Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bertahun Jual Bunga Ingat Anak Belajar Di Oxford, Rupanya Duit Diguna Untuk Bermewah

18-3-2021 12:29 PM Komen: 35
Seorang anak tergamak menipu ibunya kononnya dia menuntut di Universiti Oxford menyebabkan ibunya bertungkus lumus menjual bunga untuk mendapatkan wang yang sebenarnya digunakan bagi menampung gaya hidup mewahnya.



Lapor The Sun sepeprti dipetik Harian Metro, Merve Bozkurt, 25, memberitahu ibunya, Gulseren, 57, bahawa dia memerlukan duit lebih untuk membiayai pengajian di universiti terkemuka itu sedangkan dia hanya bekerja sebagai ejen hartanah dan tidak pernah meninggalkan Turki kerana tidak memiliki pasport.

Akhirnya, helahnya terbongkar apabila sebuah stesen televisyen tempatan menemu bual si ibu mengenai kegigihan mencari wang bagi membiayai pengajian anak.



Menerusi wawancara itu, Gulseren menceritakan dia mempunyai dua anak dan menjual bunga di bandar Antakya selama lebih 10 tahun untuk menanggung kos pengajian mereka.

Katanya, dia kadang-kadang dibantu suaminya yang tidak mempunyai kerja tetap menjual bunga di kawasan perkuburan.

"Jika seseorang itu sihat, bekerja adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan. Seronok dapat membelanjakan wang yang diperoleh untuk anak-anak," katanya.

Berita mengenai pengorbanan Gulseren itu menjadi tular dan dia menerima sumbangan bagi membantu Merve 'menamatkan pengajian yang memasuki tahun kelima itu.'



Kredit foto: The Sun/Newsflash

Namun, nama Merve tiada di dalam senarai penuntut Oxford apabila semakan dilakukan, justeru dia didesak memberi penjelasan.

"Saya mereka-reka cerita dan membuat semua orang percayakan saya.

"Sebenarnya saya bekerja dengan syarikat hartanah di Istanbul selama ini," katanya yang meminta maaf kerana telah mengecewakan ibunya.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
5
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
1
Komen: 35
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote namr 20-3-2021 06:43 PM
Kesian mak ko syaiton

Lain-lain Komen

Quote merrissa 18-3-2021 11:40 AM
kesiannya ibunya...
Quote rajamoney 18-3-2021 12:01 PM
bangsa etis
Quote EJALTI 18-3-2021 12:24 PM
Gadis tipu ibu jadi pelajar Oxford

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... adi-pelajar-oxford/

Oleh KOSMO!
18 Mac 2021, 12:00 pm


KISAH Gulseren (kiri) dan anaknya, Merve (kanan) tular selepas didapati wanita itu ditipu anak sendiri yang konon belajar di Universiti Oxford C NEWSFLASH

ANKARA C Seorang gadis di Turki berpura-pura menjadi pelajar Universiti Oxford dan tergamak menggunakan duit kiriman ibunya yang bekerja keras menjual bunga untuk hidup mewah, lapor portal The Sun UK, kelmarin.

Merve Bozkurt, 25,  menggunakan pendapatan jualan bunga ibunya, Gulseren, 57, kononnya bagi menampung kos hidup di universiti tersebut.

Sebaliknya, dia yang tidak memiliki pasport masih berada di dalam negara dan menjadi ejen hartanah di Istanbul.

Tembelangnya pecah apabila stesen televisyen tempatan menyiarkan kegigihan ibunya yang sanggup berkorban untuk keluarga dengan menjual bunga di luar kawasan perkuburan.

Kisah Gulseren menjadi tular dan dibanjiri tawaran derma termasuk biasiswa bagi menampung kos pengajian anak gadisnya yang mendakwa sudah menyelesaikan tahun kelimanya di universiti itu.

Bagaimanapun, namanya tidak ditemui dalam senarai pelajar Oxford.


Gadis Turki yang mendakwa sedang menuntut di tahun kelima kursus perubatan di Universiti Oxford. C Twitter

Dia dilaporkan telah meminta maaf secara terbuka dan mengakui sikapnya yang tidak bertanggungjawab itu.

Saya mereka-reka cerita. Saya membuat orang percaya kisah ini termasuk diri saya sendiri.

Sebenarnya selama ini saya bekerja sebagai ejen hartanah di sebuah syarikat di Istanbul dan tidak pernah melanjutkan pengajian ke luar negara, kata Bozkurt. C Agensi
Quote Jorja 18-3-2021 01:40 PM
Dah la menipu, berani pula nak masuk Tv
Quote rosmahisham 18-3-2021 01:43 PM
Sampainye hati anak..pandai ke anknye tu..klu x pandai tiba2 sambung belajar ke oxford tu mmg mengong sgt lah klu mak nye purcaya.klu jd agent hartanah bukan hidup mewah jgk ke?
Quote dudaberhias 18-3-2021 01:46 PM
Tergamak betul anak turki liberal tu buat macamtu dekat mak. Mak susah payah kerja nak bagi duit. Mesti jenis terpengaruh dengan sosial media lepastu nak enjoy sana sini. Tak sedar diri.
Quote dudaberhias 18-3-2021 01:51 PM


Kesian mak dia
Quote mieymiey 18-3-2021 02:05 PM
Kalau maknya tak masuk tv, entah sampai bila la anak tu nak menipu. Mak kerja keras cari duit, dia habiskan untuk berjoli hidup mewah bagai. Derhaka betul.
Quote dudaberhias 18-3-2021 02:18 PM
anak dia pun actually lawa jugak tu yang maknya gigih sayang benar
Quote ckenj 18-3-2021 02:25 PM
kesian mak dia....bukan sllu org beli bunga..taktaw la klu kat turki tu...haishh
Quote weezerfan 18-3-2021 02:26 PM
Definisi anak derhaka alaf baru
Quote Aikiko 18-3-2021 02:33 PM
Eh hanatnya, ko pulun keje dan bagi gantirugi semula kat mak ko
Hope netizen turki tuntut bela bagi pihak maknya
Quote MarryPottet 18-3-2021 02:36 PM
Acik sumpah anak acik jadi jongkong emas 1 tan
Pastu acik gadai
Acik boleh bersara dari jadi wanita penjual bunga & hidup dlm kemewahan sebagai galang ganti penat lelah acik menyara anak taguna tu selama ni
Quote jo_je 18-3-2021 02:38 PM
tunggu lah balasan buat mak macamtu..

akhirnya AIB sendiri semua orang tahu..

Quote AwanCikDania 18-3-2021 03:09 PM
Dasar anak durhaka
Quote dudaberhias 18-3-2021 03:12 PM
ckenj replied at 18-3-2021 02:25 PM
kesian mak dia....bukan sllu org beli bunga..taktaw la klu kat turki tu...haishh

Sana culture deorang rajin beli bunga fresh, tapi bukan untuk orang mati macam dalam artikel kata tu, lebih kepada hiasan rumah atau kedai. Kat restoran2 pun semua bunga fresh je deorang hias. Lawaaa betul turki, beruntung negara tu.
Quote ckenj 18-3-2021 03:14 PM
dudaberhias replied at 18-3-2021 04:12 PM
Sana culture deorang rajin beli bunga fresh, tapi bukan untuk orang mati macam dalam artikel kata  ...

owh rupanya.. terima kasih that info.
Quote prettyuglybabe 18-3-2021 04:42 PM
kesiannya mak dia..
Quote MontanaHannah 18-3-2021 04:48 PM
meleleh airmata aku terkenangkan ibu aku

Bila sudah besar perpisahan tu mcm biasa kannn

kalaulah aku xbesar-besar mcm sinchan setiap tahun hanya belajar di Tadika

kan bodoh mcm tu

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top