Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

SOP ibadah sepanjang Ramadan di masjid, surau diumum dalam masa terdekat- Zulkifli

2-4-2021 11:58 AM Komen: 6



Kuala Lumpur: Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ibadah di masjid serta surau sepanjang Ramadan termasuk solat Tarawih akan diperinci dan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagi Wilayah Persekutuan, SOP akan diselaraskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) manakala negeri lain ditentukan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

"Saya melihat perkara ini (ibadah bulan Ramadan) hampir sama dengan solat-solat yang lain kecualilah mungkin ada sedikit perubahan kecil yang akan dilihat dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Akaun Emas YaPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) atau Akaun SERY di sini hari ini.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran untuk mengadakan solat Tarawih di masjid sepanjang bulan Ramadan yang akan bermula 13 April ini.

Mengenai majlis itu, Zulkifli berkata produk simpanan emas berkenaan dilihat akan membawa YaPEIM setapak lagi ke hadapan dalam membantu merancakkan ekonomi khususnya dalam tempoh negara sedang pulih daripada impak Covid-19.


Beliau berharap dengan produk baharu itu, YaPIEM mampu bersaing dan berdiri setaraf dengan pemain industri emas yang lain.

Akaun SERY adalah produk simpanan emas yang membolehkan emas dibeli secara digital dan ditukar kepada emas fizikal dengan caj berpatutan selain patuh syariah.




Sumber : Harian Metro


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Plain-tif 2-4-2021 01:36 PM
Ada nampak sorang menteri tu tak pakai mask,, pakai baju hitam topi merah

Lain-lain Komen

Quote white_musk 2-4-2021 11:59 AM
Mengarut saja semua SOP ini
Quote songhara1226 2-4-2021 12:17 PM
Menteri agama x nak komen ke SOP majlis akad nikah seorang selebriti yg menteri agama sendiri hadir sebelum ini

Kalau dekat majlis akad haritu boleh duduk rapat siap berlaga bahu lagi, harapnye SOP untuk solat terawih nnti lebih kurang lah ye
Quote bulalof 2-4-2021 12:20 PM
SOP apo bondo? Menteri sendiri pon langgar SOP kat majlis nikah selebriti, apa tindakan selanjutnya?
Quote white_musk 2-4-2021 12:27 PM
Menteri ugama juga tak cerdik..
sendiri juga melanggar hukom
Quote white_musk 2-4-2021 12:28 PM
Semoga mentari ugama juga akan dicampak ke dalam api neraka bersama pelanggar pelanggar hukom yang lain...  
Quote Plain-tif 2-4-2021 01:36 PM
Ada nampak sorang menteri tu tak pakai mask,, pakai baju hitam topi merah

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top