CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ayu Ting Ting tidak pernah makan tempe

30-3-2021 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1319| Komen: 7|Original author: Raline

Description: JAKARTA – Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting kelmarin mendedahkan bahawa dia tidak pernah makan tempe seumur hidupnya, lapor laman berita ...



JAKARTA – Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting kelmarin mendedahkan bahawa dia tidak pernah makan tempe seumur hidupnya, lapor laman berita Suara Banten hari ini.

Pengakuannya dalam satu video yang tular itu mendapat kecaman daripada netizen kerana tempe merupakan makanan kebiasaan orang Indonesia.

Ayu menerusi saluran Youtube Lucinta Luna berkata, dia tidak biasa memakan tempe kerana tidak pernah diajar makan makanan itu oleh ibu bapanya sejak kecil.

“Sejak dulu saya takut untuk makan tempe dan memang tidak gemarkannya.

“Bukan mengada-ngada, sebaliknya ayah tidak pernah memberi saya makan tempe ketika kecil.

“Jadi, jika ada orang yang memberi saya tempe, saya pasti tidak akan memakannya,” ujar Ayu.

Bagaimanapun, pelantun lagu Alamat Palsu itu baru-baru ini mencuba tempe goreng celup tepung yang dibuat oleh ayahnya sendiri dan mula sedar bahawa anggapannya selama ini meleset sama sekali.

“Selama ini, saya melihat tempe yang digoreng tanpa ada tepung. Ternyata, apabila mencuba tempe yang digoreng dengan tepung ini, rasanya enak sekali,” jelasnya.

Sejak itu, Ayu mula menyukai makanan itu namun hanya memakan tempe yang digoreng dengan tepung. – Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 28-3-2021 10:59 PM
[youtube]Q1Kxu9Xl5Ss[/youtube]


eeewwaaahhhhhh goyang yuk...
Quote sharlenetexas 29-3-2021 12:10 AM
Bestnya kerepek tempe.

Quote Perawankota 30-3-2021 07:45 PM
Jarsng mkn tempe.. Tapi sekali sekala dpt mkn sedap gak.. Lagi2 yg hiris nipis2 tu
Quote Raline 30-3-2021 08:28 PM
Perawankota replied at 30-3-2021 07:45 PM
Jarsng mkn tempe.. Tapi sekali sekala dpt mkn sedap gak.. Lagi2 yg hiris nipis2 tu

tebal2 la sedap

Quote Kakasinci 30-3-2021 11:21 PM
Sambal goreng jawa.. Favourite!!
Quote Lylyna 31-3-2021 12:05 AM
Jadi adakah saya perlu gelabah tek? {:question{:question
Quote Perawankota 31-3-2021 03:42 AM
Raline replied at 30-3-2021 08:28 PM
tebal2 la sedap

Yg nipis dia crunchy2 sikit... Yg tebal x biasa mkn..

Lihat semua komen(7)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-1-2022 03:54 PM GMT+8 , Processed in 3.378239 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top