Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ketatkan Kawalan Di Sempadan- PGA Edar Gambar Sajat, Elak Bolos Ke Negara Jiran

2-4-2021 08:40 AM Komen: 10
Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengetatkan lagi kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelakkan individu yang dikehendaki pihak berkuasa termasuk usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, daripada bolos ke negara jiran.

Selain Sajjad, seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee diletak dalam senarai individu dikehendaki dan pihak berkuasa terutamanya di sempadan diarah berjaga-jaga bagi berdepan kemungkinan kedua-dua individu itu melarikan diri ke luar negara.

Timbalan Komander PGA Briged Utara Asisten Komisioner Mohd Noh Khamis berkata, gambar Nicky Liow dan Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat sudah diedarkan di semua pos kawalan PGA dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Perlis.


Foto: IG

"Kita percaya kedua-dua individu ini masih berada dalam negara dan usaha mengesan mereka sedang dilakukan berdasarkan maklumat serta risikan yang diperolehi.

"Anggota PGA turut mengetatkan kawalan di lorong tikus di kawasan sempadan," katanya, lapor Harian Metro.

Ujar beliau, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan individu yang berkenaan bertindak menyamar bagi mengelak dikesan pihak berkuasa untuk melepasi sempadan.

Nur Sajat ketika ini masih gagal dikesan selepas bertindak menghilangkan diri ekoran diburu pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Usahawan itu dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya berpakaian seperti wanita pada 23 Februari lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 4-4-2021 11:18 AM
Memang la susah nak tangkap dia. Dia kan dua alam.

Lain-lain Komen

Quote supernaturalee 2-4-2021 08:43 AM
bkn thread dh ade ke nyah


Quote jazaa100 2-4-2021 08:55 AM
klu dia pakai misai.....blh cam ke?
Quote Belibis 2-4-2021 09:12 AM
jazaa100: klu dia pakai misai.....blh cam ke?

Pakai hapo..tak kena gillet 2 hari jer,dah macam taliban.
Quote notM 2-4-2021 11:13 AM
Hebat Sajat sampai PGA kenal hafal Muka Sajat
Quote cheergirlz 2-4-2021 11:18 AM
Laa... x dpt tngkap lg ke??
Quote Boomibulat 2-4-2021 11:20 AM
Klu dia dh bermisai bjambang mmg susah nak cam dah..
Quote Artemesiaa 2-4-2021 01:02 PM
Jalan tikus pun banyak tak hairan kalau boleh terlepas
Quote Mamajiyem 2-4-2021 01:42 PM
Apsal susah nak tgkap pondan Ni..biasa klu polis buat keje cepat je dah dpt suspek..
Quote kiah78 4-4-2021 10:42 AM
Kenapa susah sngat nak tangkap en. Sajat nie? Encik dimana encik? He he
Quote ReginaGeorge 4-4-2021 11:18 AM
Memang la susah nak tangkap dia. Dia kan dua alam.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top