Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Bella Astillah Syukur Suami Penyayang, Aliff Aziz Bangga Isteri Cantik

17-3-2021 12:26 PM| Komen: 72

Ucapan romantis penyanyi Aliff Aziz sempena sambutan ulang tahun isteri tersayang, Bella Astillah yang ke-27 tentunya membuatkan hati aktres itu berbunga-bunga.

Menerusi laman Instagram, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Aliff Aziz, 30, menzahirkan rasa berterima kasih di atas kehadiran Bella dalam hidupnya.


Foto: IG
"Selamat ulang tahun ke-27 isteriku yang cantik dan penyayang, Bella Astillah. Awak sangat mengagumkan saya dengan sentiasa menjadi dirimu sendiri.

"Terima kasih kerana menyinari hidup saya dan orang di sekeliling awak dengan hati awak yang baik dan tulus.

"Saya doakan semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan awak di masa-masa mendatang. Saya cintakan awak!" katanya.


Aliff Aziz memberikan ucapan romantis sempena ulang tahun kelahiran Bella.

Bella yang terharu dengan ucapan itu kemudian membalas dengan mengucapkan terima kasih kepada suaminya di atas kasih sayang yang diberikan.

"Aww terima kasih sayang, terima kasih kerana menyayangi saya," tulis Bella.



Sementara itu, di laman Instagram Bella pula, ibu kepada dua cahaya mata itu berbalas ucapan cinta apabila dia pula melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami penyayang dan anak-anak yang comel.

"Alhamdulillah, saya genap berusia 27 tahun. Terima kasih Allah SWT kerana mengurniakan saya anak-anak yang comel serta suami yang penyayang.

"Semoga saya diberikan umur yang panjang untuk saya menyayangi dan menjaga keluarga saya, insyaAllah," katanya.



Aliff dan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk dalam tempoh edah.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 4, dan Ara Adreanna yang kini berusia lapan bulan. -CARI



Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 72
Komen

Previous : Rahsia Shiha Zikir Tukar Baju Terbongkar

Next       : Syamel, Ernie Belanja Nasi Minyak Hujung Bulan Ini?

Komen Terbaru

Quote royaldanish 20-3-2021 07:55 PM
Musim covid ni bersangka baik je dulu
Ye la nak hopping ke sana sini tak dapat khennnn

Lain-lain Komen

Quote evataso 17-3-2021 12:27 PM
Kesempatan tah keberapa kali. Harap kalini benar berubah.
Quote jalfa 17-3-2021 12:28 PM
Cantik bellah dalam picca...aliff aziz tetap nampak sedap
Quote teky 17-3-2021 12:29 PM
sokong je ke arah kukuhkan masjid... tak rugi pun kita yg mendoakan ni...
Quote dudaberhias 17-3-2021 12:30 PM
Alhamdulilah, tengok tu? Kan iols dah kata laki boleh berubah dik. Sebabtu kita kena sokong dan bagi peluang banyak2 dekat deorang.

Kecuali shuk dan tauke jambu.
Yang tu dah berubah pun kita jangan maafkan.
Kalau dia minta maaf, jangan kita sesekalipun gatal nak maafkan. Lalu je sebelah sambil jalan ala2 fara mendosa. Tuntut cerai dan nafkah banyak2 dekat mahkamah sampai la dia botak. Biar dia tahu rasanya.
Quote albedah 17-3-2021 12:30 PM
Siti saerah?
Quote Guccibamboo 17-3-2021 12:31 PM
Perlukan mantra sbb hati x kuat.....tp ape2 jelah...hidup uols , uols yg hadap
Quote tootii 17-3-2021 12:37 PM
kalau tak bini up suami, suami up bini , siapa lagi nk up kan korang kan ?
Quote KIM.K 17-3-2021 12:41 PM
teky replied at 17-3-2021 12:29 PM
sokong je ke arah kukuhkan masjid... tak rugi pun kita yg mendoakan ni...

Betul. Aliff ni bagus je sebelum bella
Quote MadameOnion 17-3-2021 12:58 PM
yelah yelah..koranglah kapel yg TERpaling...
Quote ifanonline 17-3-2021 01:00 PM
andartu cari forum senyum sinis...
Quote Namasayaomel 17-3-2021 01:02 PM
dudaberhias replied at 17-3-2021 12:30 PM
Alhamdulilah, tengok tu? Kan iols dah kata laki boleh berubah dik. Sebabtu kita kena sokong dan bagi ...

sebab 2-2 tu kepam kan hahahha..alip ni consider handsome
Quote Namasayaomel 17-3-2021 01:02 PM
tootii replied at 17-3-2021 12:37 PM
kalau tak bini up suami, suami up bini , siapa lagi nk up kan korang kan ?

kahkah tkkan alip sattar pulak kannn
Quote skinsandstars 17-3-2021 01:04 PM
Ok. We believe you both are happy in your marriage.
Quote tootii 17-3-2021 01:05 PM
Namasayaomel replied at 17-3-2021 01:02 PM
kahkah tkkan alip sattar pulak kannn

kan .. tak pun takkan alipsukri lak kan
Quote SayaSayangMama 17-3-2021 01:34 PM
Okay la betul la tu bella ni jenis kemas la. Jarang selekeh. Cantik tu terserlah sbb sentiasa kemas
Quote makcun14 17-3-2021 01:39 PM
dudaberhias replied at 17-3-2021 12:30 PM
Alhamdulilah, tengok tu? Kan iols dah kata laki boleh berubah dik. Sebabtu kita kena sokong dan bagi ...

tepat sekali kaka duda.  kalau dapat laki jenis helok macam ni wanita seharusnya lebih penyayang.
nabi pun maafkan umat bak kata setajah porum.
giteww
Quote iresju 17-3-2021 01:42 PM
Alhamdulillah semoga berkekalan rumahtangga nya
Quote gideoncross 17-3-2021 01:58 PM
Wishing the best je lh.
Quote gideoncross 17-3-2021 01:59 PM
Time brmekap mmg cntik tpi x pkai mekap biasa2 je.

Lihat semua komen(72)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top