Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ludah, Tampar Dan Cekik Isteri Lambat Masak Rendang

29-3-2021 01:55 PM Komen: 81
Seorang suami tergamak meludah, menampar dan mahu mencekik isterinya hanya kerana lewat memasak rendang ayam yang dimintanya.

Kejadian tersebut berlaku pada 21 Mac lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di rumah pasangan tersebut di Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada mulanya berlaku pertengkaran di antara mangsa yang berusia 66 tahun dan suaminya, 67 tahun.


Gambar hiasan/Daily Makan

Punca pertengkaran adalah kerana suspek berang dengan isterinya yang lewat memasak rendang ayam yang diminta.

Semasa pertengkaran berlaku, mangsa telah ditampar di pipi. Suspek juga telah duduk di atas badan mangsa dan meludah muka mangsa.

Suspek turut mahu mencekik mangsa namun telah dilawan dan terjadi pergelutan hingga jatuh dari katil, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, akibat pergelutan itu, mangsa telah mengalami sakit pada badan dan mempunyai kesan lebam di bahagian kanan dagu.

Dalam pada itu, ujarnya, suspek menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kecing manis serta memerlukan suntikan insulin sebanyak empat kali sehari.

Mangsa tinggal bersama suspek dan juga ibu suspek yang lumpuh, berusia 86 tahun di rumah yang sama, katanya.

Tambahnya, suasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. 


Sumber: Suara Merdeka

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 81
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote watymuchaz 30-3-2021 10:57 PM
Tapi byk kes2 mcm ni, nnt isteri tarik balik repot. Kdg io pon malas nk layan kes rumahtangga ni.

Lain-lain Komen

Quote burque 28-3-2021 07:13 PM
Pocik udah-udahle makan sedap.  Dah 3 serangkai hadap lagi rendang ayam

Mocik sila cerai.. Idakle nanti jodoh sampai ke jannah
Quote sarah82 28-3-2021 07:17 PM
Org tua2 mmg baran segelintir tu
Quote Friska 28-3-2021 07:25 PM
Orang yang menderita hipertensi, jantungan dan diabetes tipe 1 gampang sekali emosi, senangnya marah-marah, persis perilaku madu saya.
Quote lavendernovella 28-3-2021 07:27 PM
Ompek kali suntik insulin...  
Quote Dwdrum 28-3-2021 07:33 PM
Pocit ber nasib baik makcik nasih tolong mil bedridden dan husband sakit... Dasar lelaki jenis tidak berguna  
Quote noor2 28-3-2021 07:35 PM
Friska replied at 28-3-2021 07:25 PM
Orang yang menderita hipertensi, jantungan dan diabetes tipe 1 gampang sekali emosi, senangnya marah ...

Amboi mbak Friska...mengutuk madu...hehe
Quote nurul_akmar 28-3-2021 07:37 PM
Makcik, tinggalkan je la pakcik tu.. buat penat badan je.. dh la org x hargai.. siap kena pukul.. kena ludah lagi..baik sayangi diri sendiri..
Quote MsKathryn 28-3-2021 07:38 PM
Dh tua pun masih panas baran
Quote msel 28-3-2021 07:39 PM
Baru je tadi jadi depan mata masa beratur nak bayar barang. Sepasang suami isteri beratur belakang aku, si isteri nak angkat barang letak atas kaunter kebetulan kaunter bergerak tu basah sebab orang depan beli lauk pauk kan, tiba2si suami jerkah si isteri, tak nampak ke basah tu, kau ni bodoh ke apa?!! Terkejut aku. Si isteri xjadi letak brg2 tu sambil muka masam tahan malu, boleh nampak walaupun pakai mask. Kesian plak.
Quote mrsbale 28-3-2021 07:42 PM
msel replied at 28-3-2021 07:39 PM
Baru je tadi jadi depan mata masa beratur nak bayar barang. Sepasang suami isteri beratur belakang a ...


Wonder macammana la kat umah dgn anak2nye lagi kalau kat public pun mcmtu.
Quote msel 28-3-2021 07:54 PM
mrsbale replied at 28-3-2021 07:42 PM
Wonder macammana la kat umah dgn anak2nye lagi kalau kat public pun mcmtu.

Itulah kan. Cover la sikit nak marah ke apa. Public kot. Tapi benda remeh mcm tu pun nak marah sampai memalukan.
Quote chandrahusin 28-3-2021 08:02 PM
.. memerlukan 4 suntikan insulin sehari
Terlepas insulin la ni
Hipo - tu yg boleh sawan baran

Untuk pesakit yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku akibat ubat-ubatan kencing manis seperti insulin atau sulfonilurea. Untuk individu yang tidak menghidapi kencing manis, hipoglisemia merujuk kepada tahap gula yang rendah hingga menimbulkan tanda dan simptom kepada individu tersebut.
Quote notM 28-3-2021 08:04 PM
nurul_akmar replied at 28-3-2021 07:37 PM
Makcik, tinggalkan je la pakcik tu.. buat penat badan je.. dh la org x hargai.. siap kena pukul.. ke ...

Sabar sikit je...insyaAllah dapat harta pusaka....tapi kalau suami dah ke dalam...lagi senang...xda siapa nak suntik insulin dia
Quote Friska 28-3-2021 08:34 PM
chandrahusin replied at 28-3-2021 08:02 PM
.. memerlukan 4 suntikan insulin sehari
Terlepas insulin la ni
Hipo - tu yg boleh sawan baran

Ternyata Kakak benar.

Symptoms of a low blood sugar level

A low blood sugar level can affect everyone differently. You'll learn how it makes you feel, although your symptoms may change over time.

Early signs of a low blood sugar level include:

1. sweating
2. feeling tired
3. dizziness
4. feeling hungry
5. tingling lips
6. feeling shaky or trembling
7. a fast or pounding heartbeat (palpitations)
8. becoming easily irritated, tearful, anxious or moody
9. turning pale

Quote Friska 28-3-2021 08:39 PM
noor2 replied at 28-3-2021 07:35 PM
Amboi mbak Friska...mengutuk madu...hehe

Bukan mengutuk Kakak, tetapi orang keliling pada cape menguruskan emosi penderita sakit kronis seperti ini.

Ternyata memang kurang gula bisa jadi hobi marah-marah Kakak. Kalau aslinya sudah gampang marah-marah, plus sakit kronis seperti ini, ledakan emosi bisa kayak Gunung Merapi Kakak. Anak-anak sendiri sudah pada menyerah.

Symptoms of a low blood sugar level

A low blood sugar level can affect everyone differently. You'll learn how it makes you feel, although your symptoms may change over time.

Early signs of a low blood sugar level include:

1. sweating
2. feeling tired
3. dizziness
4. feeling hungry
5. tingling lips
6. feeling shaky or trembling
7. a fast or pounding heartbeat (palpitations)
8. becoming easily irritated, tearful, anxious or moody
9. turning pale

Quote noor2 28-3-2021 08:41 PM
Friska replied at 28-3-2021 08:39 PM
Bukan mengutuk Kakak, tetapi orang keliling pada cape menguruskan emosi penderita sakit kronis sep ...

Good info...cane nk tahu kita kurang gula dlm darah... gula tinggi pun bahaya juga
Quote noor2 28-3-2021 08:42 PM
Friska replied at 28-3-2021 08:39 PM
Bukan mengutuk Kakak, tetapi orang keliling pada cape menguruskan emosi penderita sakit kronis sep ...

Oh ya...nasib x pernah rasa pening...pucat atau lapar...dan x de juga jantung beat fast....

Thks info
Quote kiah78 28-3-2021 08:43 PM
Sedih kalau anak2 nya tahu. Dah tua dah pasangan. Kesian isteri ... Lama berbakti
Quote kaedahnya 28-3-2021 08:50 PM
Dapat Bini baik memangla sesuka hati nak pukul. Orang macam ni kalau dapat Bini jenih baling periuk belanga bila bergaduh baru sepadan.

Lihat semua komen(81)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top