CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tak Mudah Bawa Watak Berhijab, Tudung Marsha Habis Senget Masa Berlakon

30-3-2021 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5408| Komen: 25

Description: Bukan tidak pernah membawa watak wanita berhijab, namun, penangan karakter Nurul Huda dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa, sungguh mencabar Marsha Milan.
Bukan tidak pernah membawa watak wanita berhijab, namun, penangan karakter Nurul Huda dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa, sungguh mencabar Marsha Milan.

Marsha mengaku sukar membawa watak antagonis dalam karakter Nurul Huda yang memiliki sisi gelap di sebalik kesopanan dan keayuannya.


Foto: IG

"Watak bertudung kali ini sangat mendebarkan. Nurul tampak ayu, ibarat pijak semut pun tak mati... Tutur kata sopan dan lembut.

"Daripada segi tingkah laku, Nurul bukan jahat atau kurang ajar. Namun, sisi jahat ditonjolkan daripada riak muka dan pembawaan diri.

"Jadi, saya menanti dalam debaran reaksi penonton terhadap lakonan saya. Andai dikecam, saya harap watak ini sampai ke hati mereka," katanya kepada BH Online.



Drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang diadaptasikan daripada novel nukilan Siti Rosmizah dengan judul sama, disiarkan slot Megadrama di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Selain Marsha, drama arahan Along Kamaludin turut dibintangi Shukri Yahaya, Aida Khalidah, Uqasha Senrose, Noorkhiriah dan ramai lagi.

Drama ini turut menampilkan lagu istimewa bertajuk Rindu Separuh Nyawa nyanyian Vanessa Reynauld dan Naqiu sebagai runut bunyi.




Mengaku dirinya 'hyper', Marsha sukar mengekalkan kemasan tudung sepanjang berada di lokasi penggambaran.

"Akhirnya kedudukan tudung jadi senget atau jatuh. Mungkin saya belum berhijab, jadi agak sukar membiasakan diri untuk tampak kemas sentiasa," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 30-3-2021 12:56 PM
tengok gakla citer ni bila bosan malam2 lepas settle keje2 rumah...
mcm ok skript dia berat.. bukan pendek2 mcm org malas hafal dialog..
Quote LadyCarefree 30-3-2021 01:03 PM
1st time berlakon ke? Overkayu
Quote mrsbale 30-3-2021 01:12 PM
Untung la tudung senget pun comey lg
Quote doridori_hi 30-3-2021 01:28 PM
Senget pun , tudung still cantik, corak rimau
Quote 3chanceno 30-3-2021 01:29 PM
AshkieLa replied at 30-3-2021 12:56 PM
tengok gakla citer ni bila bosan malam2 lepas settle keje2 rumah...
mcm ok skript dia berat.. bukan ...

Jujurnya sis nonton drama ini bila bosan
Quote mieymiey 30-3-2021 01:59 PM
Practise makes perfect sis.
Quote delia3003 30-3-2021 02:13 PM
Tudung tu kalau dia kelepet elok2 baru nampak kemas sikit. Tudung dah lawa pun
Quote Perawankota 30-3-2021 07:34 PM
AshkieLa replied at 30-3-2021 12:56 PM
tengok gakla citer ni bila bosan malam2 lepas settle keje2 rumah...
mcm ok skript dia berat.. bukan ...

Along kamaluddin kan.. Mmg skrip dia berat.. Dengar2 sapa berlakon bawah dia mmg kena hafal betul2 skrip tu. Tak leh skip ye..
Quote shiraloveyou 30-3-2021 10:28 PM
Memula layan drama ni sbb ade shukri yahaya je..tp bila dh layan drama ni best jugak uqasha, fizo dgn marsha berlakon.....marsha nmpak lemah lembut je dlm cerita ni...uqasha pun not bad lakonan dia...kemain gigih goda si shukri tu
Quote gekkou 30-3-2021 11:08 PM
barulah real tudung senget benget
Quote AshkieLa 31-3-2021 08:00 AM
Perawankota replied at 30-3-2021 07:34 PM
Along kamaluddin kan.. Mmg skrip dia berat.. Dengar2 sapa berlakon bawah dia mmg kena hafal betul2 ...

ohh bukan skript si penulis novel siti rosmizah?
Quote irsa 31-3-2021 08:04 AM
Tgk iklan aje cerita ni. Belom ada kesempatan utk layan. Tunggu Ramadan nanti kot ada masa terluang boleh maraton
Quote Perawankota 31-3-2021 10:48 PM
AshkieLa replied at 31-3-2021 08:00 AM
ohh bukan skript si penulis novel siti rosmizah?

Skrip mmglah siti rosmizah.. Tapi knowing Along Kamaluddin, sapa yg berlakon dgn dia mmg kena hafal sebijik ikut skrip.. Tapi tak tau lah klu sekarang dh lain..
Quote Cece1234 31-3-2021 11:37 PM
Brape umur dia ni ek..
Quote babycc 31-3-2021 11:41 PM

Die lahir 1985.. 36 la thn ni.. ok die berlakon.. tudung sengey2 sket tu biasa.. dr dulu mmg suka tgk die berlakon..
Quote fazila17 31-3-2021 11:50 PM
Rekod dan tengok gak la citer ni. Tapi tengok scene yang Ada shukri dan uqasha jer. Yang lain skip je sbb malas nak tgk lama2
Quote Joysparta 31-3-2021 11:51 PM
Takkan xde stylist kat set?
Quote ina_na 31-3-2021 11:59 PM
Perawankota replied at 31-3-2021 10:48 PM
Skrip mmglah siti rosmizah.. Tapi knowing Along Kamaluddin, sapa yg berlakon dgn dia mmg kena hafa ...

Rsnye sama je kalo Along yg jd pengarah nye.. Sll citer best tp tu la.. Mls nk tgk.. Mls nk sangkut.. Jd kul 10 naik bilik tido kan anak2 walaupun cuti sklh skrg ni
Quote shiraloveyou 1-4-2021 12:46 AM
Edited by shiraloveyou at 1-4-2021 12:48 AM
fazila17 replied at 31-3-2021 11:50 PM
Rekod dan tengok gak la citer ni. Tapi tengok scene yang Ada shukri dan uqasha jer. Yang lain skip j ...


sama la iolssss..tengok yg ade shukri dgn uqasha jah .scene lain fast foward...

P/s: kat bod drama xde sape ke yg nak bukak benang drama ni?konfius dgn jalan cerita...kot2 ade porumer dah layan novel, boleh share jln citernak beli novel tp novel tebal..x rajin nk baca

Lihat semua komen(25)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2022 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.077026 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top