Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Silap 'Tekan Harga' Salahkan Pelanggan Pula, Terbantut Nak Belanja Kawan Di Kafe Mahal

5-4-2021 08:57 AM Komen: 37
Seorang peguam berkongsi pengalaman buruk ketika berkunjung ke sebuah kafe di dalam sebuah pusat beli belah baru-baru ini.

Nor Zabetha berkata, ketika itu dia berhasrat untuk membelanja dua rakannya menikmati makanan di kafe yang terkenal dengan 'salted egg pastry'.

"Setibanya kami di sana tempat penuh. Waktu kami mencari tempat duduk, pengurus cafe maklumkan kedai penuh.


Gambar hiasan

"Saya memang sudah janji hendak belanja, jadi selepas 30 minit kami datang kembali ke cafe. Dia maklumkan, satu meja hanya dua orang. Meja jangan sambung.

"Dia minta kami tunggu sebentar untuk kemas meja. Kami tunggu, dia pesan hingga tiga empat kali, meja jangan sambung! Bukanlah kami tidak faham, sudah dewasa kami semua. Cukup faham.

"Kami duduk, kemudian kami berikan QR Code menu online untuk pesanan. Kami buka menu, semuanya sold out. Habis semua sold out dalam menu tetapi atas kaunter penuh segala pastri, saya minta PA saya belikan terus pastri di kaunter dan kami melayari menu lain melalui QR," tulisnya.

Tidak lama kemudian, rakannya yang selesai membuat pesanan di kaunter datang kembali ke meja dan memaklumkan harga untuk tiga jenis item iaitu satu donut dan dua cronut berharga melebihi RM100, sekal igus membuatkannya terperanjat.

"Kata orang di kaunter, ini harga keseluruhan termasuk dalam QR Code yang kami order. Kami langsung tidak pesan lagi. Rupa-rupanya dia tekan harga order meja sebelah. Kata PA saya, budak kaunter itu memang kasar.

"Saya tiada sana waktu itu. Kalau saya, belum tentu boleh sabar. Kami panggil dia berkenaan order RM106.70. Saya rasa dia sudah salah tekan. Dia datang, dengan muka tertekan dan stress.

"Dia kata pada PA saya 'Sebab itulah saya minta akak confirmkan tadi sebelum bayar', suaranya agak tinggi. Mukanya ketat. Pelayan itu geleng kepala sambil menjeling dan mengarahkan PA saya membontotinya ke kaunter," kongsinya mengimbas kembali insiden tersebut.

Melihat situasi tersebut serta merta membuatkan dirinya hilang sabar kerana merasakan layanan yang diberikan agak keterlaluan.

Peguam itu lantas pergi ke kaunter bersama-sama dengan rakannya dan berhasrat memberi sedikit teguran atas layanan biadab pelayan tersebut.


Kredit foto: FB

"Saya pergi ke kaunter, saya jumpa pengurus. Kata sahabat saya Nadia, batalkan sahaja semuanya. Keterlaluan dan melampau. Saya kata 'I do understand if you are stressful. I am also stressed at times! But you need to respect people. I thought this place is supposed to be very high end. The way you treat people. You people are so rude".

"Sambil saya bercakap tiada permohonan maaf daripada pelayan tersebut. Pengurusnya hanya kata 'We are sorry puan'. Terus dia segerakan hendak pulangkan semua duit kami.

"Bukan saya hendak create scene tapi ini berkenaan adab. Budak ini usianya kurang daripada 25 tahun saya rasa. Kita bukan minta dilayan seperti raja tetapi hanya budi bicara dan hormat," tulisnya lagi.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 37
Komen

Anda Mungkin Meminati

Siti Tegur Sitizoners Dan Penyamar Jangan Bandingkan Caranya Bekerja
Tewaskan Atlet Dan Pelakon Kacak, Putin Lelaki Paling Seksi?
Guru Madrasah Bakar Tangan Semua Murid Gara-gara RM3.40 Hilang Dari Tabung
Budak Tujuh Tahun Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Merogol
"Jangan Semak Kahwin Kat Rumah Papa" - Cef Wan Takkan Sponsor 100% Majlis Serina
"Tercalar Nama BBNU, Jangan Anggap Semua Sama" - Afieq & Ayie
Susah Nak Mekap, Aina Abdul Pernah Hilang Keyakinan Diri Sebab Muka Berjerawat
Sambut Birthday 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa Hadiahkan Ardell Aryana Alphard
Didenda Lebih RM55 Ribu, Padah Hasut Kawan Cerai Dengan Suami
Makan Nasi Goreng Lauk Garam, Ibu 10 Anak Dihalau Keluar Rumah Sewa
Dedahkan Anak Pada Cahaya Matahari Untuk Tambah Ketinggian
Shah Iskandar Berhabis Hampir RM1 Juta, Ubahsuai Kereta Dan Motor
Setuju Tak Buat Sistem Penggiliran Balik Sekolah Elak Sesak Luar Pagar?
Keluarga Terkejut Pelajar Pergi Latihan Silat Pulang Sebagai Jenazah
"Baliklah Sajat, Bukan Berdepan Pertuduhan Berat Di Mahkamah" - Ketua Polis Negara
Lelaki Malaysia Gentleman, Lebih Pentingkan Keluarga Tak Macam Lelaki Korea
50 jam 'duduk' dalam keranda, macam mana dia kencing?
Kedai RM2 Makin Banyak Petanda M40 Makin Struggle, Lama-lama Jadi B40 Lah
Video penampakan awan berbentuk kapal selam KRI Nanggala 402 dilaut Bali jadi tular
Penat Masak, Siapa Tak Makan Hati Mentua Buang Lauk Belakang Rumah?
Ada Yang Nak Beli Tak? - Ibu Lelong Car Seat Tampung Kos Pembedahan Anak
Bagi BFF Hadiah Gelang Emas RM11,000, Sorok Dalam Shell Out
Insiden Tampar Rider Foodpanda Oku, Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku

Komen Terbaru

Quote eyansss 13-4-2021 05:53 AM
HoneyManjer replied at 12-4-2021 09:13 PM
wahhhhh..byk tak ok...
takpa la...toksah p dah makan sana...
haha!

tipah tertipu sebab orang dok puji meletup2 bagai hape...  hahaha...  menyesal pegi cuma hati tu ada sejuk walau sikit je masa busak perempuan tu mintak maaf order tak masuk sistem...  tapi memang such a waste in term of masa dan duit...  tak pernah lagi aku rasa menyesal gila spend duit banyak tu untuk food...

Lain-lain Komen

Quote opie5662 5-4-2021 09:08 AM
Dottys la tu
Quote nazzse 5-4-2021 10:34 AM
Tengok bos dottys jawab apa
Quote prettyuglybabe 5-4-2021 10:49 AM
yang pi order blur yang amik order kurang ajar..
elok la tu..
Quote uda 5-4-2021 11:34 AM

I baru nak teka

I terbeli cronut tu. Ingatkan custard cream dlmnya. Bila makan, rasa semacam, langsung takleh nak telan. Rupa2nya salted egg!
Quote HoneyManjer 5-4-2021 11:48 AM
dottys ni over hype kan?
tatahu la if chuols rasa best...
i pernah p (kawan belanja gak)
makanan dia biasa2 ja...takde la gempak pun...
ambiance pun ala2 delifrance jer kot...
or up sikit dari delifrance...

muahahaha
Quote safieyah1984 5-4-2021 11:49 AM
mmg x termasuk lah mmg dh tau harga kayangan bagai. kalo mkn nasik lagi berbaloi2
Quote anakmak 5-4-2021 12:11 PM
HoneyManjer replied at 5-4-2021 11:48 AM
dottys ni over hype kan?
tatahu la if chuols rasa best...
i pernah p (kawan belanja gak)

Oh yaaa la
Ada lagi tak delifrance tu
Lama x pergi

Dotty ni mmg overhype
I pernah masuk sekali pi makan sbb nak jumpa org kat situ
Chehhhh
I mmg selalu kena tipu dgn mata sendiri yaa
I makan 2 org habis dekat 200 sbb semua yg bestseller I nak rasa
Dan seperti biasa sekali jaaa laaa
Nak masuk pun kena beratuq bagai
Quote Artemesiaa 5-4-2021 12:40 PM
Mesti dah biasa jadi tapi tak ada yang komplain nasib tak baik jadi pulak dengan geng lawyer baru kena
Quote HoneyManjer 5-4-2021 01:43 PM
anakmak replied at 5-4-2021 12:11 PM
Oh yaaa la
Ada lagi tak delifrance tu
Lama x pergi

hahaha...nasib ada geng...
xdak dah delifrance tu...
zaman2 kita jek kut tau delifrance...
bebudak la mana tahu..hahhaha...

menu dia pun biasa ja...
and cronut tu pun biasa ja for me...
dah la harga ya ampun mahai nyaaaaaaaaaaa


Quote Bholatchomel 5-4-2021 02:57 PM
tp kan memang perasan budak pompuan muda  yang kerja F&B sekarang ni banyak yang kurang hajo.. suka merempan..

macam ari tu nak beli donut kat big apple akak aku nak 1 aku nak 1. kita org pun order pastu cashier pompuan cakap dengan gaya kerek dan  suara agak tinggi suara kata  tak der set tuk 2, beli 1, 3 , 6

pastu  kawan lelaki dia tegur tekan jelah 1 & 1 bila kena tegur terus tarik  muka, masam mencuka, bagi baki pun kasar.  
Quote addved 5-4-2021 03:30 PM
HoneyManjer replied at 5-4-2021 11:48 AM
dottys ni over hype kan?
tatahu la if chuols rasa best...
i pernah p (kawan belanja gak)

Yup setuju sangat-sangat.
Over rated, pergi sekali dah tak nak pergi dah sampai bila-bila.
Quote HoneyManjer 5-4-2021 03:42 PM
addved replied at 5-4-2021 03:30 PM
Yup setuju sangat-sangat.
Over rated, pergi sekali dah tak nak pergi dah sampai bila-bila.

kan...dah la mahal nak mampus...
tak baloi...better la p makan yang bebetol restaurant ke apa...
luckily org belanjer....
Quote LadyCarefree 5-4-2021 07:18 PM
HoneyManjer: dottys ni over hype kan?tatahu la if chuols rasa best...i pernah p (kawan belanja gak)makanan dia biasa2 ja...takde la gempak pun...ambiance pun ala2  ...


Pada iols xsedap. Better Kenny.
Quote pittjie 7-4-2021 10:52 AM
anakmak replied at 5-4-2021 12:11 PM
Oh yaaa la
Ada lagi tak delifrance tu
Lama x pergi

delifrance baru bukak balik kat publika. iols belum sempat pegi lagi. rindu la dgn seafood croissant dia.

Quote pittjie 7-4-2021 10:53 AM
HoneyManjer replied at 5-4-2021 01:43 PM
hahaha...nasib ada geng...
xdak dah delifrance tu...
zaman2 kita jek kut tau delifrance...

dah bukak balik sis. kat publika. aa meh la serbu. tapi mmg geng2 otai je tau delifrance ni
Quote HoneyManjer 7-4-2021 02:49 PM
pittjie replied at 7-4-2021 10:53 AM
dah bukak balik sis. kat publika. aa meh la serbu. tapi mmg geng2 otai je tau delifrance ni

oooo wow!
ok nanti nak p la...babila free...
mengimbau kenangan sat...
wkwkwkwkw
Quote BoongaKertas 7-4-2021 03:30 PM
HoneyManjer replied at 5-4-2021 03:48 AM
dottys ni over hype kan?
tatahu la if chuols rasa best...
i pernah p (kawan belanja gak)

exactly my tot too chuols! sep ciked. hahaha. tp colleague meols kemain suka laa g ke sini. kalau penuh, sanggup plak order grab. kozzer yach!
Quote downiey 8-4-2021 04:48 PM
Bholatchomel replied at 5-4-2021 02:57 PM
tp kan memang perasan budak pompuan muda  yang kerja F&B sekarang ni banyak yang kurang hajo.. suka  ...

hahahaahahaha dah kenape cashier tu xley key in 1-1..tros terbantut nk mkn big apple.
Quote cmf_premierleag 8-4-2021 09:50 PM
Doty's ni soooo yesteryear la
ummah dr kampung yang baru dtg KL je hadap
padahal ummah urban KL metropolitan bangsar bubble tu sume skang hadap dgn KennyHillbakers @ taman tunku,  Huckleberry @ BSC, jibby&co @desaparkcity

Lihat semua komen(37)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top