CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tampil Dengan Sophia Liana, Wany Hasrita Harap Peminat Terima Lagu Rap

30-3-2021 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1649| Komen: 6

Description: Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), Wany Hasrita bakal tampil dengan buah tangan terbaharu, lagu bergenre rap yang bakal dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun i ...
Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), Wany Hasrita bakal tampil dengan buah tangan terbaharu, lagu bergenre rap yang bakal dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Menurut Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, dia mahu bereksperimen dalam mempelbagaikan genre lagu agar peminat tidak berasa bosan dengan seleksi lagu yang dibawakannya.


Kredit foto: IG Wany/Sophia

"Saya sangat terbuka untuk bereksperimental dan saya rasa peminat nak saya bawakan lagu yang catchy sekarang ni seperti lagu Canggung dan Belenggu Rindu.

"Mungkin lagu-lagu macam itu lebih sesuai dengan suara saya. Ia sebenarnya bagus untuk profil kerjaya saya jika saya terus mencuba pelbagai lagi genre lagu-lagu yang ada di pasaran.

"Selepas ini saya akan lancarkan lagu kolaborasi dengan penyanyi rap wanita, Sophia Liana daripada kumpulan De Fam berjudul Pedas. Lagu ini akan dilancarkan selepas sambutan hari raya tahun ini," katanya kepada mStar.


Berkongsi lebih lanjut mengenai single terbaharunya itu, Wany pada mulanya berkata dia ingin bekerjasama dengan penyanyi rap Loca B namun tiada rezeki untuk mereka berkolaborasi kali ini.

"Sepatutnya saya berkolaborasi dengan Loca B untuk Pedas tapi tiada rezeki untuk kali ini dan digantikan dengan Sophia Liana.

"Bahagian rap dalam lagu ini akan dinyanyikan oleh Sophia dan saya berharap kelainan yang saya cuba bawakan ini dapat diterima baik oleh peminat," katanya.

Wany menjelaskan lagu Pedas mengisahkan tentang kaum lelaki yang sering kali memandang rendah terhadap golongan wanita yang dianggap lemah oleh mereka.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 30-3-2021 11:29 AM
Dah 29 dah dia ingtkan baru 26 thn
Quote mamajawie 30-3-2021 11:54 AM
September14 replied at 30-3-2021 11:29 AM
Dah 29 dah dia ingtkan baru 26 thn

Xbrape nak bbnu la sbab aku pun umo bru 31..adakah aku pun digelar bbnu gak?ehehehhehehe
Quote lattehazelnut 30-3-2021 06:35 PM
Ok je dua2 loca b or sophia.. dua2 boleh nyanyi n rap.. yg xbole nyanyi cipmunk je..
Quote chinta89 31-3-2021 03:44 PM
lattehazelnut replied at 30-3-2021 06:35 PM
Ok je dua2 loca b or sophia.. dua2 boleh nyanyi n rap.. yg xbole nyanyi cipmunk je..

dalam x leh nyanyi ntah mcmna masuk jgk AJL euwwww taraf tu je ajl hisssssssssss
Quote nonierahman 16-5-2021 09:11 PM
Tak boleh terima la
Quote eely_shana 16-5-2021 09:13 PM
Wow. Nak kena dengar ni

Lihat semua komen(6)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-1-2022 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.200131 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top