CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Malaysia Gentleman, Lebih Pentingkan Keluarga Tak Macam Lelaki Korea

5-4-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14741| Komen: 140

Description: Sikap lelaki Malaysia yang lebih mementingkan keluarga membuatkan seorang gadis Korea Selatan, Mingyeong Choi lebih ‘tertawan’ berbanding jejaka dari negaranya sendiri.
Sikap lelaki Malaysia yang lebih mementingkan keluarga membuatkan seorang gadis Korea Selatan, Mingyeong Choi lebih ‘tertawan’ berbanding jejaka dari negaranya sendiri.

Minyeong, 26, berkata, secara umum, lelaki Korea tidak begitu meluangkan masa mencukupi dengan keluarga sendiri.



Mingyeong Choi (kanan) bersama rakannya membaca Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurutnya, mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama dan berhibur dengan rakan-rakan di luar.

“Ada juga yang pulang ke rumah begitu lewat sehingga terlepas makan malam bersama keluarga. Begitu juga dengan sikap mereka yang tidak membantu mengemas rumah.

“Lelaki Malaysia lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga. Sikap mereka pula sangat merendah diri dan melayan wanita dengan lebih baik. Ini menyamai sikap bapa saya sebagai family man,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.


Dia yang sudah dua tahun bermastautin di negara ini menyifatkan lelaki Korea memiliki ego yang tinggi kerana mengikut budaya di sana.

Katanya, sikap lelaki Korea lebih serius dan berkuasa penuh dalam membuat keputusan rumah tangga.

Selain itu, jelasnya, lelaki Korea begitu obses dengan kecantikan sehinggakan ada alat solek khas dicipta untuk mereka sama seperti wanita.

“Sebagai contoh, kita boleh lihat penampilan selebriti lelaki Korea yang bersolek,” ujarnya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orennn 5-4-2021 10:32 AM
hermmmmm...............
Quote bluebutter 5-4-2021 10:36 AM
hermmmmm...
Quote Boomibulat 5-4-2021 10:37 AM
hermmmmm...
Quote zureena 5-4-2021 10:40 AM
hermmm...
Quote nuril86 5-4-2021 10:58 AM
hermmmmmm...........
Quote dani-rox 5-4-2021 10:59 AM
Lelaki Malaysia lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga. Sikap mereka pula sangat merendah diri dan melayan wanita dengan lebih baik.



Quote sarah82 5-4-2021 11:01 AM
Muahahahaha.. Ada juga yg sedar bahawa ada ramai ja lelaki malaysia yg baik dan family man
Quote haryatie 5-4-2021 11:07 AM
iye la tu...da ko jumpa yg baik2
dia x jumpa lg yg biawak hidup
Quote capiloton 5-4-2021 11:11 AM
Edited by capiloton at 5-4-2021 11:13 AM

tapi kisah laki bewok jugak yang populer di malaysie.

laki dia sorang yang jadi bewok,
abis semua laki lain terpalit sama di bewok kan nya.   
Quote aechae 5-4-2021 11:11 AM
Untung lh dpt yg gentleman
Quote capiloton 5-4-2021 11:12 AM
haryatie replied at 5-4-2021 11:07 AM
iye la tu...da ko jumpa yg baik2
dia x jumpa lg yg biawak hidup

jadi cari la yang baik2,
minta pada Tuhan carikan calon yang baik2.

dapat laki bewok, sebab diri sendiri jugak yang burok perangai
Quote annehuda 5-4-2021 11:23 AM
yelah lelaki malaysia jumpa wanita korea tu selalunya kat sana, sebab dpt keje kt korea atau sambung belajar. set-set educated la yang diorang jumpa. so yg tinggal kat malaysia ni set-set biawak jelah, set rempit, mat dadah masuk serenti.  beli spender pun tak mampu ni plak nak beli tiket gi korea
Quote VioletsAre_Blue 5-4-2021 11:25 AM
Betul lah kot, yang penting lelaki malaysia lagi jantan dari lelaki korea
Quote chandrahusin 5-4-2021 11:25 AM
Lelaki melayu klu dgn perempuan luar mmg gentleman
Quote sukacactus 5-4-2021 11:26 AM
Jangan la pukul rata, semua bangsa pun ada yg elok, ada yg tak
Pandai2 la tapis
Quote pearl.silver 5-4-2021 11:27 AM
Testimonial meriam ke?
Quote msdummy.2018 5-4-2021 11:29 AM
Hurmmmnnnnnnnn
Quote SweetRehan 5-4-2021 11:33 AM
Kembang la jejaka2 Malaysia dipuji minah korea... sebelum ni sinonim dengan gelaran bewak hidup je!
Quote izwan_izi 5-4-2021 11:36 AM
Jadi lepasni...digalakkan agar perempuan2 Korea Selatan mahupun Korea Utara untuk datang mencari jodoh di tanah bertuah Malaysia ini..

Lihat semua komen(140)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.076242 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top