Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Blogger Kumpul Derma RM308,170 Bayar Saman PM

6-4-2021 11:02 AM Komen: 0
Seorang penulis blog mengutip dana hampir SGD100,000 (RM308,170) menerusi kempen derma online bagi membayar ganti rugi yang diperintahkan sebuah mahkamah Singapura selepas dia didapati bersalah memfitnah Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menerusi perkongsian artikel di Facebook.

Leong Sze Hian disaman Hsien Loong selepas berkongsi artikel itu yang mengaitkan beliau dengan skandal dana 1MDB, lapor AFP.


Penulis blog Leong Sze Hian (kiri) diperintahkan membayar ganti rugi kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kanan) berhubung satu artikel yang mengaitkan perdana menteri itu dengan skandal 1MDB. -TODAY

Pengkritik-pengkritik berkata, kes itu merupakan contoh terbaharu pemerintah yang ingin menutup mulut mereka yang menyuarakan perasaan tidak puas hati di media sosial.

Mahkamah Singapura berpihak kepada Hsien Loong pada bulan lalu dan memerintahkan penulis blog itu membayar ganti rugi berjumlah SGD133,000 (RM409,889) tidak  termasuk kos lain yang akan ditentukan kelak.

Sze Hian melancarkan kutipan derma secara online dan sehingga semalam, lebih 2,000 orang menyumbang kepadanyanya selepas 11 hari.

Kita telah sebanyak mengumpul SGD133,000, terima kasih kepada rakyat Singapura.

Terima kasih kepada anda semua kerana menjadikan kita berani menghadapinya, katanya di Facebook.

Artikel dikongsi Sze Hian yang asalnya diterbitkan sebuah portal berita Malaysia itu mendakwa bahawa Hsien Loong merupakan sasaran penyiasatan di Malaysia berhubung kes 1MDB.

Pemimpin-pemimpin Singapura kerap membawa pengkritik ke mahkamah termasuk seteru politik dan media dan menegaskan bahawa tindakan itu perlu bagi menjaga reputasi mereka.


Sumber: Kosmo!

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top