Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Disaman Kerana Memandu Lori Tanpa Memakai Topi Keledar?

20-3-2021 02:18 PM Komen: 17
Seorang pemandu lori di negeri Odisha, timur India disaman sebanyak 1,000 rupee (RM56.64) kerana kesalahan tidak memakai topi keledar semasa memandu lori-nya, lapor portal berita News 18 kelmarin.

Pramod Kumar Swain dari daerah Ganjam sebelum itu mengunjungi pejabat pengangkutan tempatan untuk memperbaharui permit lorinya.


Kredit foto: ANI/Twitter

Namun, dia dimaklumkan bahawa kenderaan yang dipandunya mempunyai saman tertunggak atas kesalahan memandu tanpa memakai topi keledar.

Berdasarkan laporan media tempatan, Pramod cuba mendapatkan penjelasan pegawai bertugas, namun tidak mendapat jawapan yang rasional dan dia terpaksa membayar saman itu sebelum permit lorinya boleh diperbaharui.

Menurut Pramod, dia memandu lori sejak tiga tahun lalu dan terlibat dalam perkhidmatan pembekalan air.

Dia kesal kerana pegawai jabatan berkenaan tidak dapat memberi penjelasan munasabah sehingga menyebabkan gangguan kepada orang awam dan mengutip wang rakyat de-ngan cara yang salah.

Kerajaan perlu bertindak untuk mengelakkan kesilapan tersebut berulang, katanya.

Ini bukan kali pertama insiden seumpamanya berlaku.

Tahun lalu, polis di negeri Uttar Pradesh pernah mengeluarkan saman kepada seorang lelaki yang memandu kereta tanpa memakai topi keledar.

Seorang lelaki lain dari bandar Aligarh juga di negeri Uttar Pradesh, disaman 500 rupee (RM28.35) kerana tidak memakai topi keledar semasa memandu kereta pada Ogos 2019.

Lelaki itu, Piyush Varshney dilaporkan mula memakai topi keledar ketika memandu sebagai tanda protes.


Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
1
0
0
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 21-3-2021 12:19 PM
Tak pakai topi keledar kena saman. Kalau kes rogol?

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 20-3-2021 02:41 PM
habis orang naik

motor tak pakai seat belt xkena saman pula?
Quote rajamoney 20-3-2021 02:46 PM
sjak bila PN jadi gomen kt sana ni?

Quote Lolalala 20-3-2021 06:39 PM
Kat Malaysia, bawak chasis rangka bas kena pakai helmet
Quote angelofish 20-3-2021 07:31 PM
zalim nye kerajaan PN
Quote Pipipau 20-3-2021 08:29 PM
Apo?{:cryrun
Quote fido_dido 20-3-2021 10:58 PM
dia ingat nak masuk f1 ke kena drive pakai helmet??
Quote Plain-tif 20-3-2021 11:58 PM
Macam2 kes pelik kat Uttar Pradesh
Quote FOTHERMUCKER2 21-3-2021 12:14 AM
Adalah tu pemilik motosikal yang sakit otak menggunakan reg# Lori dia ni!

Kes hampir sama seperti pesakit otak Dalam forum ni yang nak jadi kembar saya!
Quote Buudak 21-3-2021 12:21 AM
Lawak derrr...{:run{:run{:run
Quote che-cikL 21-3-2021 12:47 AM
So????

Why bother?
Quote Scheherazade 21-3-2021 02:12 AM
Kelakar plak la undang2 jln raya depa ni. Bwk keta/lori kena pakai helmet plak
Quote notM 21-3-2021 02:26 AM
Kerajaan Abahcow memang semakin pelik
Quote diamond_intan 21-3-2021 08:30 AM
Pelik2               
Quote Solero 21-3-2021 08:39 AM
fido_dido replied at 20-3-2021 10:58 PM
dia ingat nak masuk f1 ke kena drive pakai helmet??

Malaysia patut buat mcm ni. Ramai sgt yg srupa msuk f1
Quote Sham143 21-3-2021 10:31 AM
Hahaha...Kelakar pulak bunyinya..
Quote Artemesiaa 21-3-2021 10:34 AM
Harap2 yang kat tanah air tak ada yang terikut macam tu
Quote ReginaGeorge 21-3-2021 12:19 PM
Tak pakai topi keledar kena saman. Kalau kes rogol?

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top