Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Dilabel Pengkhianat Negara Kerana Guna iPhone Update Weibo

2-4-2021 02:54 PM| Komen: 9

Pelakon dari China, Wu Jing menjadi sasaran netizen di paltform media sosial setelah didapati menggunakan Iphone berdasarkan muat naiknya di Weibo.

Pelakon berusia 46 tahun itu dibanjiri kecaman kerana netizen menganggapnya tidak mempunyai semangat patriotik terutama ketika negara itu sedang bertelingkah dengan Amerika Syarikat.

Menurut Today Online, setiap catatan yang dia hantar di Weibo sejak pertengahan Mac mempunyai tag Iphone 12 Pro Max.


Kredit foto: Today Online

Justeru, dia juga dilabel sebagai pengkhianat atas tindakannya itu.

“Adakah anda tidak tahu malu? Berapa banyak peluru yang disumbangkan telefon bimbit ini kepada musuh (Amerika Syarikat)? Kami warga China tidak akan jatuh kerana ini, harap tukar segera kepada (jenama) Huawei. jika tidak, maka anda adalah seorang patriot palsu.

“Mengapa kamu tidak menggunakan Huawei? Tidakkah kamu ingin menjadikan negara kita kuat?” antara komen netizen.


Kredit foto: Today Online

Wu Jing terkenal dengan penampilannya dalam filem aksi 2015 Wolf Warrior. Dalam filem itu, dia berperanan sebagai askar pasukan khas yang bertempur melawan tentera asing.


Kredit foto: South China Morning Post

Sekuel filem ini dibuat pada tahun 2017 dan berjaya menghasilkan keuntungan besar dan laris di pasaran. Jalan cerita yang menunjukkan semangat patriotisme mendapat banyak pujian sehingga ia menjadi filem China terlaris dalam sejarah.

Kerana filem itu, Wu Jing digelar sebagai Head Wolf Warrior. Dia sering dipuji seperti pahlawan negara. 



Selepas kejadian itu, pihak Wu Jing tidak memberikan sebarang komen. Dia juga masih memuat naik gambar dan video di Weibo dengan telefon bimbit iPhonenya.


Sumber: Murai

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 9
Komen

Previous : Isteri, Anak Perempuan Will Smith Suka Wanita?

Next       : Zac Efron Makin Cinta Kekasih Kerana Sanggup Berhenti Kerja

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-4-2021 10:17 AM
Lenyap kes iphone dia ramai jadi gigih nak tonton pilem lakunannya pulak

Lain-lain Komen

Quote sarah82 2-4-2021 03:09 PM
Wahh.. Jap lagi cari kat netflix la wolf warrior ni
Quote azimodin 2-4-2021 03:12 PM
Citer wolf warrior ni banyak gak viewer cina yg x suka kan. Sebab tunjuk patriotism in western ways. Nampak Americanised sangat. Pastu boleh pulak dia cakap "kalau orang putih buat filem action over the top, xde siapa bising. Tapi bila asian buat banyak kompen" lebih kurang gitu la statement dia
Quote CiliPadiSedap 2-4-2021 03:18 PM
xsedap pun action cina tu rasa kayu kayan dia tinggi.
Quote opie5662 2-4-2021 03:22 PM
CiliPadiSedap: xsedap pun action cina tu rasa kayu kayan dia tinggi.


Kayu mcm hero aksi malaysia terulung Kekrul ke.... Hahahahaha
Quote c===8 2-4-2021 03:24 PM
dlm masa sama cina2 merengek bila kaum mereka diboikot di negara omputih
Quote Carcosa 2-4-2021 11:24 PM
Ya hamponnnnn. Semata2 negara ko gado dgn US, phone pun kena tukar ke? Aneh2 je netizen tanah besar.
Habis, kita gado dgn Korea, aku kena buang Samsung aku ke camna? Dahla peti ais aku pun Samsung.
Mampos mak aku hempoj kepala aku dgn lesung sebab buang peti ais dia.
Quote mama_neko 4-4-2021 02:48 AM
muka mainland sgt.. hahahahahaha
Quote ninja9 4-4-2021 07:59 AM
aku pun blum tengok  crita ni... kena baca stop baca komen sbb nanti ada yg tulis spoler.... tanpa amaran pulak tu..
Quote Artemesiaa 4-4-2021 10:17 AM
Lenyap kes iphone dia ramai jadi gigih nak tonton pilem lakunannya pulak

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top