CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Ambil Balik Anak Puan, Dia Ni Peliklah” - Ibu Sedih Baca Mesej Cikgu

5-4-2021 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6883| Komen: 42

Description: Hati ibu mana yang tidak terusik jika ada pihak yang memperkecilkan dan melontarkan kata-kata kurang enak mengenai anak sendiri.
Hati ibu mana yang tidak terusik jika ada pihak yang memperkecilkan dan melontarkan kata-kata kurang enak mengenai anak sendiri.

Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila anak kecilnya digelar tidak normal gara-gara lambat bertutur.


Kisah ibu tersebut dikongsikan seorang doktor, Dr Redza Zainol di Facebook yang mana sehingga kini meraih hampir 500 perkongsian.

Menurut penceritaan si ibu, anaknya dihantar ke tadika ketika berusia tiga tahun kerana dia mahu memberi pendedahan dan peluang agar kanak-kanak itu dapat bergaul dengan rakan-rakan.


Foto: mStar

"Waktu itu, anak dia belum boleh bercakap langsung. Selepas berbincang dengan pengusaha tadika, mereka setuju untuk terima anaknya. Lega juga si ibu.


"Dalam hati, ada sekelumit rasa risau nak lepaskan anak ke tadika tapi niatnya cuma nak beri peluang pada anak untuk bergaul dengan kanak-kanak lain.

"Mana tahu selepas dua hari, dia terima mesej yang anaknya susah nak dikawal. Dia tak pandai dengar arahan, tak boleh fokus dan hanya mampu merengek.

"Di hujung mesej tu, 'Puan ambil balik anak puan. Dia ni peliklah. Tak normal'. Kecil hati si ibu. Masa dia cerita, wajahnya hampir menangis," tulis Dr Redza mengimbas kembali pertemuannya dengan wanita berkenaan.

Menurut Dr Redza, walaupun berkecil hati, namun insiden tersebut menyuntik kesedaran buat wanita berkenaan lantas dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi sepenuh tumpuan buat anaknya.

"Dari situ dia tersedar dan mula bawa anak ke sesi terapi dan berjumpa doktor. Dia kata tiga tahun dok jaga anak tapi tak sedar pun anak perlukan bantuan. Dia dan suami sibuk dengan bermacam kerja sampai terlepas pandang hal begini.

"Suaranya penuh dengan nada kecewa. Muka berkerut dan nampak kusut.

"Waktu tu baru saya tersedar. Ibu ni diselubungi dengan rasa bersalah. Dia fikir dialah punca anaknya jadi begini.

"Saya pun kata begini. 'Setiap anak tu berbeza. Bukan salah sesiapa pun bila anak jadi macam ni. Ini ujian keluarga puan. Sekarang umur dia dah 5 tahun. Banyak dah kemajuan dia. Dah boleh bercerita, dah boleh kenal warna, dah mula urus diri sendiri'. Dia mengangguk. Nampak dia lega sangat.

"Dia ucap terima kasih dan waktu tu saya boleh rasakan betapa bersungguh-sungguh dia ucapkan kalimat tu," cerita doktor ini lagi.


Gambar Hiasan

Menurut doktor ini lagi, kes tersebut bukanlah kali pertama yang dihadapinya sebaliknya dia mendedahkan ramai ibu yang datang ke kliniknya mengalami situasi yang sama.

Rata-ratanya khususnya ibu yang bekerja menyalahkan diri sendiri di atas apa yang dialami anak mereka.

"Besar sungguh ujian kaum ibu ni. Untuk ibu-ibu, anak jadi begini bukan salah awak. Percayalah, apa saja keadaan anak, sebenarnya tak sedikit pun mengurangkan kebaikan awak sebagai seorang ibu dan ayah.

"Sebab di antara semua manusia di dunia, tak ada manusia yang berfikir dua kali seperti seorang ibu. Sekali dia berfikir untuk dirinya, sekali lagi dia pasti akan berfikir untuk anaknya," katanya lagi.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lwyl 5-4-2021 01:44 PM
Betul ke orang tu tulis macam itu? Macam tak ada adab.
Quote salmon-suki 5-4-2021 01:54 PM
Skrg ni mmg rampant jgk laa budak2 y takleh bercakap..tp pd ai,asalkn dia xde bt benda pelik2,n kita nampak effort dia nak belajar,ai ok je..tp kt rumah tu parents mmg main peranan jgk..jgn sekadar bg gajet utk bg anak2 senyap n tak ganggu dorg..sekali sekala cuba laa berkomunikasi dgn anak2, tny dorg apa y dorg buat, any random topics utk buat anak2 bercakap..

Kalau makpak x ckp ngn anak2,mcm mana anak2 nak kuasai bahasa..xde exposure..

Put dat aside,kalau psl tadika bg notis mcm tu,tu mmg melampau..kalau nak reject sgt budak tu,bgtaw elok2 laa..jgn laa ckp dia pelik ke apa..ada parents ai pernah kongsi sblm ni ngn ai,anak dia mmg laa jenis nakal,suka menjerit(ni pn ajaran mak dia sebenarnya..kekeke), kt tadika tu, elok haa,anak dia kena pukul n seret oleh ckgu tadika tu..mmg mak dia bt report terus laa..

Ai penat2 shaped anak dia,dpt kt org lain n mak dia,terus jd liar semula..back to square one..{:cryrun
Quote dramaking007 5-4-2021 01:57 PM
lwyl: Betul ke orang tu tulis macam itu? Macam tak ada adab.


kalau u perasan lately kisah pendidik atau yg kerja kat tempat jaga budak ada je yg viral.stress kot nak jaga and guide anak org sampai hembus ayat cm tu
Quote annehuda 5-4-2021 01:59 PM
budak umur 3 tahun ko sumbat masuk tadika ke makcik?  kesian pulak aku ngan budak2 zaman skrang ni.
Quote ellejo 5-4-2021 02:18 PM
anak aku speech delay puas bawak ke doktor sampai aku tak berporem bertahun2. menangis takde bunyik air mata je keluar (which is sometime a bless)

lama2 bapak aku risau cucu dia tak bercakap terus amik bawak duduk kampung dua minggu. terus bercakap anak aku.
siap ada loghat perak lagi. gebo cakcibor lempor. bahasakan diri awok bila cakap dgn budak2 sebaya.

kadang2 pendekatan mak ayah kita berguna juga.  kalo dgn doktor tak jalan, cuba tanya mak ayah orang tua dedulu.  
Quote Aiiskenot 5-4-2021 02:19 PM
annehuda: budak umur 3 tahun ko sumbat masuk tadika ke makcik?  kesian pulak aku ngan budak2 zaman skrang ni.


Mak pak skrg darjah 1 dah hantar tuition. Masuk darjah 1 sh boleh membaca. Senag kot tugas cikgu kalo budak2 dh boleh membaca. Hmm aku dulu masuk skolah baru kena huruf
Quote orkid_amani 5-4-2021 02:37 PM
Umur 3y antaq skol dgn harapan ank boleh bergaul..{:laugh{:laugh selama ni ank hg kat rumah macam mana? Tak tengok perkembangan ank ka? Dah terlambat kot 3y ank xboleh bercakap lagi..xpandai bergaul..kalau nk monitor umq setahun tu..apa tak bawak p vaksin ka? Semak tau parents yg ambik jln pintas antaq ank p skol umq 3-4tahun dgn alasan nak ank bercakap..xsesuai kot. P la terapi. Menyusahkan cikgu & murid lain. Ank no2 aq speech delay pun terapi suggest suruh antaq p skol utk mudahkan bercakap bergaul..aq xantaq pun.pelan pelan ajaq dia bercakap sendiri..bergaul. kalau p skol budak mcm ni nyusahkan  cikgu & kawan2 ja. Lain la kalau antaq sek.pendididkan khas..baru ok.
Quote buapakperut 5-4-2021 02:57 PM
anak iols pun speech delay, nak hantar playschool sebab social lemah. dh buat terapi. takut benda2 camni la nanti, tapi ramai yang bagi semangat dan suruh doa baik2, iols akan explain baik2 kat teacher tu nanti yang anak iolsamg pelik ...
Quote menjad 5-4-2021 02:58 PM
Dlm kelas aku ada 3 org mild autism... Tp masih bole belajar... Kbnykan pandai math tp bahasa mmg kelaut dalam... Anti sosial... tp lama2 bole jugak lah berckp... Mgkn sbb vocab dah bertambah... Dorang nih lg bagus belajar dr yg normal tu .. yg masih xsedor2 diri lagi...  Maki dlm hati jer mampu
Quote manehnya 5-4-2021 03:07 PM
Dia dan suami sibuk dengan bermacam kerja sampai terlepas pandang hal begini.


sibuhk main henpon lalki bini , pastu anak pun di bagi henpon

byk spesis gini, pstu claim anak dia speech delay, motor skill rendah sbb dok pengang henpon saja, lembek
Quote dua_chzy 5-4-2021 03:09 PM
ellejo: anak aku speech delay puas bawak ke doktor sampai aku tak berporem bertahun2. menangis takde bunyik air mata je keluar (which is sometime a bless)lama ...


Yeap. Sebab itu jangan cepat sangat cerca pantang ka nasihat orang tua2. Ntah2 menjadik je hapa meka buat banding doktor2 muda kaki Whatsapp ilmu buku ni buat.
Quote pxlbb 5-4-2021 03:35 PM
Kalau ayat tu yg cikgu tu guna, mmg cikgu jenis takde adab tak layak jadi cikgu. Elok la kau hantar anak kau kat tempat org yg ada budi bahasa selayaknya mcm manusia.
Quote lancome 5-4-2021 03:36 PM
anak iols pun 3 tahun lmbat ckp, risau tu allah je tahu, perkembngan dia x sma dgn kakak2x dia yg lain, dia akan ulang apa yg kita ckp, hantar tadika masa umur 4 tahun, alhamdulilah cikgu tadika dia gigih mengajar dia ,now peekembangan pelajaran dia jauh lagi bagus dari kakak2x dia, umur 4 tahun boleh baca bm/bi dgn lancar, now umur 5 tahun fully english kat rumah dgn kakak2x dia... sebagai seorng ibu, doa ibu tu sgt penting, bz mcm mn kita dgn kerja, jgn putus doa pada anak2x.
Quote batmana 5-4-2021 03:49 PM
antara sbb speech delay, si bapa jarang berbual ngn anknya

peranan bapa tu penting
Quote Artemesiaa 5-4-2021 04:26 PM
manehnya replied at 5-4-2021 03:07 PM
sibuhk main henpon lalki bini , pastu anak pun di bagi henpon

byk spesis gini, pstu claim ana ...

Well said ramai je species macam ni zaman sekarang ni
Quote Nana_Man 5-4-2021 04:37 PM
ellejo replied at 5-4-2021 02:18 PM
anak aku speech delay puas bawak ke doktor sampai aku tak berporem bertahun2. menangis takde bunyik  ...

Budak speech delay(yg hanya speech delay tanpa lain masalah) akan berbual bila “sampai masa”. Kadang2 a change in environment atau routine pun bole buat budak tu tau2 bole berbual. Sama mcm anak i. Yg i observe, tiap kali cuti sekolah, speech dia makin improve. Masa covid mula2 start tahun lepas tu, masa kt ruma 2 bulan, trus improve speech. Skrg dah catch up ngan budak2 sebaya. Tapi mcm mana pun, early intervention dari pakar2 tetap penting.
Quote Nana_Man 5-4-2021 04:52 PM
buapakperut replied at 5-4-2021 02:57 PM
anak iols pun speech delay, nak hantar playschool sebab social lemah. dh buat terapi. takut benda2 c ...

Good to send to playschool. At same time, buat speech therapy.
Quote Nana_Man 5-4-2021 04:53 PM
menjad replied at 5-4-2021 02:58 PM
Dlm kelas aku ada 3 org mild autism... Tp masih bole belajar... Kbnykan pandai math tp bahasa mmg ke ...

Sekolah rendah ke?
Quote Nana_Man 5-4-2021 04:55 PM
lancome replied at 5-4-2021 03:36 PM
anak iols pun 3 tahun lmbat ckp, risau tu allah je tahu, perkembngan dia x sma dgn kakak2x dia yg la ...

Yeah!!! Anak i pun sama gitu jgk. In fact dia lagi pandai membaca as compared to classmates dia yg normal.

Lihat semua komen(42)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-7-2022 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.076726 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top