CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Pihak Benarkan Kalimah Allah Diguna Bukan Islam Adalah Syirik'

25-3-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5257| Komen: 76

Description: Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan menggunakan kalimah atau nama ‘Allah’ dalam kitab Bible di Selangor disambut baik.
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan menggunakan kalimah atau nama ‘Allah’ dalam kitab Bible di Selangor disambut baik.

Ini kerana, perkara berkenaan tidak patut berlaku dan seolah-olah bertentangan dengan surah at-Taubah, ayat 65 yang melarang daripada mempermain dan mempersendakan kalimah ‘Allah’.


Kredit foto: Suara Merdeka

Malah, pihak yang membenarkan nama ‘Allah’ digunakan oleh agama lain untuk diletakkan dalam kitab suci mereka dianggap sebagai mensyirikkan-Nya.

Hal sedemikan dikatakan tidak sepatutnya terjadi kerana Allah SWT bagi orang Islam adalah tempat untuk bergantung dan meminta keampunan.

“Dalam ayat tersebut menyatakan bahawa, katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang ini, patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta rasul-Nya, kamu memperolok-olok dan mengejek-ejeknya. Patutkah?

“Jadi, para ulamak, mufti, sultan-sultan sudahpun buat satu keputusan bahawa, Allah adalah tuhan kepada orang Islam. Nama suci kepada orang Islam.

“Apabila perkataan Allah itu diminta izin kepada orang Islam supaya mengganti God dalam bible atau al-kitab maka pihak yang membenarkan itu sebenarnya telah mensyirikkan Allah.

“Kerana Allah kita, adalah Allahu ahad (Allah yang tunggal, esa). Allah kita adalah Allah tempat memohon keampunan, tempat meminta.

“Bukan macam tuhan mereka di mana para pemimpin agamanya boleh memberikan keampunan bagi pihak Allah, sedangkan Allah kita, hanya Allah tempat meminta.”

Demikian kenyataan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom, dalam satu kenyataan hari ini menerusi video yang dihantar kepada Suara Merdeka.

Dalam pada itu, Zainal Abidin turut menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih di atas titah Sultan Sharafuddin yang disifatkan memberi kelegaan kepada masyarakat Islam.

“Jadi, dengan kenyataan akhbar panjang lebar penerangan yang Tuanku berikan itu sudah menyebabkan orang-orang Islam rasa selamat, Islam rasa terjaga, nama Allah kekal suci kerana bukan sahaja disucikan oleh rakyat biasa, oleh hamba rakyat biasa.

“Tetapi ia juga diyakinkan oleh Duli Yang Maha Mulia sebagai orang yang menjaga agama Islam di tanah air yang tercinta ini.

“Saya sangat berbangga menjadi rakyat negeri Selangor Darul Ehsan, Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun,” ucapnya. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kenari2101 25-3-2021 02:02 PM
nak juga aku tahu, apa rasa hakim yg luluskan penggunaan kalimah ALLAH ni?

Quote monreyes 25-3-2021 02:19 PM
bodohlah sapa bagi..
pastu suka2 buat tatoo letak merata2 share kat medsos...
Quote Nenasketum 25-3-2021 02:27 PM
Haaaa, without Islam, maka luruhlah fungsi diRaja Malaysia. This is politics, again.
Quote bintangct 25-3-2021 02:58 PM
kenari2101 replied at 25-3-2021 02:02 PM
nak juga aku tahu, apa rasa hakim yg luluskan penggunaan kalimah ALLAH ni?

agak2 kena pulau tak?
iols pun terkejut juga bila hakim yg membenarkn itu adalah perempuan islam bertudung
Quote printercomel 25-3-2021 03:20 PM
See macam printer cakap kat thread sebelah. Ini semua tauhid sebab tu tak boleh.

Mana nick imamkampung? Entah kafir mana pakai MN mungkin niat nak sekularkan pegangan orang Islam.
Quote notM 25-3-2021 03:24 PM
Edited by notM at 25-3-2021 03:27 PM

Surah At Taubah Ayat 65 tu Salah satu Ayat dalam 10 perintah...10 commandments tu adalah perintah yang diturunkan ke atas Goyim Dan Bukan Goyim

Screenshot_2021-03-25-15-23-54-547_com.pinterest.png

Quote Normabaru 25-3-2021 03:27 PM
Deleted....
Quote dess402 25-3-2021 03:34 PM
notM replied at 25-3-2021 03:24 PM
Surah At Taubah Ayat 65 tu Salah satu Ayat dalam 10 perintah...10 commandments tu adalah perintah ya ...

Relevannya 10 commandments ni kat sini. ??    Tolong hurai .
Quote notM 25-3-2021 03:39 PM
dess402 replied at 25-3-2021 03:34 PM
Relevannya 10 commandments ni kat sini. ??    Tolong hurai .

Relevant....Al-Quran tak sort out Sifat 20...termasuk 10 commandments YG wajib diikuti oleh Non Muslim...Al-Quran turun dalam dalam bentuk Raw.

Disitu silap nya....kenapa tak sort out 10 perintah dlm Al-Quran tu macam mana Sifat 20 itu dibuat
Quote dess402 25-3-2021 03:46 PM
notM replied at 25-3-2021 03:39 PM
Relevant....Al-Quran tak sort out Sifat 20...termasuk 10 commandments YG wajib diikuti oleh Non Mu ...

Macamana saudara boleh kata sifat 20 sama serupa 10 commandments nya. ??
Apa yg sama ??   Dan apa yg tak sort out. ??   Kami elok2 aje .
Quote notM 25-3-2021 03:52 PM
dess402 replied at 25-3-2021 03:46 PM
Macamana saudara boleh kata sifat 20 sama serupa 10 commandments nya. ??
Apa yg sama ??   Dan apa ...


Saya Tak cakap sifat 20 sama macam 10 perintah...

Saya cakap kenapa 10 perintah tidak sort out dari Al-Quran seperti mana Sifat 20 sort out dari Al-Quran

Cuba ulang baca apa Saya cakap....Saya x guna English tau
Quote Normabaru 25-3-2021 03:56 PM
Yang murtad pon korg xbuat ape.. Dan dan.hahaha.hader dorg kisah?
Quote dua_chzy 25-3-2021 03:57 PM
Bincang bagus2 tanpa kapir mengkapir sesama sedara born Islam sundri yach.
Quote dua_chzy 25-3-2021 03:57 PM
Ni suma politik ja lah. Now I see.
Quote Decaffeinated 25-3-2021 04:01 PM
Dah tu duta timur tengah kata it's ok. Syirik ka tak? Ka itu lain
Quote dua_chzy 25-3-2021 04:03 PM
Each Bible BM, telah melalui KDN sedari dulu. Biasanya dicop 'UNTUK BACAAN ORANG BUKAN ISLAM SAHAJA' di muka hadapan. Mungkin tahun 70an, 80an belum bercop tapi seingat akak, zaman 90an ada bercop. Ketika itu you know who la was the PM khenst. Dan memang Bible, buku2 Kristian dalam BM or bahasa Ndon suma bercop KDN jika melalui jalan sah diterbitkan di tanahair ini. Kalau dalam English, anehnya, gomen tak kesah nak cop.

Sekitar tahun 2004? 2006? Menda ni jasik isu. Pehtu ingat dah settle. Masa tu gomen putuskan SabSer ja boleh guna Allah dalam Bible. Malaya kenot.

Pehtu isu ni naik balik di tahun 2021. Why? Sebab umat Islam truly care, atau ada jarum2 halus coba untuk naikkan isu ini huntok cover isu yang lagik besau? Akak skeptikal.
Quote dess402 25-3-2021 04:04 PM
notM replied at 25-3-2021 03:52 PM
Saya Tak cakap sifat 20 sama macam 10 perintah...

Saya cakap kenapa 10 perintah tidak sort ou ...

Okay ..  tapi 10 perintah ni rujukan dari mana. ??
Quote dua_chzy 25-3-2021 04:05 PM
Decaffeinated replied at 25-3-2021 04:01 PM
Dah tu duta timur tengah kata it's ok. Syirik ka tak? Ka itu lain

Mungkin Islam mereka laen.
Quote dess402 25-3-2021 04:05 PM
Decaffeinated replied at 25-3-2021 04:01 PM
Dah tu duta timur tengah kata it's ok. Syirik ka tak? Ka itu lain

Tuan haji tu lain sikit ..   dia munapek dah lama .

Lihat semua komen(76)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.103568 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top