Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Dulu Ada Duit Lebih Tapi... Shuk Tak Kisah Hilang Job Asalkan Keluarga Di Sisi

6-4-2021 08:01 AM|Oleh: LilRose| Komen: 22

Pelawak Shuk Sahar mengakui hilang banyak pekerjaan termasuk ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Hot FM, namun dia tidak kisah asalkan keluarganya di sisi di saat-saat getir.


Kredit foto: IG

"Kalau dulu ada duit lebih tapi hubungan keluarga renggang, tapi sekarang saya dapat semula keluarga saya walaupun tawaran kerja banyak hilang," katanya.

"Saya bersyukur hubungan saya dengan isteri dan ahli keluarga semakin rapat. Saya juga bersyukur dapat semula keluarga selepas macam-macam dugaan yang datang.

"Saya anggap kehilangan beberapa tawaran kerja adalah harga yang perlu saya bayar. Saya tak kisah asalkan keluarga bersama saya sekarang ini. Apa yang boleh saya katakan, Sera seorang wanita yang kuat dan saya tak pernah salahkan dia atau sesiapa dengan apa yang berlaku. Malah saya letak semua kesalahan atas diri saya," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan pertama air minuman, Semooth di Wangsa Maju.



Mengambil pengajaran atas insiden yang menimpanya sebelum ini selepas terpalit kontroversi dan skandal, Shuk menegaskan dia kini lebih menghargai keluarga.

"Dalam keadaan apa sekalipun, keluarga perlu diselamatkan. Saya tak boleh biarkan keluarga yang saya bina musnah atau bergolak.

"Memang ada kawan-kawan yang datang beri sokongan tapi berapa lama mereka mampu bersama kita. Mujur saya ada ibu bapa yang sentiasa berada di samping saya. 

"Kesudian Sera menerima saya semula serta memaafkan segala apa yang saya lakukan adalah bukti cintanya terhadap saya cukup kuat. Saya tak tahu bagaimana jika orang lain hadapi situasi sama," katanya.



Dalam masa sama, Shuk meluahkan perasaa sedih apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera terkena tempias dihujani kecaman netizen.

"Namun, saya selalu nasihatkan dia supaya jangan melayan setiap komen negatif, sebaliknya fokus terhadap keluarga ini," katanya.

Bertabahlah Shuk, hidup memang penuh dugaan dan cubaan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 22
Komen

Previous : Sungguh Klasik! Nad Zainal Dedah Jantina Dan Nama Anak Kedua

Next       : "Nampak Macam Hina" - Aina Abdul Pernah Cari Rezeki Di Kelab Malam

Komen Terbaru

Quote tagas 6-4-2021 01:58 PM
Butohhhhh

Lain-lain Komen

Quote Minami2013 6-4-2021 09:14 AM
Lantak hang la...
Quote gummiebear 6-4-2021 09:15 AM
Dah terduduk baru nak ingat family
Quote mawar_mustika 6-4-2021 09:33 AM
moga insaf
Quote manehnya 6-4-2021 09:34 AM
pastu ? nk kena canang 1 malaysia ke hapa...?
Quote budakmanentah 6-4-2021 09:36 AM
suruh bini la tanggung pulak.aritu kemain lg membekap. siap marah2 netizen sbb maki laki dia
Quote laksmanabentan 6-4-2021 09:48 AM
manehnya replied at 6-4-2021 09:34 AM
pastu ? nk kena canang 1 malaysia ke hapa...?

opkos la uolllsss... free marketing kan...
itu la huntongnya kenal dengan wartawan..
boleh selalu backupp...

da keluar berita camni nanti masyukkk ler...
sure la berduyun2 orang DM untuk paid review la..
job off air la... hihihi...
strategi marketing dan bijak utilize kan situasi...
hihihi...
Quote Brunes 6-4-2021 09:51 AM
lelaki gatal sudah terjatuh baru ingat family. yg wife pulak gila glamour selepas ludah gilat balik atas alasan anak2 masih kecil bla bla bla. hello anak awak dont deserve to be in a toxic relationship tu. semoga anak kamu yg innocent tu di lindungi kerana keputusan nafsu serapah parents yang akalnya mcm org isap gam
Quote syaz_lina 6-4-2021 10:21 AM
Diam la jantan gundu. Bukan salah org lain pun ko yg merenyam. Buat2 drama sedih pulak
Quote tipah89 6-4-2021 10:42 AM
walaupun xkenan dgn cara si sera tu, tapi as pompuan aku rasa itu je jln terbaik dia buat utk dptkan laki dia semula n berhasil pun.. yela kat mata kita syuk tu ntah apa2, maybe kat mata dia laki dia segalanya n dunia dia..hrpnya berkekalan la ye sedar diri tu syuk
Quote monreyes 6-4-2021 11:10 AM
blajo x pandai...muka x hensem...
tapi boleh hidup mewah...
lenkali kena la bersyukur lebih sikit...
Quote fifie_olin 6-4-2021 11:12 AM
cuba klu ko x buat taik..makin murah rezki
Quote hatikudus 6-4-2021 11:38 AM
monreyes replied at 6-4-2021 11:10 AM
blajo x pandai...muka x hensem...
tapi boleh hidup mewah...
lenkali kena la bersyukur lebih sikit. ...

iols setuju sgt

org laki ni bila susah & tersungkur baru ingat anak bini, masa mewah & senang lain keutamaan hidupnya
Quote HoneyManjer 6-4-2021 11:44 AM
elok la kalau bebetul insaf
Quote Su_annur 6-4-2021 11:49 AM
Dri pe yg i tgk...sera gn syuk btl2 all out niaga...niaga air smootch...niaga ketiuw sup gear box...
Klu tgk ig fara to plk kdg mcm fara to mental...duk kta pihak sera xhbis2 buruk kn dy klu tgk kt ig lnsg xda pn dyorg perli...
Btl la org ckp klu kita asyik rasa dri kita to btl smp bnda haram pn kita kta halal...
Quote kucingitam 6-4-2021 11:49 AM
pakai bra plss..gelilah
Quote laksmanabentan 6-4-2021 11:54 AM

terjojol kann...
Quote kawahapi 6-4-2021 12:10 PM
Sembang...

Tak sampai setahun kang repeat balik. Ko hadap la Sera oii.
Quote hasniey 6-4-2021 12:20 PM
Iye ke shuk??ke cubaan bersihkan nama dgn harapan org panggil ko keje balik?nnt setahun dua ada lg adegan sera nangis kt ig
Baik ko dok jual mknn ko tu senyap2 xyah keluar media dah
Quote skinsandstars 6-4-2021 12:34 PM
doakan yang terbaik je buat dua ketul suami isteri ni.

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top