CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Zahirah Macwilson Dah Tak Ada Masa Untuk Diri Sendiri, Semuanya Hanya Fasal Anak

30-3-2021 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6706| Komen: 47

Description: Pelakon, Zahirah MacWilson berkongsi pengalaman bergelar ibu setelah selamat melahirkan anak pertamanya, Isaac Raees pada 8 Januari lalu.
Pelakon, Zahirah MacWilson berkongsi pengalaman bergelar ibu setelah selamat melahirkan anak pertamanya, Isaac Raees pada 8 Januari lalu.

Aktres berusia 26 tahun ini memaklumkan mahu memberikan tumpuan dan keutamaan kepada anak sulungnya itu, buat masa ini.


Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza ini tetap akan meneruskan kerjaya seni sebagai seorang pelakon apabila waktunya sesuai.

Foto: IG

“Sejujurnya sekarang saya dah tak ada masa untuk diri saya sendiri. Kini semuanya hanya fasal anak. Saya rasa itu satu perkara yang normal, lebih-lebih lagi ketika peringkat permulaan sebagai ibu untuk menyesuaikan diri.

“Apapun, saya sangat gembira menikmati momen sebagai ibu dan macam sekarang, saya memang nak beri tumpuan sepenuhnya kepada anak saya pada waktu ini.


“Meski saya kini memberi tumpuan yang lebih kepada anak, saya tetap akan fokus kepada kerjaya seni apa bila semuanya sudah okay nanti,” katanya.




Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 27 tahun ini juga telah merancang untuk pulang ke tanah air.

Zahirah berkongsi ceritanya itu menerusi satu sidang media filem Bulan Dan Pria Terhebat yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Selain Zahirah, filem tersebut turut dibintangi barisan pelakon hebat lainnya seperti Maya Karin, Zizan Razak, Bell Ngasri, Khir Rahman dan ramai lagi.




Bulan Dan Pria Bintang telah disiarkan secara eksklusif di saluran Astro First bermula 11 Mac lalu.

Untuk rekod, Zahirah telah mendirikan rumah tangga bersama Aiman pada tanggal 20 Februari 2020. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 30-3-2021 12:06 PM
Muka bapak sgt rayizz ni.. Comeyy
Quote irvene 30-3-2021 12:31 PM
lantak ko lah! kisah plak aku!
aku komen sebab nak kutip kacang je
Quote misscougar 30-3-2021 12:36 PM
Tahniah.. comel baby isaac
Quote awenda507 30-3-2021 12:41 PM
Biasa la bila dh ade anak ni mmg lebihkan anak je
Quote Masukkeluar 30-3-2021 12:46 PM
anak dia muka matang, bkn muka typical baby yg cute..
Quote mieymiey 30-3-2021 01:42 PM
Oooo rupanya ZAH Isaac Raees Aiman Hakim = ZAHIRAH
Quote LadyCarefree 30-3-2021 01:50 PM
irvene replied at 30-3-2021 11:31 AM
lantak ko lah! kisah plak aku!
aku komen sebab nak kutip kacang je

Hehe pandai hang kotip kacang
Quote cempakaa 30-3-2021 02:05 PM
comel baby isaac
Quote Nana_Man 30-3-2021 02:26 PM
Masukkeluar replied at 30-3-2021 12:46 PM
anak dia muka matang, bkn muka typical baby yg cute..

Muka gitu bila dah besar mesti handsome
Quote roserouen 30-3-2021 03:42 PM
Comel anaknyaa
Quote yunayuni 30-3-2021 04:12 PM
Comel baby zahirah..aku pun nk kutipan jgk..
Quote makadek 30-3-2021 04:14 PM
Cntik body sheoll .....
Quote cikenit2007 30-3-2021 04:32 PM
Baby beliau muka matured...
Quote Vignette 30-3-2021 04:36 PM
Agak agak bila besar nanti ada iras muka daler atau afgan tak. Dimple tu yang mahal
Quote Nenasketum 30-3-2021 04:43 PM
Bakal sendu kah mereka ini?
Quote Masukkeluar 30-3-2021 04:45 PM
diorg dh sampai malaysia kan? tgk kt ig neneknya dk rindu rinduan pada cucu. tapi bagus la diam diam je diorg balik sini tak update ig..takut kena kecam dgn netz..
Quote addved 30-3-2021 04:52 PM
Biasala tu, all mothers hardly have time for themselves duhhhhhhh
Quote apedehal 30-3-2021 04:56 PM
Mak2 mcm tu la jahirah..nak2 ank first..tp aku still xleh move tgk ank dia ni tingat aku bdak yg blakon cite suami, isteri & ...
Quote bulalof 30-3-2021 05:00 PM
hallahh... hallahh... org lain pun sibuk jaga anak2 jugak. lebih mencabar dr keluarga B40.

takyah nak cerita sgt 'hebat' nya busy kamu tu jaga anak.

Lihat semua komen(47)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2022 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069303 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top