CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

50 jam 'duduk' dalam keranda, macam mana dia kencing?

5-4-2021 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1936| Komen: 2|Original author: piao

Description: New York: Seorang lelaki yang juga YouTuber di Amerika Syarikat (AS) melakukan ker ...
 


DONALDSON ketika berada di dalam keranda berkenaan. FOTO AGENSI




New York: Seorang lelaki yang juga YouTuber di Amerika Syarikat (AS) melakukan kerja 'gila' apabila berseorangan selama 50 jam di dalam keranda.

Hindustan Times melaporkan lebih mengagumkan apabila MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson sanggup membiarkan keranda itu di tanam dalam tanah sepanjang tempoh berkenaan.

"Ini kerja paling gila pernah saya lakukan," tulisnya pada kapsyen ringkas pada video yang dimuat naik di YouTube.

Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas Donaldson memuat naik video berkenaan di saluran YouTubenya yang sehingga kini meraih lebih 56 juta tontonan.

Menerusi video itu, kelihatan Donaldson masuk ke dalam keranda. Dia dibekalkan dengan makanan, minuman, bantal, selimut, kamera dan walkie-talkie.

Walkie-talkie itu digunakan untuk berhubung dengan rakannya yang membantu menjayakan misi berkenaan.

Cabaran itu nampak serius kerana selain ditanam, rakan Donaldson turut meletakkan batu nisan di atas 'pusara' YouTuber itu.

Dalam video berdurasi 12 minit 39 saat itu, salah seorang rakan lelaki itu turut berkongsi bagaimana Donaldson bernafas di dalam keranda berkenaan.

Pegawai perubatan turut ditempatkan di situ untuk bersiap sedia memberi bantuan kecemasan, sekiranya perlu.

Perkongsian Donaldson itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan sebahagiannya memberi pujian atas usaha dan keberaniannya.

"Satu-satunya YouTuber yang mengekalkan identitinya," tulis seorang netizen.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dramaking007 5-4-2021 09:50 PM
utk sesetengah org 50 jam tak lama pun tuk tak kencing x membuanh.jgn banyak minum sebelum tu.

aku ingat lagi song jihyo adik dia ckp kakak dia pnh tido 2 hari x bangun2...so 2 hari dlm 48 jam plus 2 jam mcm tu x kencoling x makan boleh lagi hidup
Quote tipah89 6-4-2021 01:17 PM
dramaking007 replied at 5-4-2021 09:50 PM
utk sesetengah org 50 jam tak lama pun tuk tak kencing x membuanh.jgn banyak minum sebelum tu.

ak ...

jadi dia duk dlm keranda tu memang tido jela eh? mesti jenis tido mati ni.


Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2021 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.077385 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top