Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Patah Dua Kaki, Lelaki Bersyukur Kawan Sejati Sanggup Dukung Bawa Jalan-jalan

1-4-2021 02:47 PM Komen: 12
Malang nasib jejaka dari Kelantan ini apabila kedua-dua kakinya patah akibat terjatuh ketika membaiki atap kediaman keluarga pada 25 Januari lalu.

Menurut Khairi Fikri Kamaruzaman, 24, dia kemudian menjalani pembedahan pada 25 Februari dan kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan harian.


Kredit foto: IG Khairi

Dalam duka yang melanda, dia yang mesra disapa Fikri menzahirkan rasa syukur apabila dikelilingi sahabat yang sangat baik dan sanggup melakukan apa sahaja untuknya.



"Saya jatuh ketika mahu tukar atap yang bocor. Keluarga minta saya tolong tukar. Perasaan sangat sedih sebab dah biasa berjalan dengan kaki, sekarang kena pakai kerusi roda.

"Dalam tempoh awal sakit, saya rasa tekanan. Macam-macam bermain di fikiran. Mujur ada sahabat saya, sanggup dukung dan usung saya untuk keluar jalan-jalan.

"Dia bawa saya ke pantai, pergi makan-makan dan menghadiri kenduri. Sebelum ini saya rasa down sebab terperap lama dalam bilik.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah rasa lega dan tenang sikit," ujarnya kepada mStar.



Jelas Fikri, dia dan sahabatnya yang dikenali sebagai Amin Baihaqi itu sudah mengenali antara satu sama lain sejak lima tahun lalu.

Selain Amin Baihaqi, Fikri turut menzahirkan rasa syukur atas kehadiran seorang lagi sahabatnya, Mohd Aidil Kamarudin yang banyak membantu dalam tempoh sukar itu.



"Ada seorang lagi kawan saya ni, balik kerja dia akan datang ke rumah saya. Dia tidur di rumah saya. Malam sebelum tidur dia akan buat susu. Esok sebelum pergi kerja dia kejutkan saya bangun solat Subuh.

"Saya terharu bila ada orang korban masa untuk jaga saya. Saya kongsi video di Instagram sebab nak tunjuk rasa terima kasih.

"Tak terbalas jasa budi mereka. Hanya Allah yang mengerti. Dalam 1,000 kawan, tak semuanya boleh digelar sahabat.

"Saya bersyukur dan reda. Allah uji saya begini, tapi Allah atur jalan yang cukup baik. Saya dikurniakan sahabat yang banyak memberi sokongan," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Fikri mendedahkan dia sudah bergelar anak yatim ketika berusia 14 hari dan kini tinggal bersama ibu dan neneknya.



"Saya menetap dengan keluarga, tapi saya anak yatim. Ayah sudah tiada. Saya hanya ada dua beradik dan kakak kini bekerja di Kuala Lumpur.

"Umi dah umur 59 tahun dan bekerja sebagai kerani. Nenek pula dah umur 83 tahun. Sementara waktu ni saya kena tutup kedai runcit saya sebab tiada orang nak uruskan.

"Harapan saya agar dapat sembuh segera. Dah terfikir, macam mana saya nak raya tahun ni. Bukan tak terima takdir, tapi sekadar fikir nasib diri," ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 25-4-2021 08:20 AM
watymuchaz replied at 5-4-2021 04:20 AM
Iols ingat dia kena cacat kekal ke apa. Patah je kan,cuma dah besar ni lambat sikit tulang nak elok. ...

X Missing him x

Bnyk naw huruf x dlm post ni

Lain-lain Komen

Quote sarah82 1-4-2021 02:59 PM
Jap.. Aku tak faham.. Kenapa kena dukung kalau dah ada wheelchair?
Quote CiliPadiSedap 1-4-2021 03:33 PM
jasa mak ayah lg besar.... sahabat silih datang berganti.. majoriti datang time duit penuh dan susut bila duit susut.
Quote cikpah27 1-4-2021 03:50 PM
sarah82 replied at 1-4-2021 02:59 PM
Jap.. Aku tak faham.. Kenapa kena dukung kalau dah ada wheelchair?

sebab nak buat video
Quote sarah82 1-4-2021 03:56 PM
cikpah27 replied at 1-4-2021 03:50 PM
sebab nak buat video

Hahahahaha... Tak terfikir tadi..
Quote giyomi 1-4-2021 07:40 PM
another rubbish story.
Quote Adrif 1-4-2021 11:36 PM
sarah82 replied at 1-4-2021 02:59 PM
Jap.. Aku tak faham.. Kenapa kena dukung kalau dah ada wheelchair?

ada tempat wheelchair tak accessible. jalan tak rata ke.. berpasir, berlumpur, berbatu.and dukung lagi cepat kalau dari kereta ke kerusi tu tak jauh.

nak pakai topang tangan tu, ada pesakit tak larat guna. boleh, tapi ada kesukaran sedikit.
sekian, adik yang pernah jaga abang patah kaki
Quote sarah82 2-4-2021 07:49 AM
Adrif replied at 1-4-2021 11:36 PM
ada tempat wheelchair tak accessible. jalan tak rata ke.. berpasir, berlumpur, berbatu.and dukung  ...

Tapi tempt yg dia dukung tu nampak ok saja..
Quote Adrif 2-4-2021 12:02 PM
sarah82 replied at 2-4-2021 07:49 AM
Tapi tempt yg dia dukung tu nampak ok saja..

nampak ok, tapi macam tanah berpasir sikit.
letak wheelchair, letak pesakit atas wheelchair. nanti berat tu akan membuatkan roda sedikit tenggelam dalam pasir, nak tolak susah. silap2 terlebih tolak, pesakit menyembah bumi
Quote sarah82 2-4-2021 12:04 PM
Adrif replied at 2-4-2021 12:02 PM
nampak ok, tapi macam tanah berpasir sikit.
letak wheelchair, letak pesakit atas wheelchair. nant ...

Patutnya letak saja papan.. Maaf la.. Aku rasa x sesuai didukung.. Sebab kesan pada pinggang dan tulang belakang kwn dia nanti..
Quote Artemesiaa 2-4-2021 12:37 PM
Syukurlah dia dapat kawan yang baik yang sudi membantu masa senang dan susah
Quote watymuchaz 5-4-2021 04:20 AM
Edited by watymuchaz at 5-4-2021 04:22 AM

Iols ingat dia kena cacat kekal ke apa. Patah je kan,cuma dah besar ni lambat sikit tulang nak elok. X Mcm bdk2 cepat sembuh kalo patah2 ni. X pe lah dik, nampak kawan boleh harap tu ssh senang. Teringat plak dulu2.. X bf.. Xcident patah tulang peha. Jln pon x elok lg. Gigih g dating kat klcc naik ktm.. Pakai tongkat.. Kalo zmn ni ada tik tok mgkn da viral
Quote supernaturalee 25-4-2021 08:20 AM
watymuchaz replied at 5-4-2021 04:20 AM
Iols ingat dia kena cacat kekal ke apa. Patah je kan,cuma dah besar ni lambat sikit tulang nak elok. ...

X Missing him x

Bnyk naw huruf x dlm post ni

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top