Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Aishwarya Rai Dedah Cerita Lama, Punca Tolak Tawaran Berlakon Dengan Brad Pitt

6-4-2021 10:12 AM| Komen: 8

Pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai mendedahkan dia pernah menolak tawaran membintangi filem Troy bergandingan bersama aktor Brad Pitt.

Menurut laporan Indian Express, Aishwarya berkata dia terpaksa melepaskan peluang itu kerana terikat dengan beberapa kontrak lakonan lain.

"Ada banyak hal yang saya tidak yakin dalam masa yang panjang... cara kerja di sana dan di sini berbeza, ada batas waktu tertentu.

"Seluruh jadual filem ini dibatasi dan itu merupakan satu perkara yang sangat baru untuk saya," katanya yang memaklumkan penggambaran itu mungkin mengambil masa sehingga sembilan bulan.


Foto:mStar

Troy arahan Wolfgang Petersen dibintangi oleh Eric Bana, Orlando Bloom dan Dian Kruger.

Watak yang ditawarkan kepada Aishwarya Rai akhirnya dilakonkan oleh Rose Byrne.

Filem ini ditayangkan di seluruh dunia pada tahun 2004.

Dalam temubual bersama program IANS, Brad Pitt mengakui tersinggung dengan tindakan Aishwarya menolak tawaran tersebut.

"Jika diberi kesempatan, saya ingin bekerja dengan Aishwarya Rai kerana dia seorang pelakon serba boleh.

"Dia adalah aktres popular di Bollywood yang menerima pujian hebat di barat... dia ada gaya, kecantikan dan lakonan yang cukup hebat," kata Brad Pitt.

Selepas menolak tawaran itu, Aishwarya membuat kemunculan pertama dalam industri perfileman Hollywood menerusi Bride and Prejudice pada tahun 2004.

Selain itu, dia terbabit dalam The Mistress of Spices (2005), The Last Legion (2007) dan The Pink Panther 2 (2009). -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 8
Komen

Previous : Zac Efron Makin Cinta Kekasih Kerana Sanggup Berhenti Kerja

Next       : Katy Perry Terlampau Sibuk Dengan Anak, Sampai Tak Sempat Cukur Bulu Kaki

Komen Terbaru

Quote dekmieDandy 6-4-2021 05:08 PM
tapi tak pelik ke dalam greek  tiba-tiba ada muka india

Lain-lain Komen

Quote Minami2013 6-4-2021 10:32 AM
Kat india 9 bulan tu boleh berlakon lagi 3-4 filem kot.
Quote tipah89 6-4-2021 01:12 PM
salah satu movie yg aku boleh tengok 2 3 kali jugakla. tapi aku rasa Rose berlakon mantap dah, xle imagine aish yg bawak watak tu.
Quote Artemesiaa 6-4-2021 01:54 PM
Macam tak sesuai je kalau dia yang melakunkan watak tu
Quote lavendernovella 6-4-2021 02:02 PM
Aish ni kalau berlakon citer omputih mmg off ...  tak tau naper.  Nak kata tak fluent, fluent jer ...
Quote keds 6-4-2021 02:51 PM
Yg ganti dia tu pun dha elok....
Quote ketambangkang 6-4-2021 04:13 PM
ok la alasannya tu..bukan mcm remilah begum
Quote pxlbb 6-4-2021 05:04 PM
Iols first tengok troy sbb bradpitt, repeat sbb rose bryne. She’s perfect. Yes Aish perfect dlm bolly tp a bit off dlm hollywood.
Quote dekmieDandy 6-4-2021 05:08 PM
tapi tak pelik ke dalam greek  tiba-tiba ada muka india

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top