CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Tercalar Nama BBNU, Jangan Anggap Semua Sama" - Afieq & Ayie

5-4-2021 08:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2025| Komen: 3

Description: Keluhan terbuka ramai selebriti senior tentang sikap pendatang baharu industri hiburan nampaknya sedikit sebanyak berjaya mengundang rasa malu dan kesal dalam kalangan mereka.
Keluhan terbuka ramai selebriti senior tentang sikap pendatang baharu industri hiburan nampaknya sedikit sebanyak berjaya mengundang rasa malu dan kesal dalam kalangan mereka.

Antara golongan junior yang muncul memberi respon tentang keluhan itu ialah vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham dan pelakon serta penyanyi Afieq Shazwan.



Kredit foto: IG Afieq

Menurut Afieq atau nama sebenarnya, Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, 24, sikap tidak menghormati selebriti senior menyebabkan pelapis industri hiburan tempatan sering dipandang serong.

“Tapi janganlah anggap semuanya begitu, ada je yang masih menganggap dirinya kecil dalam industri dan tetap bangga dengan yang senior," kata Afieq Shazwan.

Sementara itu ujar Ayie atau nama sebenar, Nik Fadlee Elhamshah, 24, sikap acuh tidak acuh segelintir pihak dengan dunia seni menyebabkan imej golongan junior yang ikhlas mahu mencari rezeki turut tercalar.



Kredit foto: IG Ayie

Dalam pada itu, pelakon Mawar Rashid pula mempunyai pendapat tersendiri berhubung isu ini.

Mawar berkata artis senior tidak perlu menghebahkan tentang 'kelemahan' artis baharu sebaliknya menggunakan kaedah yang lebih lembut untuk menyampaikan teguran.


Kredit foto: IG mStar

Kredit foto: IG Mawar
Keluahan artis senior mula mendapat perhatian selepas mStar melaporkan mengenai kenyataan Rusdi Ramli yang kesal dengan sikap segelintir selebriti junior ketika di set penggambaran.

Susulan itu makin ramai pelakon senior tampil menyatakan pengalaman masing-masing berdepan golongan berkenaan yang dilabel sebagai ‘diva’.

Mereka yang bersuara termasuk Datuk Fizz Fairuz, Izara Aishah, Sheila Mambo serta Rita Rudaini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 5-4-2021 03:32 PM
Kalo dalam gomen 15tahun keatas barh senior yeee... Kalo setakat 8-12 tahun mmg ko xlayak ckp ko senior dlm industri...
Quote mieymiey 5-4-2021 03:38 PM
Entah-entah yang 'lama' tu pun dulu 2x5 juga dengan yang 'baru' sekarang. Cuma dulu yer la, takder sosial media kan
Quote one_aiman 5-4-2021 10:55 PM
ini antara pelakon bbnu yg berlakon ok..eric puzi pun..

child actor mcm naim daniel, amelia henderson tu over acting

Lihat semua komen(3)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.066162 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top