CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Keluarga Terkejut Pelajar Pergi Latihan Silat Pulang Sebagai Jenazah

5-4-2021 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3299| Komen: 9

Description: Menurut laporan TribunNews, jenazahnya dihantar pulang ke rumah sebelum keluarga dimaklumkan mengenai kematiannya.
Pelajar berusia 15 tahun meninggal dunia ketika mengikuti latihan silat.

Menurut laporan TribunNews, jenazahnya dihantar pulang ke rumah sebelum keluarga dimaklumkan mengenai kematiannya.


Difahamkan, mangsa mengikuti latihan di lapangan Palar di Klaten, Jawa Tengah.


Gambar hiasan

Biasanya dia keluar rumah untuk mengikuti latihan pada jam 8 malam dan pulang hampir subuh.

Namun, keluarga terkejut kerana pada hari kejadian jenazah mangsa dihantar ke rumah oleh pihak hospital sedangkan mereka langsung tidak dimaklumkan mengenai kematiannya oleh pihak perguruan silat.

Mangsa dikenali sebagai seorang anak yang pendiam dan rajin membantu keluarga serta jiran-jiran.

Dia yang sudah setahun mengikuti latihan silat di situ dikatakan pernah dilarang bapanya daripada menyertai aktiviti berkenaan, namun tidak diendahkannya.


Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bhayangkara Jogja untuk dibedah siasat atas permintaan keluarga. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 5-4-2021 10:21 AM
Apa yg terjadi masa latihan silat tu? Mcm something fishy....
Quote mejaputih 5-4-2021 10:22 AM
belajar silat sampai ke subuh ek?
Quote supernaturalee 5-4-2021 10:32 AM
ank sedara msk tournament silat
balik2 patah jari
skrg jari tu xleh nk gerak sgt dh

Quote zarulnazmi 5-4-2021 10:01 PM
Nana_Man replied at 5-4-2021 10:21 AM
Apa yg terjadi masa latihan silat tu? Mcm something fishy....

Kalau dah pihak pengurusan silat tak maklumkan tapi keluarga mangsa terima jenazah terus dari hospital dah tentu ada yang nak disembunyikan.


Quote angelofish 5-4-2021 11:14 PM
kesian mati jadi anak derhaka
Quote komotthecat 6-4-2021 01:19 AM
kawan aku jatuh time berlatih silat, patah tangan. sepatutnya ada cara tapi dia lupa
Quote Komol 6-4-2021 01:26 AM
angelofish: kesian mati jadi anak derhaka

Cakap mcam tkde anak, cakap macam kau tahu je masa depan kau mcam mana haihh.. Boleh jadi mak bapak dia maaf kan segala salah silap dia, dan kau sapa pulak nak judge mcam tu? Makin seram la tngok org akhir zaman berkata2 ckap lepas je semua..
Quote Supersirap 6-4-2021 09:27 AM
Kena buat siasatan dengan lebih lanjut
Quote haryatie 6-4-2021 09:40 AM
kesiannnnya

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.065960 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top