CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Amar Baharin Belum ‘Expired’, Masih Jadi Hero

6-4-2021 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2404| Komen: 7

Description: Walaupun sudah lebih 12 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, Amar Baharin bersyukur kerana masih lagi menjadi pilihan pihak stesen televisyen dan syarikat produksi untuk memegang watak utama d ...
Walaupun sudah lebih 12 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, Amar Baharin bersyukur kerana masih lagi menjadi pilihan pihak stesen televisyen dan syarikat produksi untuk memegang watak utama dalam naskhah mereka.


Menurut Amar atau nama sebenarnya, Amar Mohd Baharin, 36, jangka hayat seseorang pelakon bergantung sepenuhnya pada disiplin serta cara kerja yang ditunjukkan mereka.


Foto: IG

"Sekarang ini mungkin saya dah jadi pilihan ketiga atau keempat untuk produser dan pihak stesen TV pilih bagi membintangi drama terbitan mereka.

"Saya tak rasa itu satu masalah... tidak mengapalah mungkin mereka nak beri peluang kepada pelakon BBNU yang fresh. Saya selalu percaya rezeki ada di mana-mana.


"Tawaran berlakon bukan bergantung pada status sama ada kita dah kahwin atau belum. Apa yang saya nampak sepanjang 12 tahun dalam bidang ini, attitude seseorang pelakon itu yang memainkan peranan penting untuk kelangsungan diri dalam industri hiburan," katanya kepada mStar.



Amar ditemui pada majlis pelancaran kempen Ramadan Astro 2021, Buka Lembaran Baharu yang diadakan di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

Suami kepada aktres Amyra Rosli ini juga percaya kualiti lakonan seseorang itu boleh diasah biarpun pada awal kemunculan mungkin ia kelihatan sedikit kaku dan 'kayu'.




"Bagi saya kalau pelakon baharu itu berlakon 'kayu' tapi apabila dia dah buat banyak drama selepas itu, pasti lakonannya akan improve juga daripada masa ke masa.

"Tapi lainlah kalau dia ada masalah attitude, contohnya hari-hari datang lambat ke set penggambaran. Benda-benda macam inilah sebenarnya yang menyebabkan mereka akan kehilangan tawaran berlakon," katanya.

Sementara itu bercerita tentang perkembangan karier, Amar akan muncul dengan drama terbaharu berjudul Hati Yang Dikhianati.

Drama rantaian 65 episod itu merupakan adaptasi daripada naskhah popular dari Venezuela, Mis Tres Hermanas.




Drama yang pernah menjadi fenomena di seluruh dunia pada tahun 2000 itu mengisahkan tentang tiga adik-beradik perempuan yang dijaga oleh abang sulung menjalani kehidupan yang penuh liku dan cabaran.

Hati Yang Dikhianati yang mengambil lebih 70 peratus persamaan daripada drama latin tersebut turut dibintangi oleh Isyariana, Mona Allen, Zamarul Hisham dan Syamim Farid.

Drama terbitan Global Station itu akan ditayangkan bermula 12 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di saluran Astro Prima (105). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katakau 6-4-2021 12:26 PM
huntong lar muka babyface
Quote Themilo 6-4-2021 03:34 PM
Mis Trez Hermanas dah dimelayukan? wahhh.. Amar jadi Abang Long aka Augusto, @dudaberhias jadi Silvia, @Kurex jadi Lisa adn meols jadi adik bongsu aka Beatriz.. Letopan yach!
Quote mawar_mustika 6-4-2021 03:50 PM
i ok je die belakon xdelh kayu sgt...pernah jmp die dpn2...die lalu sebelah bau wangi gila...putih melepak & hensem....cume syg pendek
Quote Kancilkering 6-4-2021 04:21 PM
umur 36...nampak bbnu heheehhe
nasib baik dia x pilih jering jadik bini....kus semangat
Quote orkid_amani 6-4-2021 09:23 PM
Sayang nya gen amyra tu tak berapa menjadi gabungan dgn amar..
Ingatkan amyra boleh dapat vvip ka..sayang sgt
Quote hyie 6-4-2021 11:27 PM
pernah taste kat heshe dedulu...sekarang ok2 je...tak baik taste lelebih kat laki orang tiberrrr
Quote bedahmenjuyah 7-4-2021 06:44 AM
Bini kau je yg pandai berlakon.. Pi belajar dgn dia. Masih belum terlambat.

Lihat semua komen(7)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-5-2022 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.079308 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top