Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jururawat meninggal dunia akibat serangan jantung

19-3-2021 09:10 AM Komen: 5
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto : Line Today


Sungai Petani: Seorang jururawat di sini, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Bandar Seri Astana di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, wanita berusia 45 tahun itu juga mempunyai rekod penyakit darah tinggi dan pihaknya dimaklumkan kematian berkenaan oleh seorang pegawai perubatan pada jam 2.45 pagi.

"Temubual dengan suami wanita itu memaklumkan, isterinya berkhidmat hampir 20 tahun dan bertugas di wad unit rawatan intensif neonatal (NICU) Hospital Pulau Pinang.

"Dia ada menerima suntikan vaksin Covid-19 di tempat kerja pada 12 Mac lalu dan mengadu lenguh badan, sehingga Selasa lalu masih mengadu sakit di seluruh badan dan sesak nafas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, pada malam kejadian, jururawat terbabit memberitahu kepada suaminya dia mahu berehat dan masuk ke bilik tidur pada 11.30 malam.

"Namun pada 2 pagi, ketika suami masuk ke bilik dan cuba mengejutkan isterinya, tiada sebarang tindak balas daripada wanita berkenaan.

"Pemeriksaan pada nadi wanita itu juga mendapati tiada denyutan dan suaminya menghubungi pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini," katanya yang memberitahu pemeriksaan pasukan perubatan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular di media sosial laporan kematian jururawat itu yang didakwa selepas pengambilan vaksin Covid-19.



Sumber : Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote caprut 19-3-2021 12:45 PM
SayaSayangMama replied at 19-3-2021 12:42 PM
Xkn semua yg mati lepas vaksin kena pampasan bankrup gomen

Tk ckp pon pasal pampasan

Lain-lain Komen

Quote Normabaru 19-3-2021 09:30 AM
Tak sempat ketar badan.. Terus gone by the wind.Huhuuu

Takziah utk family mangsa. Semoga govt boleh bagi compensation fund yang hari tu dok canang2 berbilion tu kepada si duda arwah..

If xsabit as kes under vaksin, kira xde pampasan maka sesia sahajalah pengorbanan arwah menjadi antara yang pertama disuntik Pfizer.  

Moga Allah mengampuni dosa arwah dan ditempatkan bersama org soleh. Aminnnn
Quote SayaSayangMama 19-3-2021 10:10 AM
Vaksin ni bukan anti kematian. Dia anti virus corona sahaja. Apa sblum xde vaksin ni semua manusia xmati ke. Khas utk anti vaksin.
Quote caprut 19-3-2021 10:30 AM
SayaSayangMama replied at 19-3-2021 10:10 AM
Vaksin ni bukan anti kematian. Dia anti virus corona sahaja. Apa sblum xde vaksin ni semua manusia x ...

Ayat ni seumpama tiada org mati sebab HIV. Tetapi mati sebab komplikasi HIV/aids
Quote SayaSayangMama 19-3-2021 12:42 PM
caprut replied at 19-3-2021 10:30 AM
Ayat ni seumpama tiada org mati sebab HIV. Tetapi mati sebab komplikasi HIV/aids

Xkn semua yg mati lepas vaksin kena pampasan bankrup gomen
Quote caprut 19-3-2021 12:45 PM
SayaSayangMama replied at 19-3-2021 12:42 PM
Xkn semua yg mati lepas vaksin kena pampasan bankrup gomen

Tk ckp pon pasal pampasan

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top