Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tak Boleh Bergerak Peraturan Baru Guna Eskalator

6-4-2021 09:37 AM Komen: 23
Berdiri setempat ketika menggunakan eskalator adalah peraturan baru ditetapkan sebuah wilayah di Tokyo, Jepun yang berkuat kuasa 1 Oktober ini.


Gambar hiasan

Memetik Asahi Shimbun, peraturan itu menetapkan pengguna supaya tidak bergerak atau berganjak daripada posisi mereka ketika menggunakan eskalator.

Peraturan hasil cadangan pihak berkuasa Saitama itu disokong Parti Liberal Demokratik (LDP), blok pengundian terbesar dalam perhimpunan berkenaan.

Ketua Urusan Dasar LDP Shinichi Nakayashiki berkata, amalan yang sudah menjadi kebiasaan harus diubah selain perlu memastikan keselamatan pengguna ketika menggunakan eskalator.



Bagaimanapun, belum ada hukuman ditetapkan sekiranya ada pengguna melanggar peraturan berkenaan.

Menurut laporan, 805 individu mengalami kecederaan akibat bergerak di eskalator antara Januari 2018 dan Disember 2019.


Sumber: Harian metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 23
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote isbritneybich 8-4-2021 10:47 AM
peraturan berdiri 1 belah ni wear and tear kat belah tu jauh lagi makan dari sebelah lagi, so hopefully this will solve it

Lain-lain Komen

Quote salmon-suki 6-4-2021 09:37 AM
Meanwhile in msia, escalator lah tmpt dorg berlari..termasuk ai dulu time kejar lrt..bile terbaca y efek tu bahaya,ai nk kejar lrt,ai panjat tangga je..
Quote rosasen 6-4-2021 11:07 AM
betul tu..tangga kan ada.. eskalator utk yg nak naik tp malas bergerak je mcm iols..hihi
Quote tikusmontok 6-4-2021 11:50 AM
meroyan la oji2, obachan2 di sana ...mmg pesen naik escalator belah kanan berlari2 mcm kena kejar antu, iols sbelah kiri ikut diri statik, shock jugak  memula tgk
Quote tikusmontok 6-4-2021 11:54 AM
salmon-suki replied at 6-4-2021 09:37 AM
Meanwhile in msia, escalator lah tmpt dorg berlari..termasuk ai dulu time kejar lrt..bile terbaca y  ...

kat msia setakat lari2 anak jer. kat jepun dorang mcm robot...btw kat msia ramai acik2 tersangkut kain masa memula escalator sampai kelate teganu dulu, dah sampai atas kecoh menapak ke bwh pulak bila laki ngan anak tinggal kat blkg
Quote prettyuglybabe 6-4-2021 11:55 AM
ingatkan tetapkan peraturan kena jarak 3 steps dari orang depan
Quote becir 6-4-2021 11:58 AM
Bahaya la berlari or berjalan kat escalator Tu, tunggu jela bukannya lama mana pun. Kalau tertinggal train biar Kan jela, Naik next train. Ex colleague I sorang meninggal kat Singapore sebab nak kejar train punya pasal jatuh escalator meninggal..muda lagi budaknya. Dengar kisah dia Terus taubat tak nak buat dah.
Quote Decaffeinated 6-4-2021 12:21 PM
2-3 orang bodoh punya pasal semua orang dah kena berdiri kaku atas escalator cam patung
Quote mijot 6-4-2021 12:21 PM
bagus...bahaya sebenarnya berlari kt eskalator...byk kes eskalator runtuh...
Quote mrsLY 6-4-2021 12:42 PM
kene statik nanti
Quote Artemesiaa 6-4-2021 12:48 PM
Bagus juga sebab banyak bahaya dari tidaknya.  Ada yang siap dengan luggage silap langkah dia dengan luggage terguling kebawah apa pun tak dapat.
Quote salmon-suki 6-4-2021 01:18 PM
tikusmontok replied at 6-4-2021 11:54 AM
kat msia setakat lari2 anak jer. kat jepun dorang mcm robot...btw kat msia ramai acik2 tersangkut  ...

Hhaha. Mak ai antara y takut nak naik escalator. So selalu cri lif laa..tp nampaknya dah belajar sikit2 nak naik tu..
Quote salmon-suki 6-4-2021 01:20 PM
Artemesiaa replied at 6-4-2021 12:48 PM
Bagus juga sebab banyak bahaya dari tidaknya.  Ada yang siap dengan luggage silap langkah dia dengan ...

Ai risau kalau2 ada y bawak luggage dr blakang ai atau depan ai n tiba2 luggage tu bergolek2 turun kena ai..lif ada tp xnak naik lif.. jarak lif dgn escalator bukannya jauh..depan tu je haa..geram tgk org y bwk luggage naik escalator nih.. bahaya utk org lain kot
Quote sukacactus 6-4-2021 01:48 PM
Boleh ke diorang ikut
Sana very fast paced
Kalau berjalan pun xde lenggang kangkungnya
Quote kakikuDibibirmu 6-4-2021 01:58 PM
Quote Nenolen 6-4-2021 02:07 PM
Anak kaka naik escalator di Suria KLCC utk ke Chilli's lalu  aci gunduchi depan dia terpijak sari dan ilang timbangan badan dan jatuh kebelakang lalu disambut oleh anak kaka...abg dan sepupu-sepapat gelak terbahak2 dan peristiwa tu jadi bahan joke depa until la nie...

Kaka kata apa gelak2...elok ler tu adik sambut nenek tu...but dia marah2 kenapa nenek dah tua sibuk nak pi jln2 kat Suria masa ramai org dah tu pakai sari meleret2 terpijak jatuh susahkan org...gamaknya bbnu mmg mcm tu yek cara depa fikir...hmmm...berleter juga lah kaka marah dia pasal statement tu wpun dia yg tahan nenek dr jatuh...
Quote arm_band 6-4-2021 03:06 PM
Artemesiaa replied at 6-4-2021 12:48 PM
Bagus juga sebab banyak bahaya dari tidaknya.  Ada yang siap dengan luggage silap langkah dia dengan ...

masa anak kecik dulu pernah luggage menggelongsor ke bawah sebab anak aku tak reti diam, tangan aku terlepas pegang luggage.. masa tu kat tbs, escalator nak turun ke platform. kesian bebudak bujang yang tahan luggage aku tu. sib baik beg tak penuh. depa kata tak sakit, aku takut patah je kaki depa


Quote jfq 6-4-2021 04:02 PM
Kat msia kalau nak buat camtu tolong laju kan sket speed escalator tu mcm kat spore. Ni terkemut2 lembap nak maps
Quote haruslah 6-4-2021 04:24 PM
Teringat lewat awal 2000 ade gigih bwk troli turun eskalator kat jusco
Skali melorot ke bawah, berkecai cermin sisi eskalator tu
Quote depresio 6-4-2021 04:26 PM
Mmg bahaya dan menyusahkan org lain

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top