Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Hukuman Curang Dengan Isteri, Jalan Bogel Depan Khalayak Ramai

6-4-2021 09:49 AM Komen: 2
Charlotte: Gara-gara curang dengan isteri, seorang lelaki di North Carolina, Amerika Syarikat (AS) sanggup melakukan hukuman berjalan di khalayak ramai dalam keadaan tanpa seurat benang.

Daily Star melaporkan perbuatan Michael Boatman bagaimanapun hanya menjerat dirinya apabila ditahan polis kerana berkelakuan tidak senonoh dan membawa rokok berisi ganja.

Michael Boatman ditahan di New Cut Road dekat Spartanburg kira-kira jam 1 pagi, Khamis lalu.


Foto: Daily Star

Ketika ditemui, Michael berjalan dan dalam keadaan hanya menutup alat sulitnya dengan plastik.

Media tempatan, The Smoking Gun melaporkan Michael memberitahu polis yang dia sedang menjalani hukuman kerana bermain kayu tiga di belakang isterinya.

Pada awalnya, Micheal mengatakan tidak kisah jika dipenjara atas kesalahannya.

Kemudian, Micheal melakukan cubaan melarikan diri, tetapi polis pantas bertindak menangkap dan menggarinya selepas lelaki itu terjatuh.

Sheriff Daerah Spantanburg memaklumkan Boatman beberapa kali diminta meletakkan tangannya di punggung namun berdegil.

Sebaik dimasukkan ke dalam kereta peronda, lelaki itu memberitahu dia akan cuba melarikan diri dari penjara dan meminta pegawai polis menembaknya kerana menganggap tiada hari esok untuknya.

Bagaimanapun, polis tidak mengendahkannya dan Boatman akhirnya ditahan di penjara daerah atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh, memiliki ganja serta melawan polis. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
1
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sukacactus 6-4-2021 10:30 AM
Alahai...apa jenis hukumannya pun
Sakit kat ati bini ko yg dicurangi tu boleh hilang ke dgn berbolen gitu

Lain-lain Komen

Quote sarah82 6-4-2021 10:16 AM
Trauma la budak2 yg tgk dia bogel
Quote sukacactus 6-4-2021 10:30 AM
Alahai...apa jenis hukumannya pun
Sakit kat ati bini ko yg dicurangi tu boleh hilang ke dgn berbolen gitu

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top