Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Menantuku Rupanya Anakku

6-4-2021 10:55 AM Komen: 65
Menantuku anakku. Kedengaran seperti sinetron, tetapi itulah yang berlaku apabila seorang wanita mendapati menantunya adalah anak kandungnya yang lama terpisah.


Kredit foto: Daily Star

Daily Star melaporkan, dia menyedari perkara itu ketika hadir majlis perkahwinan anaknya di Suzhou, wilayah Jiangsu pada 31 Mac dan menyedari tanda lahir pada tangan pengantin perempuan, serupa dengan tanda lahir pada anak perempuannya yang hilang.

Dia kemudian berjumpa dengan ibu bapa pengantin perempuan dan bertanyakan sama ada anak perempuan mereka merupakan anak angkat sejak lebih 20 tahun.

Pertanyaan tersebut ternyata mengejutkan kerana ia menjadi rahsia selama bertahun-tahun.

Justeru, pasangan itu mendedahkan bahawa mereka menemui seorang bayi perempuan di tepi jalan lebih 20 tahun lalu dan menjaganya sejak itu.

Pendedahan mengejutkan itu membuatkan pengantin perempuan menangis kerana selama ini dia mahu mengetahui tentang keluarga kandungnya.


Kredit foto: Daily Star

Malah, dia menyifatkan momen itu adalah lebih indah daripada hari perkahwinannya sendiri.

Bagaimanapun, terdapat plot twist di sebalik kejadian itu apabila perkahwinan diteruskan selepas pengantin lelaki pula didedahkan sebagai anak angkat.

Menurut laporan Oriental Daily, wanita berkenaan mengambil seorang budak lelaki sebagai anak angkat selepas berputus asa dalam pencarian anak perempuannya yang hilang.

Menantu perempuan pada mulanya bimbang mengenai perkahwinannya bersama saudara kandung lega selepas dimaklumkan mereka bukan adik-beradik kandung.

Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 65
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Raman 7-4-2021 10:18 PM
Ini kalau buat sinetron berapa episod agaknya

Lain-lain Komen

Quote JunkMail 6-4-2021 10:58 AM
Dramaaaaaaa

Sinetron Indon versi China tanah besar.
Quote ninja9 6-4-2021 11:01 AM
cerita panjang yg menyedihkan... endingnya juga dipenuhi tangisan tetapi disebabkan oleh kegembiraan
Quote nazzse 6-4-2021 11:01 AM
Hebat plot twist dia..
Kalah drama indon
Quote Vellfire 6-4-2021 11:04 AM
mcm drama plak eh..
Quote adaakukesah 6-4-2021 11:12 AM
Oh habis siapa yang buang anak dia kat tepi jalan? Dulu dulu memang depa takmau anak pompuan.
Quote misuke 6-4-2021 11:13 AM
Ayyyooooo..sinetron sgt nihh
Quote sarah82 6-4-2021 11:17 AM
Aku pulak yg berdebar2 baca.
Quote Carcosa 6-4-2021 11:33 AM
Wakakaaa. Tercekik mee siam aku lps baca plot twist
Quote vespa_oren 6-4-2021 11:39 AM
twist betul
Quote any42 6-4-2021 11:41 AM
wah dahsyat nau nsib baik happy ending yeh
Quote eLiaD 6-4-2021 11:42 AM
aiyaa so speechless maaa..
Quote edayildiz 6-4-2021 11:44 AM
alhamdulilah happy ending
cite betul ke ni? drama sgt
Quote che-cikL 6-4-2021 11:48 AM
Fuh, double plot twist di situ.

Menantuku anakku dan pada masa yg sama anak lelaki angkat tu dah jadi Anakku menantuku.
Quote haryatie 6-4-2021 11:55 AM

akhirnya heppy ending
nasib baik
Quote doubleA 6-4-2021 12:02 PM
Twist dan happy ending. Untung lah, dan2 yg laki pun anak angkat
Quote Ethernet 6-4-2021 12:06 PM
korang tunggu tahun depan, slot Akasia / Samarinda TV3. penulis skrip dah start menulis skrip lepas baca berita ni. haha
Quote Artemesiaa 6-4-2021 12:08 PM
Siapa sangka akhirnya bertemu juga nasib endingnya happy2 aje
Quote matamata 6-4-2021 12:09 PM
Ni nak panggil cemana ni.... Anak perempuan ka atau anak lelaki yg jadi menentu nih?
Kalau nak diikutkan anak lelaki tu la yg jadi menentu kan?  Sbb anak pompuan tu anak kandung?
Quote Decaffeinated 6-4-2021 12:41 PM
Ada lagi plot twist bila jadi drama nanti... mak dia tu pun bukan ibu sebenar sebab masa lahir baby lelaki dah balik bukak bungkus tengok pompuan tu sebab hilang.

Lihat semua komen(65)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top