Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Cinta Terhalang, Kereta Abang Kekasih Yang Dibakarnya!

1-4-2021 10:19 AM Komen: 14
Seorang lelaki bertindak membakar kereta abang teman wanitanya di Taman Menara Maju di sini pada Selasa, gara-gara dihalang untuk bercinta.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu disedari pengadu kira-kira jam 2.30 pagi selepas dimaklumkan jirannya bahawa suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios telah membakar kereta miliknya jenis Honda City.


Gambar hiasan

"Bertindak hasil laporan yang dibuat pengadu berusia 25 tahun itu, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 7 petang di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada hari yang sama.

"Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan kes tersebut kerana tidak berpuas hati dengan pengadu yang juga seorang jurutera.

Katanya, suspek mendakwa dirinya dihalang dan dimarahi oleh pengadu kerana bercinta dengan adik pengadu.

"Suspek juga mendakwa dia bukan diupah oleh mana-mana geng kongsi gelap dan tindakan membakar kereta itu hanya kerana tidak berpuas hati dengan pengadu," katanya.

Tambahnya, kes masih dalam siasatan dan suspek direman selama lima hari sehingga 3 April untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Vellfire 1-4-2021 09:43 PM
sebab tu tak restu.. lom kawen dah berani main bakar2 yer

Lain-lain Komen

Quote ReginaGeorge 31-3-2021 08:58 PM
Muda lagi budak ni. Nasib baik cinta dihalang. Nanti dia marah gf dia, dia bakar pula.
Quote Belibis 31-3-2021 09:07 PM
Klang...bakar..agak2 bangsa mana?
Quote sarah82 31-3-2021 09:12 PM
Belibis replied at 31-3-2021 09:07 PM
Klang...bakar..agak2 bangsa mana?

Tolong jangan rasis.. Nanti ada menyalak ok.. Muahahha
Quote Belibis 31-3-2021 11:38 PM
sarah82 replied at 31-3-2021 09:12 PM
Tolong jangan rasis.. Nanti ada menyalak ok.. Muahahha

Saya tak sebut pun nama keling.tak boleh ehh?
Quote Cocoais 31-3-2021 11:43 PM
Ada lah sebab tu kenapa abang dia tak berkenan ke kamu..
Quote sarah82 31-3-2021 11:48 PM
Belibis replied at 31-3-2021 11:38 PM
Saya tak sebut pun nama keling.tak boleh ehh?

Tak boleh ok.. Kalau ang kutuk Melayu saja x rasis tau
Quote CaqJora 1-4-2021 11:19 AM
Dah tu g bako keta abg GF tu dia ingat family tu nk terima dia ke... Hahaha
Quote tipah89 1-4-2021 12:25 PM
belum da bakor keta, kalau da dapat tu, awek buat hal xmemasal awek tu kena bakar.
Quote Artemesiaa 1-4-2021 12:29 PM
Kerja sia2 tambah masaalah bukan selesaikan masaalah
Quote jazaa100 1-4-2021 01:13 PM
Belibis replied at 31-3-2021 09:07 PM
Klang...bakar..agak2 bangsa mana?

bangsa loceng......

#tanakhilang98
Quote jazaa100 1-4-2021 01:14 PM
Belibis replied at 31-3-2021 11:38 PM
Saya tak sebut pun nama keling.tak boleh ehh?

apa pulak kau tak sebut nama keling....tu ada sebut keling tu....

aku ingatkn kau je jgn sebut keling....
Quote Adrif 1-4-2021 01:43 PM
patut la abangnye tak restu.. gini perangai
bahaya buat family
Quote kualibesi 1-4-2021 01:46 PM
eee kalau gini perangai, pastu kahwin,, ak rasa lunyai bini kena kerjakan...
Quote Vellfire 1-4-2021 09:43 PM
sebab tu tak restu.. lom kawen dah berani main bakar2 yer

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top