaysian idol. Baru kena mulut luas dengan pisang tanduk.
Quote danieladam 6-4-2021 05:41 PM
So 20 tahun hanya utk satu lagu sahaja?

Lihat semua komen(41)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top