CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Kaka Azraff Buat Suami Cemburu

2-4-2021 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2290| Komen: 5

Description: Penyanyi, Kaka Azraff mengakui sengaja membuatkan suaminya cemburu untuk memujuk insan tersayangnya itu supaya turut sama muncul dalam video muzik single terbaru nyanyiannya, Janjiku.
Penyanyi, Kaka Azraff mengakui sengaja membuatkan suaminya cemburu untuk memujuk insan tersayangnya itu supaya turut sama muncul dalam video muzik single terbaru nyanyiannya, Janjiku.


Kaka ketika ditemui berkata suaminya, Adam Azriff pada awalnya tidak mahu berlakon dalam video muzik lagu Janjiku ciptaan komposer MFMF dan Tysha Tiar itu.


Kredit foto: IG


"Pada awalnya, dia (suami) tak mahu berlakon bila saya ajak. Jadi, pihak pengurusan dan pasukan produksi pun mencari model sebagai pelakon.

"Bila dibentangkan mengenai jalan cerita dan babak-babak romantis yang akan saya lakonkan dengan model itu, Adam akhirnya mengalah dan bersetuju untuk berlakon juga," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Kaka, dia juga sebenarnya lebih selesa untuk berlakon dengan suami sendiri.



"Bila berlakon dengan suami sendiri, saya tak rasa kekok untuk bersentuhan dan sebagainya. Jadi, bila dapat peluang begini dan jalan cerita video muzik juga sesuai, saya memang nak sangat suami terbabit sama," katanya.

Selain Kaka dan Adam, anak mereka, Aslan Adam juga turut muncul dalam beberapa babak.





Single Janjikan mengisahkan mengenai hubungan dalam rumah tangga dan Kaka cuba menonjolkan realiti kehidupan dalam sesuatu perhubungan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 2-4-2021 09:31 PM
Tk de sape komen?....
Quote Carcosa 2-4-2021 10:38 PM
B. U. Buuu, S. U. Suk.
Busuk.
Quote hinata_holic 4-4-2021 02:31 AM
Awat mcm kepam jer{:nose
Quote naina 4-4-2021 12:58 PM
Patutla menang..Asben dia support nombor 1
Quote kakakpositifker 6-4-2021 08:10 AM
Tah lah. Masam je nampaknya

Lihat semua komen(5)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.189820 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top