Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Jadi Penyampai Radio, Tak Mungkin Pelawak Tutup Pintu Rezeki Orang" - Ajak

31-3-2021 01:53 PM| Komen: 20

Pelawak dan penyampai radio, Ajak mengakui berasa sangat bersyukur kerana sehingga kini kerjayanya sebagai seorang penyampai masih lagi mendapat tempat di hati para pendengar.

Pada masa sama, Ajak turut menyangkal dakwaan segelinitir pihak yang merasakan kehadiran pelawak-pelawak sebagai penyampai radio hanya akan menutup pintu rezeki orang lain.


Kredit foto: IG Ajak

Jelas Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, tidak kiralah apa pekerjaan anda sebelum ini, sekiranya anda berbakat dan memiliki kritiria-kritiria yang ditetapkan, anda sebenarnya layak untuk menjadi seorang penyampai radio.

“Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu bagaimana penerimaan orang terhadap lawak-lawak saya. Buat masa sekarang Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya belum lagi terima komen-komen negatif.

“Cuma kalau nak katakan pelawak-pelawak yang jadi penyampai radio ni sebagai menutup rezeki orang lain, saya rasa tak mungkin.

“Sekali lagi saya ingatkan di sini, tak kisahlah apapun profession anda, kalau dia seorang postman pun dan dia berbakat, saya rasa dia layak untuk jadi penyampai radio,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut mendedahkan sesiapa sahaja yang ingin menjadi penyampai radio harus menjalani sesi ujibakat terlebih dahulu dan prosesnya tidaklah semudah seperti yang disangka.


Kredit foto: IG Ajak

“Kita tak boleh nak menafikan bakat-bakat orang lain. Sebenarnya, nak jadi penyampai radio ini dia terbuka kepada semua. Boleh jadi anda seorang pelakon atau pengacara tapi dia kena lepas la dulu sesi ujibakat.

“Nak jadi penyampai radio kena jalani uji bakat juga. Tak boleh nak serkap jarang je. Prosesnya pun susah kerana kita kena tahu cara berkominikasi dengan betul dan peka dengan situasi semasa.

“Saya sebenarnya tiadalah belajar pandai sangat pun cuma cara saya bercakap tu yang buat stesen radio terima. Alhamdulillah saya masih lagi di sisi.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong. Kadang-kadang saya pun gelak sendiri juga,” jelasnya lagi.

Selain Ajak, Team Pagi Suria yang ke udara bermula jam 6.00 hingga 10.00 pagi turut menampilkan dua penyampai lainnya iaitu Issey dan Fizi Ali.


Sumber: Media Hiburan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 20
Komen

Previous : Tak Mamah Dek Usia, Nasha Aziz Tetap Unggul!

Next       : Kamal, Uqasha Rancang Majlis Nikah Di Pusat Peranginan Tanah Tinggi Terkemuka

Komen Terbaru

Quote Cocoais 1-4-2021 12:53 AM
Ok je ajak ni..lawak2 pun banyak nasihat..takde lah lawak bodoh sangat

Lain-lain Komen

Quote belacan_gurl 31-3-2021 02:08 PM
Ajak nih aku rasa jenis fokus dgn kerja...kalo dia kerja ala2 kawan baik dia sorg tu....mst skrg xde dah muncul...Dan dia gak mgkn xde buat masalah... cth mai keja lambat ke ...sbb tu sampai skrg masih jadi dj dah rezeki dia jadi dj...btoi x
Quote user.name 31-3-2021 02:16 PM
masalahnya pelawak2 yang banyak jadi dj ni ada bakat ke? bakat buat lawak bodoh ado lah
Quote kechikchomel 31-3-2021 02:22 PM
iolss suka dia masa kat hotfm dulu. masa dia resign dari hotfm dulu iolss rasa sayangnyaaaaa lahaiii.
tapi sekarang dia kat suria, takde lak iolss nak tukar channel dengar suria.
Quote gigahertz 31-3-2021 02:23 PM
belacan_gurl: Ajak nih aku rasa jenis fokus dgn kerja...kalo dia kerja ala2 kawan baik dia sorg tu....mst skrg xde dah muncul...Dan dia gak mgkn xde buat masalah... ...

kalau dia sesorang diri ok je.
kalau dia united yg x boleh
Quote Johi 31-3-2021 02:25 PM
Ok je dia  Ni,seiras rupa dgn gaya percakapan  
dgn  ogm.g shock yg biasa jual live di fb,walau aku tak beli g shock biasa tenggok live dia
Quote kikuri 31-3-2021 02:28 PM
ok je ajak kat suria pagi... ngam la dengan fizi n issey tu... walopon iols kekadang cannot go dengan lawak issey... tapi masih boleh dengar suria pagi
Quote 3480 31-3-2021 02:52 PM
Dia jenis Marhain biasa rasanya.. pg kja blk kja.. jd retis time atas Stage jah..
Maybe tpengaruh dgn bini dia kot.. cgu kan.. p kja blk kja.. bkn org glemer pon
Quote dudaberhias 31-3-2021 02:55 PM
dia ok je tak se annoying pelawak lain bila jadi dj radio...
cumanya dia takde la lawak mana koh koh koh....

radio pun memang dah yesteryears... taktau la macam mana boleh hidup lagi...
semuanya sebab kereta sekarang dah ada bluetooth, sync dengan spotify je dekat phone. yang dengar pun time drive je... kalau tak drive haram nak dengar...
Quote chinta89 31-3-2021 04:15 PM
tak merujuk kp dia nih tp kalau pelawak pakat jd dj radio, mana rezeki org lain utk jd dj? nk suruh org dj jd penjual nasik lemak ke?
Quote che-cikL 31-3-2021 04:53 PM
Dia bekas navy kan, jadi blh agak dia ada disiplin kerja yg tinggi.
Quote rezaremy 31-3-2021 05:14 PM
kikuri replied at 31-3-2021 02:28 PM
ok je ajak kat suria pagi... ngam la dengan fizi n issey tu... walopon iols kekadang cannot go denga ...

issey nie rasa dier paling best kottt...padahalll
Quote Budakmomok 31-3-2021 05:46 PM
Sejak hot fm ambik riena diana jd DJ. X minat dengar hot fm. Dh kenapa asik buli Mark Adam je. Macam x hormat. So terjumpa radio baru, Rakita. Ok la pagi xde celoteh hingar bingar DJ gelak sesama sendiri. Segmen pagi xde DJ, lagu sahaja. Ala2 dengar spotify
Quote SweetRehan 31-3-2021 05:49 PM
Ok je Ajak ni jd Dj kt suria pagi tu...layan la jgk time drive nk g keroje ..
Quote Coklatpanas 31-3-2021 07:35 PM
Budakmomok replied at 31-3-2021 05:46 PM
Sejak hot fm ambik riena diana jd DJ. X minat dengar hot fm. Dh kenapa asik buli Mark Adam je. Macam ...

Camane nk cari rakita tu?
Quote swimswim 31-3-2021 07:40 PM
Ok dia ni. Bersopan. Ckp pun x rasa annoying
Quote Budakmomok 31-3-2021 09:00 PM
Coklatpanas replied at 31-3-2021 07:35 PM
Camane nk cari rakita tu?

107.9 FM. Boleh layan, x de dengar suara DJ mengilai2
Quote Mary_jane 31-3-2021 10:06 PM
Sayang2 semua okay je dengan ajak. Banding dengan hotfm, sejak ada dj baru dengan pelat, bingit, lawak loading, pakej lengkap. Awal pagi kot.
Quote Bergosip 31-3-2021 10:13 PM
Kalau Ajak, iols okay je dia jadi penyampai radio. suara dia pon memang sesuai untuk jadi penyampai radio. Tak buat lawak bodoh. Okaylah tu

Quote Wimoon 1-4-2021 12:49 AM
Okay je ajak jd dj.. Aku rasa dj pg suria fm best je dengar dr radio lain..still ade info berguna walaupun kdg menyampah dgn Issey yg acah semua benda dia bagus.
Aku boikot terus radio era semenjak aku dengar Johan buat lawak bangang yg tak lawak langsung dgn atlet msia masa dorang on call atlet tu.dah lah atlet tu non malay bila dia tanya soalan bangang yg kononnya lawak sambil gelak atlet tu mcm blur nak jwb. So rude!

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top