Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ibu Bunuh Anak 6 Tahun Nakkan Pampasan Insurans Hayat

6-4-2021 10:31 AM Komen: 6
Demi kepentingan diri, seorang wanita di Texas, Amerika Syarikat (AS) sanggup membunuh anak lelakinya yang berusia enam tahun dengan memberi ubat mengandungi dadah berbahaya.

Daily Star melaporkan Ashley Marks, 25, melakukannya untuk menuntut wang pampasan insurans hayat berjumlah AS$100,000 (RM414,200).

Pihak pendakwaan dari Pejabat Peguam Daerah Harris memberitahu Marks memberi anaknya, Jason Sanchez-Marks ubat yang dibeli tanpa preskripsi doktor.


Kredit foto: ABC 7/Houston Police Department

Laporan perubatan toksikologi turut menyatakan adanya penemuan kokain dalam sistem badan mangsa.

Berikutan kesalahan itu, Marks didakwa atas pertuduhan membunuh tanpa dibenarkan untuk diikat jamin.

Difahamkan, mangsa dan adik perempuannya yang berusia empat tahun tinggal bersama datuk mereka.

Mereka berdua berada di bawah jagaan datuknya sejak disahkan menghidap tuberkulosis atau batuk kering pada April tahun lalu.

Meskipun tidak tinggal bersama, Marks tetap datang untuk memberi anaknya makan ubat namun laporan Perkhidmatan Pelindung Kanak-kanak mendedahkan anak bongsunya enggan mengambilnya.

Sementara itu, datuk mangsa, Adam Marks memberitahu polis Houston bahawa selepas memakan ubat diberi anaknya, cucunya mula berhalusinasi.

Adam kemudian mengadukan apa yang terjadi kepada Marks namun anak perempuannya itu memintanya memberi lagi ubat berkenan dalam kuantiti lebih banyak tetapi dia enggan.

"Datuk mangsa mendapati cucunya tidak sedarkan diri pada 27 Jun tahun lalu dan dia kemudiannya menghubungi talian 911 bagi mendapatkan bantuan," katanya.

Jason bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia sebaik pegawai perubatan tiba.

Jurucakap polis memaklumkan Adam mendakwa anak perempuannya memberikan lebih banyak ubat batuk jenis Nyquil beberapa jam sebelum cucunya meninggal dunia.

Menurut pengilang, Nyquil tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pendakwa raya memaklumkan Marks memberi Jason ubat mengandungi dadah jenis chlorpheniramine, dextromethorphan, diphenhydramine dan methamphetamine. 


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
1
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Melur1 6-4-2021 11:07 AM
White women are crazy.

Lain-lain Komen

Quote notM 2-4-2021 05:03 PM
Nampak tua dari usia sebenar
Quote Artemesiaa 2-4-2021 05:08 PM
Bila gila duit salah tidak perbuatan dah tak dipedulikan moga dapat hukuman setimpal perbuatan
Quote mialunar 2-4-2021 09:48 PM
Ade kan kes.. Mak dia sengaja sakitkan anaknya.. Sebab dia attention seeker.. Sian anak dia kuar masuk wad. Dah sihat.. Kuar.. Pastu masuk balik.. Di dramakan pun ade.. Adelah jugak sekumpulan kecik perangai gini.. Aniayai anak.. Nakkan something
Quote acik79 2-4-2021 09:51 PM
Jahatnya mak gini... semoga hidup ko penuh penyesalan seumur hidup...
Quote supernaturalee 2-4-2021 10:30 PM
mialunar replied at 2-4-2021 09:48 PM
Ade kan kes.. Mak dia sengaja sakitkan anaknya.. Sebab dia attention seeker.. Sian anak dia kuar mas ...

Munchausen syndrome by proxy


Quote Melur1 6-4-2021 11:07 AM
White women are crazy.

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top