Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Suami Suruh Update Media Sosial Supaya Tak Dilupai Peminat, Industri - Izara

26-3-2021 12:14 PM| Komen: 40

Sejak bergelar ibu kepada Irisa Alaia yang kini berusia 11 bulan, pelakon Izara Aishah, 29, mendedahkan dia masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan perubahan rutin hariannya.


Kredit foto:  IG Izara


Perubahan statusnya membuatkan dia masih belum bersedia untuk kembali ke set penggambaran dan meninggalkan si puteri kesayangan hasil perkahwinan dengan suami, Muhammad Adib Khalid tanpa pengawasan.

Paranoid dengan pelbagai kes membabitkan anak kecil, pelakon yang popular dengan filem J Revolusi itu sanggup mengorbankan sementara limpahan populariti karier lakonan dan menunggu masa yang sesuai untuk kembali berlakon.

Pada masa sama, Izara turut memberitahu, dia sangat berwaspada dan jarang memuat naik gambar anaknya dalam media sosial kerana bimbang dengan penyakit ain iaitu pandangan mata yang disertai iri hati atau dengki.

"Saya percaya tentang penyakit ain dan takut akan terkena pada anak saya. Oleh sebab itu, setiap kali sebelum memuat naik sebarang gambar dalam sosial media, saya akan membaca ayat Kursi terlebih dahulu.

"Sebabnya saya sangat takut dengan sifat manusia yang kita tidak tahu sama ada baik atau jahat. Memang dalam Islam pun kita sudah diberitahu tentang perkara ini. Sejak ada anak, saya belajar berubah menjadi lebih baik. Jadi, perasaan paranoid muncul secara sendiri. 

"Mahu letak gambar swafoto sendiri pun adakalanya saya berasa bimbang. Namun, suami selalu menitipkan pesan agar saya sentiasa mengemas kini akaun media sosial supaya nanti peminat dan industri tidak lupa pada saya," katanya kepada Kosmo!.



Bila agaknya Izara bersedia untuk tinggalkan anak?

"Saya sudah bersedia untuk memiliki pembantu rumah, tetapi tidak boleh letakkan kepercayaan 100 peratus. Jika saya ada pembantu rumah pun, tugasnya hanya mengemas rumah sahaja. 

"Menguruskan anak dan keluarga tetap saya akan buat sendiri. Sampailah saya lihat pembantu rumah itu ada keikhlasan dan saya percaya, barulah dia boleh pegang dan jaga anak kami," katanya.


Sumber: Kosmo!


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
0
0
Komen: 40
Komen

Previous : "Semoga Neelofa Menjadi Isteri Solehah Dan Kepada Riz," -Doa Ustaz Don

Next       : Rangkul Lengan Lelaki, Julia Farhana Nak Kahwin?

Komen Terbaru

Quote biozipstar 29-3-2021 09:28 PM
hmmm klau x kerja, guna duit apa sara hidup... ctdk ke?

Lain-lain Komen

Quote cmf_premierleag 26-3-2021 12:20 PM
blah lah ko.berlakon pun x best mana
mengada je lebih
Quote pxlbb 26-3-2021 12:27 PM
Menguaaaapppppppppppp
Quote krustykrab 26-3-2021 12:27 PM
Sibuk ja laki tu nk suruh bini keje tanggung dia...patutnya dah kawin ko bwk dia keluar dr dunia retis
Quote Minami2013 26-3-2021 02:14 PM
Sape tak kenal laki hang sama macam apaknya gile glamer. Takut sgt isteri sejuk beku gitu. Nasib anak comel, so kalau update pun ramai nak tgk.
Quote siasia 26-3-2021 02:24 PM
Bosannya la hai gosip dia
Quote matjerk 26-3-2021 02:27 PM
Atau lebih tepatnya supaya ada job demi kelangsungan idup
Quote MyLadyMarmalade 26-3-2021 02:28 PM
Interview tu mesti mkn masa kan? Dgn ckp meleweh dia tu eee rengsaaaa
Quote MissVixen 26-3-2021 02:29 PM
Keturunan datuk k ni suka perkudakan bini ye. Biarlah izara tu tak update ig. Hang tu la angkat bontot pergi cari rezeki. Sama macam datuk k tu. Biarlah siti tu berehat dan fokus ttc, ini kena juga menyanyi dan jadi duta. Apa yang hebat sangat datuk k dan anaknya sampai bini2 rela diperkudakan.
Quote doubleA 26-3-2021 02:38 PM
Dulu izara sendiri cakap dia share apa dia nak share je, ni hadap pulak peminat? Baru sedar eh
Quote dudaberhias 26-3-2021 02:40 PM
Ye la kena la up to date dengan peminat. nanti nak launch produk peminat2 dah takde macam mana nak laku produk2 nanti. Pos2 kat SM 100 je likes sebab ingat social media dia dah berkubur
Quote tasha 26-3-2021 03:38 PM
Edited by tasha at 26-3-2021 03:41 PM

Like father like son yoo..jnis makan hasil bini..nk menten luxury life..kahkahkah,mendapatlah ko izara..ingat kawin ngan ank dato..dpt fefeling duk shopping..jln jln...mcm taitai kan tp nan ado sajorr
Quote pichee 26-3-2021 06:12 PM
MissVixen replied at 26-3-2021 02:29 PM
Keturunan datuk k ni suka perkudakan bini ye. Biarlah izara tu tak update ig. Hang tu la angkat bont ...

Haha...tepat sekali kn...

Bini2 keturunan dato k sume lawa2...tp si ibu tia tu rajin lak cari duit...
Quote pichee 26-3-2021 06:14 PM
Tp nmpk la IA ni mcm x berapa hadap sgt dgn peminat...off comment...jrg aktif...

Moga kau dilupai..anzalna pn lama x berlakon tp aktif je kt socmed...modelling tetap buat...
Quote MissVixen 26-3-2021 06:25 PM
pichee replied at 26-3-2021 06:12 PM
Haha...tepat sekali kn...

Bini2 keturunan dato k sume lawa2...tp si ibu tia tu rajin lak cari d ...

Hahaha. Betul tu. Tia tu ingat dapat goyang kaki, jadi tai tai. Alih2 kena jual produk jugak. Baik dia sauk jerung indon. Kalau indon kaya, memang kaya betul.
Quote MakcikLaksa 26-3-2021 09:00 PM
Percaya sangat pada penyakit ain tapi tak nutup aurat tu xpe pulak

Btw,
Laki hang ke yang suruh tweet cari gado dengan rose aritu psl pelakon instapemes supaya nama ko naik balik? Kann kannn???
Quote Budakmomok 26-3-2021 09:03 PM
Ok la izaraaaaa
Quote Joysparta 26-3-2021 09:05 PM
MyLadyMarmalade replied at 26-3-2021 02:28 PM
Interview tu mesti mkn masa kan? Dgn ckp meleweh dia tu eee rengsaaaa

Kan...meleret2... Kalu berlakon pun sama je cara cakap dia...apa je cite dia berlakon satu pun x igt...
Quote MyLadyMarmalade 26-3-2021 09:18 PM
Joysparta replied at 26-3-2021 09:05 PM
Kan...meleret2... Kalu berlakon pun sama je cara cakap dia...apa je cite dia berlakon satu pun x i ...

Haah..mcm nk picit je mulut dia hahaha
Quote KBW2 26-3-2021 09:21 PM
Punyalah tak committed sampai somi kena suruh buat apa yang patut buat. Ko jadi taitai sudeh, you are forgettable anyway.

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top