Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Insiden Terusan Suez Bukan Disebabkan Sumpahan Firaun

1-4-2021 11:46 AM Komen: 47

Sebilangan pengguna media sosial percaya bahawa insiden sebuah kapal kontena tersadai selama seminggu di Terusan Suez, Mesir pada minggu lalu berpunca daripada sumpahan Firaun, lapor Daily Star kelmarin.

Andaian tersebut dibuat susulan beberapa insiden pelik yang berlaku di Mesir sejak beberapa minggu yang lalu termasuk peristiwa kapal MV Ever Given tersadai sehingga mencetuskan panik dalam kalangan komuniti perniagaan global dan kemalangan kereta api yang mengorbankan 30 nyawa.

Orang ramai tampil dengan teori siri insiden malang tersebut disebabkan sumpahan Firaun, namun dakwaan itu disangkal oleh pakar sejarah Mesir, Zahi Hawass.


Kredit foto: Getty Images


Pada 3 April ini, acara dikenali sebagai Perarakan Emas Firaun akan menyaksikan 22 mumia termasuk Raja Ramses II, Raja Seknen Ra dan Raja Tuthmosis III, Permaisuri Hatshepsut dan Permaisuri Merit Amun akan dibawa dari Muzium Mesir di Tahrir menuju Muzium Nasional Tamadun Mesir.

Orang ramai percaya acara 40 minit itu telah membangunkan semula sumpahan kuno tersebut. Seorang pengguna Facebook di Mesir menulis satu kenyataan amaran berbunyi Kematian akan datang dengan cepat kepada mereka yang mengganggu ketenteraman Firaun.

Warga Mesir juga berkongsi amaran bencana kononnya akan berlaku, ada antaranya berbentuk gurauan tetapi ada juga yang serius.

Satu amaran tersebut bermaksud Final Destination 2021 : Sumpahan Firaun dan satu lagi menyatakan Tiga kejadian besar dalam tempoh seminggu. Sumpahan Firaun atau Mumia berlaku kepada sesiapa yang mengganggu Firaun.

Hawass bagaimanapun menolak dakwaan wujud sumpahan Firaun.

Seorang personaliti Mesir juga menafikan khabar angin tentang sumpahan kuno itu dan mendakwa bahawa Firaun telah memberitahunya secara peribadi bahawa mereka tidak marah dengan perarakan yang dijadualkan berlangsung lusa itu. 


Sumber: Kosmo


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
0
0
Komen: 47
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nad014 2-4-2021 08:42 AM
evlinne replied at 1-4-2021 10:35 PM
Mmg ada kajian saintis yg firaun dulu rupa depa mcm keturunan royal england tu pun kan?
Aiols ta ...

last tgk ustaz auni punya kupasan asal usul QE II

Lain-lain Komen

Quote kakikuDibibirmu 30-3-2021 11:52 PM
Mahafiraun tersenyum sinis
Quote matchstick 31-3-2021 12:04 AM
Sumpah ape nye..firaun pun tgh kena balun di alam barzakh
Quote sharlenetexas 31-3-2021 12:06 AM
matchstick replied at 31-3-2021 12:04 AM
Sumpah ape nye..firaun pun tgh kena balun di alam barzakh

Firaun meraung2 minta tolong.

Quote dani-rox 31-3-2021 12:35 AM
confirmation bias
Quote kelapaparut 31-3-2021 12:48 AM
sendiri negara x terurus rasuah sane sini , bgaduh sane sini still nak kate sumpahan Firaun..bangsa arab ni bangsa barbar la tgk negare arab yg xde minyak tu mmg hauk, elok lg turki walau xde minyak nmpk elok je negarenye
Quote dudaberhias 31-3-2021 12:51 AM
powernya pharaoh punya sumpahan...
uols semua tak percaya? cuba tengok xmen apocalypse...
en sabah nur boleh buat piramid tau...

lepastu dia ada beberapa lagi maskot kan...
Quote Dwdrum 31-3-2021 01:41 AM
Ramesses ll ada passport
Quote otai_g 31-3-2021 07:19 AM
Firaun batch mn? Firaun ada bnyk batch.
Quote fealefea 31-3-2021 07:41 AM
Strongnya jawline org dulu. Kalau hidup mesti cantik dan handsome.
Quote airmineral 31-3-2021 08:00 AM
ni level alam barzakh pulakkk
Quote saviour_09 31-3-2021 08:01 AM
sikit2 lembuminati, sikit2 sumpahan mahafiraun

Quote prizadane 31-3-2021 08:07 AM
nampak macam good looking Ramesses II ni. Maybe sebab tu lah dia bongkak. Tapi jadah sumpahan sumpahan ni.. pastu sumpahan tu terkena pada yang tak berdosa lak tu
Quote jazaa100 31-3-2021 09:34 AM
prizadane replied at 31-3-2021 08:07 AM
nampak macam good looking Ramesses II ni. Maybe sebab tu lah dia bongkak. Tapi jadah sumpahan sumpah ...

dia yg paling hensem kannn....tspi dia mati muda kannnn
Quote icelemontea 31-3-2021 09:38 AM
dudaberhias replied at 31-3-2021 12:51 AM
powernya pharaoh punya sumpahan...
uols semua tak percaya? cuba tengok xmen apocalypse...
en sabah ...

@dino salin kulit ke ni?
Quote dino 31-3-2021 09:46 AM
icelemontea replied at 31-3-2021 09:38 AM
@dino salin kulit ke ni?

wah lama tak nmpk haha
bukan la haha
Quote icelemontea 31-3-2021 09:54 AM
dino replied at 31-3-2021 09:46 AM
wah lama tak nmpk haha
bukan la haha

pekabar bro? aku masuk sini npk cepone bwk henbeg terus teringat hang
byk id baru, segan pulak nak join org2 muda borak, hang jer yg aku kenal sesama kertu
Quote Decaffeinated 31-3-2021 10:00 AM
Terlanjur percaya macam2 cerita pasal firaun setakat tambah satu episod apa lah sangat
Quote dino 31-3-2021 11:05 AM
icelemontea replied at 31-3-2021 09:54 AM
pekabar bro? aku masuk sini npk cepone bwk henbeg terus teringat hang
byk id baru, segan pu ...

semua baik2, geng2 otai dah pindah tmpt lain
tinggal la bbnu bulu 3 helai sembang kahkah
Quote lavendernovella 31-3-2021 04:33 PM
fealefea replied at 31-3-2021 07:41 AM
Strongnya jawline org dulu. Kalau hidup mesti cantik dan handsome.

Tengoi Ramses II ni. Memang hensem lawa , salah satu sebab jadi sombong melampaui batas .

Lihat semua komen(47)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top